masa bertapa akan tiba

Posted on


assalamualaikum,

hmmmm…… saya tiba di rumah baru pada ahad ni. rumah baru tu belum ada lagi bekalan internet. telefon saya ‘3’ pun ada problem sekarang ni. entah bila akan dapat yang baru. persekolahan akan start hari isnin ini. segala2nya akan berlaku dengan banyaknya bermula hari isnin ni. dan saya yang telah menjadi superlazy semenjak 2-3 bulan yang lalu akan menjadi superbusy . saya akan jadi kelam kabut dan saya rasa bertambah ‘horror’ memikirkan detik2 saya masuk semester baru ni. loghat scottish telah sedikit tertanggal dari lidah saya. telinga saya sudah lama tidak bertamukan bahasa inggeris berloghat utara ini. saya harus bekerja lebih supaya saya boleh bersembang dengan kawan2 saya di dundee nanti. tidak mahu lagi terasa keluar dari kumpulan kerana tidak memiliki kecekapan berbahasa inggeris. mereka cakap sangat cepat dong!

dalam masa yang sama, detik2 saya bersama rakan2 saya di sheffield akan turut berakhir. tidak dapat saya nafikan saya agak kecewa kerana tak dapat nak spend masa yang banyak dengan mereka kerana masing2 mempunyai tanggungjawab yang harus dipenuhi..almaklum, masing2 semakin sibuk sekarang.

teringat kata-kata cikgu saya; semakin kita besar, semakin banyak urusan dan masalah kita. mmg benar, semakin kita besar, semakin terhad masa kita untuk banyak perkara. perubahan2 dalam hidup kita menyebabkan kita harus membuat pilihan yang tepat dalam hidup. tentu banyak perkara yang mahu kita capai dalam hidup, tetapi kerana bznya kita, kita harus memilih apakah yang lebih penting, dan mendatangkan manfaat buat kita. dalam perkara ini, tidak sedikit mereka yang salah dalam membuat pilihan dalam hidup.

oleh kerana itu, perlulah kita tau untuk menarik kesemua pilihan2 kita itu untuk berpaksikan kepada keredhaan Allah. supaya kita tidak akan mengecewakan orang, dan kita juga tidak akan kecewa bila dikecewakan orang.

Allah telah pun mengariskan paksiNya buat kita :

‘ Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada ALlah ‘ (Al-Imran :110)

Khalifah Umar pernah berkata berhubung dengan ayat ini , ‘Sesiapa yang suka digolongkan dalam golongan umat yang terbaik ini, tunaikanlah syarat Allah yang terdapat dalam ayat ini.’

1) Suruh pada ma’ruf
2) cegah kemungkaran
3) Beriman kepada Allah

dalam surah Al-Asr pun begitu,

‘Demi Masa,, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. KECUALI mereka yang beriman, dan beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran’

1) beriman
2) Amal soleh
3) pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Disebab kan surah Al-Asr turun sebelum perintah solat diwajibkan lagi, maka amal soleh yang difirmankan ALlah itu adalah berbentuk dakwah;menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. (Tafsir fi zilalil qur’an)

hmmmmm…… mmg senang menyebut, nak membuatnya amat payah, bukan?

bagaimana iman kita hari ini? tentunya perlu kita jawab dan perbaiki sendiri untuk jadi umat terbaik.umat yang takkan mengecewakan orang dan takkan dikecewakan. Allahualam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s