cerpen buat adikku….

Posted on Updated on


assalamualaikum,

saya diminta untuk menulis sebuah cerpen untuk dikeluarkan dalam majalah Bicara Kembara edisi yang baru.

seperti biasa, saya memilih tajuk cinta sebagai tema utama. bukan apa, saya rasakan tajuk ni sangat sinonim bagi golongan muda dan menjadi tarikan yang mudah untuk membaca sesebuah cerita. walaupun saya sendiri berasa muak untuk menyentuh persoalan itu, namun saya yakin ramai antara kita yang masih tertipu dalam menafsir cinta yang sebenar dan terbuai2 dalam asmara cinta yang tidak akan bawa ke mana2.

cerpen saya tu ada saya dapat ilham dari citer tersebut.
cerpen ini masih perlu diperbaiki. saya sendiri tidak merasakan cerpen ini cukup bagus. so, bolehlah tolong komen kat tagboard saya kalau sudi ye….

wassalam.

‘Detik pertama ku mengenali dirimu, detik aku mengenali diriku..’
Oleh: Manfira Aula.

Teringat dia pada filem ‘Tollgate Girl’ lakonan Amy Mastura dan Rashid Salleh.. Kisah mengenai seorang lelaki yang mula mengenali dan menikmati kehidupan bekeluarga dan berhari raya setelah berjumpa dengan cinta sejatinya, the tollgate girl. Bagi dia, dia juga meminati cerita tersebut bukan sahaja kerana dia sangat meminati lakonan Amy Mastura, tetapi dia sangat tertarik dengan pendekatan yang dibawa oleh pengarah filem itu, penuh dengan perasaan cinta kepada keluarga dan budaya kampung.

Sofya tersenyum sendiri. Dia teringat kata-kata Rashid Salleh kepada Amy Mastura: ‘Detik pertama kumengenali dirimu adalah detik aku kenal diriku..’

Wahhhh! Romantisnya! Dia memeluk bantal kesayangannya sambil bermenung di atas katil, menantikan kelopak matanya tutup tatkala membayangkan dirinya bertemu dengan cinta sejatinya..

16 September 2005
8.00 am

‘Abah, camne ni? Panjangnya barisan dia!! Kita kene masuk at least satu jam sebelum departure. Ni panjang gila sampai esok tak abis!’ Safya menjerit dan merengek pada ayahnya. Tuan Ahmad memandang wajah Safya tanpa berkata apa-apa. Salahnya juga kerana tidak menyangka perkara itu berlaku. Dia tidak tahu-menahu bahawa kaunter MAS telah digabungkan untuk semua penerbangan antarabangsa dan itu menyebabkan cuma satu barisan sahaja dikenakan dengan 5-7 kaunter dibuka.. Terdapat 120 orang dia berkira di depan mereka. Di dalam hatinya Tuan Ahmad berdoa agar Allah menyempatkan anaknya untuk menaiki flight ke lapangan terbang Manchester.

Safya semakin resah memikirkan bukan sahaja begnya yang mungkin terlebih berat, tetapi kerana Anas yang masih belum muncul sehingga kini!

9.30 am

Mata Safya berkaca. Deraian air mata wanitanya tumpah tanpa ditahan. Dia sedar di dalam ruangan menunggu itu terdapat 150 pasang mata yang memerhatikannya. Dia tidak peduli. Dia masih memegang handphone dan berharap nombor Anas yang keluar dari skrin. Hampa. Persetan kau jantan! Kekasih nak bertolak pergi tak ucapkan goodbye pun? Apa kes?

Dia mahu bangkit untuk pergi ke pondok telefon. Dia sedar dia takkan bertemu dengan Anas untuk beberapa lama dan dia ingin mendengar suara lelaki itu sebelum melangkah ke dalam perut kapal terbang MH-081 di hadapannya kini. Tiba-tiba lagu ‘Aduh Salihah’ berkumandang dari speaker kecil Nokia 6680nya.

‘Sayang… kenapa telefon baby lambat sangat….. sayang tahu tak yang baby kene masuk lagi 10 minit? Sayang taukan lepas ni kita kena tunggu beberapa hari sebelum you boleh dengar suara I balik? Sayang tak sayang kat baby ke?’ Safya merajuk dalam gembira. Dia tahu bahawa hubungan yang jauh selalunya tidak berjaya. Namun dia tidak mahu melepaskan Anas.

16 Oktober 2005
3.00 am

You cannot do this to me! I left u barely for a month and now u go out with another girl? I don’t care if she just a friend but you are mine! I tak peduli!!! You have to choose between her and me!’ Sofya menghentak geram telefonnya ke katil. Disembamnya muka ke atas bantal sambil membasahi bantal itu dengan air mata yang laju menderas. She cannot believe it! Anas has cheated on her! Dia tahu yang Anas hanya keluar dengan teman sekuliahnya namun kalau nak keluar pun janganlah keluar berdua. Kan kalau keluar berdua itu yang ketiganya selalunya syaitan! Tak kisahlah kalau dia yang keluar dengan Anas. Dia bertekad untuk kahwin pun dengan Anas.

Tiada langsung penyesalan di hatinya setelah memarahi Anas. Dia yakin Anas akan menelefon kembali setelah beberap hari untuk meminta maaf. Begitulah yang selalu berlaku. Dia yakin Anas sangat menyintai dirinya.

2 Disember 2005.
10.00 pm.
Lutton Park, Manchester.

Bulan mengambang dengan terang malam itu, suasana bandar dapat didengari dari tingkap biliknya. Dia bermenung sambil memerhatikan alam yang jarang ditafakuri. Terbit rasa kekaguman terhadap ciptaan llahi yang indah itu.

Safya menarik nafas lega. Tidak pernah dia setenang itu. Dia tersenyum apabila terkenangkan peristiwa yang berlaku setelah Anas menulis email untuk memutuskan hubungan mereka. Tak sanggup, alasan Anas. Dia masih teringat keadaan dirinya yang nyawa-nyawa ikan dek peristiwa itu. Namun dia bersyukur Allah telah menyelamatkan dirinya.

‘Pia! Apa kau buat ni? Masya Allah!’ Suara jeritan Kak Nana,teman serumahnya menyedarkan dia dari lamunan diri. Dia sudah separa sedar. Lantai di sekeliling dipenuhi oleh warna merah. Dia tidak mengerti warna itu menunjukkan apa. Dia terasa mahu pengsan sahaja.
‘Ya Allah!Apa dah jadi dengan kau ni Pia?’ Dia masih lagi terdengar suara Kak Nana yang cemas. Tetapi dia tidak mengerti kenapa.

‘Hello, emergency. I have a casualty at my flat. She’s loosing a lot of blood. Please send some helps…..’, suara Kak Nana hilang bersama deruan siren yang tiba tidak lama selepas itu.

Dia sedar 2 hari selepas kejadian. Begitulah yang diberitahu oleh Kak Nana. Kak Nana menemaninya sepanjang masa dia berada di situ. Betapa dia rasa bersalah pada Kak Nana dan betapa dia berasa bodoh dengan kejadian yang berlaku.

‘Jangan risau Pia. Kak Nana takkan beritahu mama dan papa Pia pasal perkara ini. Nanti mereka akan risau’, ujar Kak Nana seolah-olah memahami perasaannya.
‘Kak Nana mahu Pia lupakan apa yang telah berlaku.Pia kena mulakan hidup baru. Lepas ini Kak Nana akan jaga Pia supaya Pia takkan experience the same thing again ok?’ Kak Nana memegang tangan kanannya seraya mengangkatnya ke dadanya. Safya ternampak balutan yang agak tebal pada pergelangan tangannya akibat kelaran yang agak dalam. Bila agaknya akan sembuh, dia tidak tahu.
Dia memandang kedua bebola mata Kak Nana yang redup sambil mengangguk memberikan persetujuan.

Segalanya pantas berlaku. Kak Nana telah mengenalkan dia pada sesuatu yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Keasyikan yang tidak pernah dia alami. Dia telah bertukar menjadi insan yang baru. Siangnya lebih tenteram kerana malamnya dibasahkan sejadahnya dengan airmata. Hujung minggunya tidak lagi pada panggung wayang ataupun kelab, tetapi pada halaqah-halaqah ilmu. Masanya lebih terisi dan seri wajahnya makin terserlah.

Dia teringat kata-kata Kak Nana kepadanya: ‘Cinta pada manusia akan sering buat kita kecewa. Cinta pada Tuhan, akan membuatkan kita bertambah bahagia..Kenapa kita kejarkan cinta manusia yang tidak menjanjikan apa-apa, sedangkan Allah yang pasti mencintai kita takkan pernah menolak cinta kita?’

‘Cinta pada Allah tu juga macam kita cinta pada manusia. Jika kita tidak mengenal Allah,dan berusaha untuk membuat sesuatu yang membuatkan dia senang pada kita, tentulah kita takkan dapat cintakan Allah. Maka, kenalilah Allah.. Rasulullah ada sebut, MAN ‘ARAFA NAFSAHU FAQAD ‘ARAFA RABBAHU; Siapa yang kenal dirinya, dia akan kenal Allah.’

Kenal bagaimana sih? Bukan aku dah cukup kenal diriku sendiri?Dia berdialog sendiri.

Kak Nana terus menyambung, ‘Kenal macam mana? Bukan kenal muka kita macam mana, berat badan berapa, tapi kenal dari mana kita datang, untuk apa kita diciptakan dan dari apa kita diciptakan…’

Kini dia sudah alim akan perkara itu. Dia mahu terus belajar akan ilmu yang telah lama dia abaikan. Dia mahu pendakiannya untuk mengenal dirinya, kelemahan dan kebaikan dirinya semakin meninggi. Dia mahu dapatkan cinta Allah itu dan kekalkannya.

Dia sangat bersyukur, dalam hayatnya, Allah mengizinkan dia mengecapi nikmat cintaNya yang agung.

Teringat dia akan pepatah Rashid Salleh itu dan dia ulanginya bagi dirinya sendiri. ‘Detik aku kenalMu, Ya Allah, detik aku mengenali diriku…’

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s