Humaira’

Posted on



Saya membrowse website sahabat saya dari US http://awangshamsul.net ‘ Korang boleh browse juga and jumpa radio bile scroll ke bawah. Kilik kat lagu Humaira’. You will love the song!

Bestnya banyak lagu nasyid nama AISYAH! hehehehe perasan japs.

ok. hari ni saya nak kongsi sajak pula… tak taulah oke ke tak.. tapi bolehlah kaitkan dengan citer yang ada di bawah tu.

Menagih Cinta

kadang ku tidak mengerti
mudah saja kuterasa pada kekasih hati
yang dilihat kecil kesalahannya dirasakan besar
yang dirasakan besar sangat-sangat membunuh perasaan

sehingga aku merana dan menangis sendiri
menanggung perasaan sedih di hati
ku tidak mengerti,
adakah ini bukan cinta sejati?
sepatutnya membahagiakan diri tetapi lebih mendukacitakan kalbu ini?
atau sebenarnya ada pelajaran di sebalik semua ini?

Mungkin Allah mahu aku memahami
manusia itu semuanya alpa sekali
lemah dan kadang-kadang lupa diri,
lebih merbahaya terus melupakan Ilahi.

Kita sering resah apabila diketepikan manusia,
sering resah apabila tidak mendapat menikmati cinta mereka,
sering juga gelisah bila dikatakan belum berpunya,
apatah lagi bila orang asyik bertanya: ‘kawan kau tu dah kahwin, kau bila pula?’

sering kali kita terjebak dengan cinta yang semu,
cinta yang dilihat bahagia tetapi tidak semestinya begitu,
lantas nafsu diturutkan semborono sahaja,
tanpa memikirkan dosa dan pahala,
mencari kedamaian dan kebahagian hati,
namun akankah ditemui?

apabila perasaan cinta membelakangi tuhan,
tentulah masalah keruntuhan ahlak tidakkan berkesudahan,
cinta diagungkan dan menjadi pujaan,
sehingga matlamat hidup mengejar cinta murahan.

mengapa wahai manusia yang berakal?
kejarlah cinta yang paling agung dan membahagiakan!
cinta yang tidak mengecewakan dan menyakitkan,
cinta yang menyuluh arah tujuan kehidupan.

memang sukar memang susah,
namun Tuhan tidak membiarkan kita keseorangan,
mencari cintanya tidak parah,
kan al-quran dan as-sunnah sudah habis dibentangkan?

Tak kenal maka tak cinta.
maka kenalilah Allah dengan ilmu di dada,
iman dan taqwa yang dihayati sepenuh jiwa,
Quran dan Sunnah bukan dihafal semata,
tetapi menjadi pedoman sepanjang masa,
jadilah kita Al-quran yang bergerak di dunia!

ya allah,
keluarkanlah aku dari penjara perasaan ini,
kau kurniakan aku perasaan cinta
tetapi aku telah salah dalam mengarahkannya
kurniakanlah aku hidayah dan maghfirah
ketenangan dan kedamaian yang membahagiakan jiwa,
tunjukkanlah daku arah cinta bagi hatiku ini,
agar yang kutemui adalah cinta sejati dan hakiki,
agar dia sentiasa bersemadi aman dan permai
dan raja kepada diri ini dapat memerintahkan rakyatnya
dengan adil dan saksama sepanjang hayat ini….

amen ya rabbal alamin…..

Advertisements

One thought on “Humaira’

    Sikin said:
    March 27, 2006 at 2:54 pm

    ~amen~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s