Blur

Posted on

Blur
Oleh:Manfira Aula

Blur. Kosong. Tiada arah. Begitu sikap otaknya kebelakangan in. Dia tidak tahu mengapa tiba-tiba dia merasakan dirinya hilang arah tujuan. Sedangkan sebagai orang mukmin dia tidak seharusnya begitu.

‘Orang mukmin itu hidupnya adalah untuk sembah Allah,menjadi khalifah di muka bumi ini… ‘, begitu kata ibu saban hari sewaktu masa remajanya, jika dia berasa malas untuk bersolat jemaah di surau mahupun untuk menyertai aktiviti kebajikan di kawasan kampung.

Ustaz turut mengatakan kepadanya di dalam kelas agama mereka. Berulang kali ustaz menyebut, menjadi rutin yang janggal ditinggalkan.’Allah berfirman : Wa maa Khalaqtul Jinna Walins Illaa Liya’buduun.. Tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembah aku , surah Az-Zariyat ayat 56…’ Begitulah ayat yang ustaz selalu baca sebelum memulakan kelas, ditambah dengan huraian yang pelbagai. Dia mendengar tanpa jemu. Berfikir tanpa rasa.

Apabila hijrah termaktub dalam kanvas sejarahnya, dia bertemu dengan sekumpulan pemuda yang sangat soleh. Lebih soleh dari sahabat-sahabatnya di sekolah agama dahulu. Detik kakinya menjejakkan tanah di kepulaun British ini, dia disambut meriah oleh mereka, seolah-olah mereka ibarat rakan lama. Mereka membawanya ke rumah untuk bertamu nasi dan lauk Malaysia. Tidak kempunan dia akan gulai asam pedas ibu di kampung. Ibu kata rajin-rajin masak di negara orang. Masih tersemat resepi ibu di dalam poket. Bukan orang Johor jika nasi tidak bergulaikan asam pedas!

Dari kenalan biasa, mereka menjadi sangat intim sehingga ke mana-mana sahaja mereka pasti bersama.Walau mereka bukan sebaya namun dia berasa sangat selesa bersama mereka. Apatah lagi duduk di negara orang tanpa keluarga yang boleh berkongsi rasa suka dan payah di situ. Pada dia, merekalah abang dan sahabat. Dari mereka, dia mula berjinak-jinak secara serius untuk mendalami Islam. ‘Keluarga’ barunya itu sering membawanya ke ‘study circle’ bersama orang-orang muslim di situ. Pada masa yang lain mereka akan mengajaknya untuk membuat ‘study circle’ bersama rakan-rakan malaysia yang lain. Mereka tidak pernah bosan mengambilnya dari flat universiti yang agak jauh berbanding rumah sewa mereka yang lebih dekat dengan bandar. Dia dilayan seperti seorang adik yang istimewa. Dan dia sangat suka menjadi istimewa.

Jika dahulu, dia ke sekolah agama tanpa rela, kini dia berasa suka untuk menuntut ilmu di mana sahaja. Bukan sahaja kerana setiap kali selepas ‘study circle’ mereka pasti dijamu percuma, tetapi kerana dia sangat suka akan suasana kasih sayang yang wujud di dalam majlis sebegitu. Bayu ukhuwah sering menyelubungi kalbunya dan perasaan itulah yang sering menjadi teman dan penguat hatinya untuk meneruskan perjuangan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Khalifah Allah? Apakah itu sebenarnya? Sering benaknya berfikir, namun abang-abangnya sering menyebut, ‘Itu adalah tugasan kita untuk mentadbir alam ini,memastikan segala yang hidup di dunia ini berputar pada paksi yang satu iaitu pada Allah Taala semata-mata’.

Dia blur, tetapi mengangguk tanpa faham. Bagaimana sebenarnya untuk melaksanakan perkara itu? Kenapa kita perlu buat benda itu? Otaknya masih nakal untuk bertanya, sanubarinya terlonjak-lonjak mahukan jawapan. Namun mulutnya sering berkunci kerana dia tidak mahu memalukan dirinya sendiri.

Dia tahu Allah ciptakan manusia untuk menyembahNya semata-mata, tidak yang lain. Dia tahu benda itu, tetapi kenapa dia tidak dapat rasakan benda itu? Kenapa dia tidak merasakan apa sahaja yang dibuat adalah merupakan manifestasi ibadahnya kepada Allah? Tidak berimankah dia? Tidak ikhlaskah dia? Apa makna iman? Apa makna ikhlas?

Cukup! Cukup! Bentaknya sendiri. Dia perlu hentikan soalan-soalan itu. Dia tidak mahu pening sendiri. Apa yang dia mahu adalah untuk merasakan apa sahaja yang dipelajari. Dia tidak mahu banyak ilmu namun langsung tak rasa apa-apa. Main ikut sahaja apa yang dia tahu. Perasaan itu penting!

Dia mengambil wudu’ dan membentangkan sejadah. Bersiap sedia untuk menyempurnakan dua rakat sunat buat RabbNya. Berikanlah aku hidayah untuk merasai imanMu Ya Allah! Bisiknya dalam hati.

Setelah munajat yang panjang pada Allah, dia duduk berteleku dan berfikir. ‘Berfikir itu lebih baik daripada ibadah selama 1000 tahun’, ungkap salah seorang ‘abang’nya di satu ketika. Dia berasa sangat tenang apabila bercakap dengan Allah. Mencurahkan segala keresahan dalam hatinya. Dia rasa lapang. Dan dia rasa Allah berada bersamanya ketika itu.

Akhirnya dia bertemu jawapan kepada semua persoalan-persoalannya. Dia tahu banyak perkara tentang Islam tetapi dia tidak merasakan kepentingannya. Dia laksanakan apa yang dia tahu namun dia masih berasa tidak puas. Seperti seorang ilmuwan kristian yang belajar tentang al-Quran namun tidak pernah beriman kepada Allah.

Akhirnya ilham itu muncul. Ya, dia tahu sekarang bagaimana untuk merasai apa yang dia tahu. Dia tahu bagaimana untuk merasai kemanisan iman itu.

Diambilnya buku ‘Kumar and Clark’ yang berada di sisi katilnya. Dibukanya halaman tengah secara rawak. Dibacanya beberapa perenggan.

Serum calcium levels are mainly controlled by parathyroid hormone (PTH) and vitamin D. Hypercalcaemia is much more common than hypocalcaemia and is frequently detected incidentally with multichannel biochemical analysers.

Dia cuba memahami dengan hati,namun gagal. Dia memahami dengan akal. Faham. Tutup. Diambilnya novel pemberian kakaknya pula, ‘Life of Pi’. Dia membaca untuk beberapa ketika. Dia leka.Menghayati setiap bait ayat dengan penuh perasaan. Patutlah ramai orang mengantuk bila membaca buku akademik tetapi mampu berjaga membaca novel. Ditutupnya novel tersebut dan diambilnya al-Quran yang berada di sisinya.

Dibacanya beberapa ayat dalam surah Az-Zariyat termasuk ayat ke 56 itu. Dia membaca maknanya sekali. Kali ini,buat pertama kalinya, dia membaca dengan hati.

Dia terus membaca dan menghayati makna dari Al-Quran tersebut sehingga benar-benar meresap ke dalam hatinya. Dia rasakan Al-Quran turun untuknya. Bukan untuk Rasulullah semata-mata. Perlahan-lahan, air matanya turut bergenang, perasaannya turut basah dengan keinsafan. Kenapa tidak dia rasakan sebelum ini? Membaca tanpa memahami,mendengar tanpa menghayati.Sedangkan ini kalam Allah! Jika dia dapat menghayati novel sampai menangis-nangis,mengapa tidak untuk kitab Allah? Dia kaget akan dirinya.

Namun dia tahu, dia perlu membuat perubahan dalam hidupnya. Membaca Al-Quran dengan hati, memahami dan menghayatinya. Bukan sekadar bacaan di mulut dan faham dengan akal. Tidak setakat itu, akan juga dia memberi tumpuan yang lebih pada kuliah tafsir. Akan cuba dia pelajari tentang Al-Quran. Dia mahu memahami Al-Quran seperti mana sahabat-sahabat Rasulullah memahami Al-Quran.

Begitu juga dengan ilmu-ilmu yang lain,bukan sekadar menjadi hiasan di dalam buku catatan, tetapi dapat diterjemahkan dalam kehidupan. Itulah dengan memahami dengan perasaan apa yang diketahui. Bukan tersimpan dalam akal semata-mata. Itu yang membezakan antara kafir dan muslim.

Kini sudah dia fahami akan tujuan hidupnya di dunia ini , ‘Tidak Aku ciptakan manusia melainkan untuk menyembah Aku.’ Dan dia benar-benar merasakan itu dengan hati.

Sekarang, fikirannya tidak kosong lagi.

Mata Hati
Album : Pelita Hidup

Munsyid : Hijjaz
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Advertisements

One thought on “Blur

    Anonymous said:
    November 15, 2005 at 10:08 pm

    macam analogy donut ngan apple.. lagik ramai org suka donut dr apple..sebab nya lagik best sbb (donut ada filling apple jugak, 2 in 1)

    conclusion, jadikan study kita seperti donut..

    P/S: boleh applikasikan lam usrah, gatherings, meeting, study ke..

    sbb tu la ramai lebih tertarik dgn benda seronok..sbb byk offer donut..

    (tapi stgh org suka apple, macam tu the other way round la kan? ;P)

    jgn konfius yer aisyah

    study2!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s