sajak mengetuk minda

Posted on

Ujian ini…

Aku melirik ke kanan
aku menoleh ke kiri
Dia masih tidak mahu lari!
Masih bertenggek di tepiku ini…

Aku cuba memecut laju
Tidak mahu diri terus diburu
Namun apa dayaku
Terkamannya menyebabkan aku kelu..

Semakin kencang mahu kaki melangkah
berayun memperjuangkan dakwah
Semakin licik dia berdakyah
memalingkan hati ini dari Allah

Benar Tuhan kata
semakin dekat kita padanya..
semakin banyak ujian menimpa

nafsu,dunia dan syaitan tetap seteru utama
dari zaman Adam sehinggalah ke zaman kita
Payah mereka melihat kita bahagia
Dihasutnya manusia turut membenci kita…

Apalah azimat adakah pegangan
Yang mengukuhkan hati ini di atas perjuangan
Dakwah ini akan terus berjalan
Samada kita bersamanya atau kita akan terus ketinggalan

Tentu profesion dai tidak boleh kutinggalkan
Dakwah menyuluh tujuan kehidupan
Tanpanya aku tentu tidak bermakna apa-apa
Apatah lagi untuk menyedut haruman syurga menawan…..

Manfira Aula.
12 am
18/1/06
Dundee

PS: Untuk sahabat2ku, sungguh ujian itu mematangkan kita. Untuk menguji sejauh mata kita cintakan Dia. Sujudlah padanya…dan banyakkan istighfar, jangan biarkan kejayaan kita mengelabui mata hati kita ( surah An-Nashr). Allah bersama kita selagi mana kita masih ingat padaNya….

Advertisements

4 thoughts on “sajak mengetuk minda

    zue said:
    January 17, 2006 at 3:17 am

    utk kak asiyah yang kurindui selalu ;p

    nice2…;p takut bc 1st two paragraph,mcm hantu lak..hehehe…

    thanks for ething yg awk buat!!!Allah je yg mampu balas :))

    zue said:
    January 17, 2006 at 3:17 am

    oppsss…kak AISYAH..

    Sya Zack said:
    January 17, 2006 at 3:22 am

    Zuy!!!

    oopppss … Zu!

    πŸ™‚

    Segalanya milik Allah Zu! Hanya Allah mengatur pertemuan kita dan dia jugalah mengatur kehidupan ini!Kita hanyalah penyebab kepada apa yang berlaku!

    amar_kun said:
    January 17, 2006 at 4:30 pm

    salam..

    dah baca dah artikel tu.. walaupun tak kena atas kepala 100%, tp adala kena sipi2.. huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s