islam yang dagang

Posted on

Rasulullah SAW bersabda:
“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” – Hadith Riwayat Muslim

hurm… blur hari ni. tak tau nak tulis apa. dulu waktu seronok2 buat blog, laju je tangan ni menaip dan mencurahkan segala persoalan di kotak minda. sekarang waktu masa sangat cemburu dengn diri, menyebabkan minda turut beku dan terpaksa aku meletakkan prioriti kepada kerja yang lebih utama.

mak sampai kat manchester airport semalam, seronok mak datang. tapi kak As*** balik ke malaysia juga semalam. kami tunggu kak As*** masuk ke dewan perlepasan. rindu pada kak asyif walaupun perginya cuma sementara. mungkin kerana kami tidak akan bersama-sama sewaktu PMS di Glasgow nanti. Kak As*** seorang yang sangat berhati tabah dan waja. aku kagum dengan semangatnya. Walaupun pelbagai peristiwa yang ditempuhinya dalam hidup, itu tidak menjadi alasan baginya mencurahkan masanya untuk adik2 dan sahabat2. Dia digelar ibu di Manchester ini dikalangan adik2 dan sahabat.Aku mengerti mengapa. aku sendiri walaupun berjauhan namun aku merasakan hubungan hatiku dengan dia sangat rapat. Entah mengapa… susah untuk aku ceritakan. Tapi aku amat kasihkan dia seperti aku kasihkan kakakku sendiri..

inilah ukhuwah fillah barangkali. di tengah kemelut ujian yang menyapa mereka yang mahu mendirikan Islam di dalam diri mereka dan juga di negara mereka, ada sahaja mereka yang mahu menghentam dan memfitnah. Ini sekaligus melemahkan semangat insan muhklis yang mahu memastikan Islam itu kembali menjadi kuasa besar dunia.

Islam yang dipandang dagang satu ketika dahulu kini turut dipandang asing oleh umatnya sendiri. Malah mereka yang mahu menyebarkan dakwah dihina dan dicaci sehingga ramai duat yang tidak kuat, keciciran di dalam medan ini..

nak tulis panjang2 lagi… but ada keje nak kene buat.

buat mereka yang berkesempatan ke glasgow 27hb ni, kita jumpa di sana ye! dah rindu nak jumpa akhwat yang baru dan lama ! Ahlan wa sahlan ya akhawat!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s