Cinta 4 Musim — Musim 1 Prologue

Posted on

Entah,

kenapa tetiba teringin buat cerpen.. dah lama gile nak buat.. tapi takde masa…. so sekarang ni macam nak cuba2 dulu.. rasanya maybelah entry tak berapa best seperti rnysa.blogspot tapi i think worth a try untuk kawan2 yang maybe macam tgh2 bosan dan sudi untuk jenguk blog tak seberapa ni..

novel ni sangat impromptu.. banyak berkisar dari pemerhatian dan pembacaan sendiri namun tiada kaitan antara hidup dan mati.. menulis sekadar hobi namun berpaksi pada Ilahi..semoga amalan ini diterima olehNya… Ameen..

_____________________________________________________________

Cinta 4 Musim

Musim Sejuk – Prologue

Matanya kuyu.Mengantuk. Semalam sehingga dini hari dia menghadap buku anatomi yang tidak pernah habis dibaca. Peperiksaannya akan kunjung tiba kurang beberapa hari dari sekarang, namun dia masih merasakan dia belum bersedia untuk menghadapinya!

‘ Raudah, anti ok ke hari ini?‘ suara lembut dan manja Adlina menyapa sayu. Dia menepuk bahunya dengan penuh kasih dan sayang.

‘Ana ok Lin, mengantuk sahaja…Banyak gile nak kene baca!!!! WARGGGHHHH!!‘ Hampir sahaja suaranya menggegarkan bilik asrama mereka.. Mujurlah dengan teknologi dan kepakaran orang barat yang membina bangunan penginapan pelajar di Universiti Exeter itu , tidak mampu untuk menembuskan suaranya ke ruangan bilik lain….

Lamunannya hilang. Wajah Adlina terus terpadam dari kotak memorinya. Itu kisah semalam, sewaktu dia berhempas pulas dengan nota dan peta minda dan Adlina masuk ke biliknya untuk bertanya khabar. Kasihan Adlina, kami serumah, namun kerana bahang peperiksaan yang mencengkam, dia kehilangan hak persahabatan itu. Asif, ya ukhti! Adlina mengambil jurusan kejuruteraan dan dia telah pun selamat menjalani peperiksaan dengan keputusan yang sangat cemerlang. First class gitu! Takdir dan pertolongan Allah katanya. Aku tersenyum mendengar kejayaannya. Aduh, tawadhu’ dan bagus sungguh sahabatku itu.

Dia masih tidak mampu memberikan perhatian kepada pensyarah yang berada di hadapannya. Entah apa yang diperkatakan dia tidak mengerti. Dia sungguh pelik mengapa masih ada lagi lecture yang perlu dia hadiri sedangkan mereka semua harus bersedia untuk peperiksaan semester 1 ini?? Dia bingung sendiri. Ruangan bilik kuliah yang penuh sesak dengan manusia berkulit putih dan berambut kuning tidak mampu membuang rasa kantuknya. Biasanya dengan kepadatan yang ada, matanya tidak pernah berhenti memerhatikan orang sekeliling. Menikmati keindahan ciptaan Allah menerusi makhluknya. Berambut kuning, oren, perang serta berlainan warna kulit menjadikannya selalu leka dari menumpukan perhatian terhadap kuliahnya. Sebab itu Allah suruh tundukkan pandangan kot! getus hatinya sendiri.

Matanya terlalu berat. Kepalanya turut boleh tumbang bila-bila masa. Sebelum sahaja dirinya dipangkukan ke atas meja kuliah, Maria, sahabatnya menepuk bahu.

‘ Raudhah, wake up! Don’t sleep! Here is something that could cheer you up!’

‘Huh?’ Dia blur. Apa dia ini?

Sebungkus sampul surat biru yang cantik diletakkan di atas mejanya. Kelihatan dakwah hitam yang basah terpampang jelas di atas sampul itu. Berkaligrafi dengan namanya. Siapakah gerangan yang memberi?Wangi pulak tu…

Buat:
Raudah Huda Khairul Hisyam
Bacalah dengan Basmallah…

Hatinya berhenti berdegup dan matanya tidak lagi mengantuk.

bersambung

Advertisements

One thought on “Cinta 4 Musim — Musim 1 Prologue

    Rnysa said:
    August 23, 2013 at 5:00 pm

    Cerpen Aisyah pun best juga. Selamat menulis πŸ˜‰

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s