Tinggalkan jejak..

Maaf, page tentang saya dah terdelete. Hence, dah hilang semua komen2 yang ada. Memandangkan saya tak berjaya lagi nak letakkan shoutbox dalam wordpress ini, i guess untuks sapa2 yang nak tinggalkan jejak, boleh tinggalkan jejak di page ini..

Terima kasih kerana sudi menjengah blog tak seberapa ini..huhuhuh…

Untuk sesiapa yang tertanya-tanya siapa tuan punya blog ini, saya muharikah. Orang panggil saya muharikah. Saya pun tengah cari nama lain supaya orang tak kenal yang saya ini muharikah.huhuh… sebab kadang2 saya tak puas menulis kene control-control… tapi nak wat camne… membantu juga saya untuk fikir sebelum menulis. ( penting tu!huhuh)

Dakwah dan islam adalah nyawa saya. Allah adalah inspirasi saya, ciptaanNya menundukkan keegoan saya, kalamNya mengetuk kealpaan saya, dan RasulNya menggamit kerinduan saya. Kelemahan saya adalah pada barang-barang gadget; saya salu mengidamkannya dan harganya tidak murah. Kadang2 saya spoil sebab boleh dapat banyak benda yang saya nak, which is not always good. Saya sukakan kereta tapi tengah melatih diri untuk dapatkan sesuatu utk dakwah, bukan sebab diri sendiri yang nak dan minat.

Ubat saya adalah pada menulis. Terapi saya adalah ketika bertemu dengan akhawat dan mendapat jirusan hidayah dari ilmu yang disampaikan. Saya minat membaca, dan lapangan bacaan saya adalah penulisan kreatif, medic dan juga sosiology. Saya suka bersukan dan suka kenal ramai orang, walaupun saya mudah lupa nama2 mereka.

Dakwah adalah nyawa dan hidup saya. Tarbiyah adalah nadi saya. Islam adalah tunjang hidup saya. Walaubagaimanapun dunia ini serba penuh dengan ujian. Saya manusia biasa, punya kelemahan dan keburukan. Namun Allahlah tempat kembali saya, jika saya tersesat dan terserong ke arah benda lain.

Saya sukakan benda-benda techno dan grafik. Saya kagum dengan ciptaan moden terkini dan teknologi yang digunakan dalam filem dan fotorgrafi. Seperti mana yang ramai tahu, saya minat ambil gambar, membuat video dan menulis. Rangkuman inilah saya mahu abadikan dalam bentuk kisah filem seorang daie. Tapi saya perlu jadi doktor dulu, kumpul duit banyak banyak supaya saya dapat sponsor sendiri filem saya.

Cita-cita saya, saya mahu ada duit yang banyak supaya saya tak yah fikir banyak-banyak untuk buat kerja dakwah. Saya mahu buka konsortium yang merangkumi rangkaian hospital, pharmaceutical, peralatan kesihatan dan pemakanan sihat. Dalam masa yang sama, saya mahu menjadi pendidik dan menyumbang kepada ummah, baik dalam bahagian medikal mahupun Islam.

Ini impian saya, dan ini yang saya selalu fikirkan saban waktu. Dan mahu tahu apa impian tertinggi saya? Saya mahu tengok sebuah daulah Islam dapat berdiri di atas dunia ini, dan saya mahu pergi berjumpa khalifah pertama Islam selepas beratus tahun ditumbangkan, dan saya mahu kata kat dia:

Wahai Amirul Mukminin. Aku berbaiah padamu. Perintahkanlah aku apa sahaja demi melaksanakan amanah Allah di dunia ini

Maka insyaallah konsortium, hospital, pharmaceutical dan lain-lain takkan sama sekali mendahului tugas untuk menegakkan kalimah Allah di dunia ini… Dalam saya berusaha mengejar karier, dakwah takkan sekali-kali diabaikan..

Kerana dakwah…

adalah…

nyawa saya…

Buku-buku yang mengandungi karya saya :

aam

Antalogi sajak- 2007wilayahcinta

Antalogi sajak 2008jjkr

Antalogi cerpen- 2008

Karya-karya lain adalah berbentuk majalah persatuanĀ  ( IMAM dan MSM).

32 Responses leave one →
  1. 2008 November 25

    Salam ukhuwah

    Boleh x akak ajar ezam mcm mana nk guna wordpress ni?

  2. 2008 December 18
    saintissosial permalink

    salam.
    dh guna widget tp la ni pblem dia x twu lagu mana nk tukar font pulak…huhu

    ajar ye kak..

  3. 2009 January 5
    muharikah permalink

    masalah wordpress adalah mmg widget dia fix dan takleh tukar font. unless awak subscribe dan boleh wat template sendiri. cume kene bayarlah sket dik..huhuh

  4. 2009 January 8

    salam ziarah..satu penulisan yg byk membuka minda..teruskan dakwah ke jln Allah..moga2 dirahmatiNya..

  5. 2009 January 8

    assalamualaikum akak.saya suka baca tulisan akak :)

  6. 2009 January 9

    =’)

    nak belakon filem akak?
    (sy merepek je ni..)

  7. 2009 January 9
    muharikah permalink

    jom2! tapi skripnya kene siap dulu dong… :P tajuk2nya ‘ devushki russia ‘ :)

  8. 2009 January 9
    hafiz abdul permalink

    aslkm harap saya boleh jadi producer/director filem awk.saya tengah baca cerita2 awk.supaya saya boleh buat satu drama atau filem untuk awk.

  9. 2009 January 9
    hafiz abdul permalink

    teruskan menulis supaya saya dapat sesuatu dari tulisan2 awk.

  10. 2009 January 10
    muharikah permalink

    insyaallah… saya cube…

  11. 2009 February 1
    Akhi-din permalink

    Assalamualaikum

    Terbaca luahan hati diatas , saya sendiri berasa apa yang ditulis oleh anti adalah seakan-akan saya yang menulisnya . Mungkin kita mempunyai cita-cita yang sama . Berbedza saya tidak pandai menulis seperti anti .

  12. 2009 February 9

    assalamu’alaikum..
    salam ukhuwah..
    awalnye kita browse makai kata kunci manhaj Tarbiyah, ternyate blog ini yang muncul. ada beberapa artikel yang kite suka. tapi afwan kite dari Indonesia, jadi tak begitu ngerti bahasa Melayu…
    cerite tentang mutarabbi yang dihubung ke makcik tu keren sekali..
    jazakillah…
    wassalamu’alaikum..

  13. 2009 February 10
    MUHARRIKDAIE permalink

    Ukhti … saya bangga membaca tulisan anti … cita2 dakwah yang tinggi. namun pesan saya agar cita2 itu tidak malap ditelan dunia pekerjaan dan kemewahan apabila kembali kemalaysia kelak ….

    ukhti … saya telah lalui jalan dakwah ini dgn penuh keperitan. Bukan perit dengan janji2 ujian tapi perit dgn ikhwah dan akhawat yang tidak istiqamah dalam perjuangan.

    mereka hanyut setelah mempunyai suami dan anak2 serta profession yg menjanjikan kekayaan. maka maha benarlah perkataan Allah ” qalilam ma tashkurun” Amat sedikit hamba ku yang bersyukur.

    Ukhti … perjalanan dakwah bukan satu perjalanan dengan tinta dan pena, dengan kata2 bermadah dan dengan syair yang meremangkan bulu roma … tetapi adalah dengan pengorbanan dan kerja yang berterusan ….
    sukar ukhti untuk digambarkan dakwah ini seperti sukarnya kita mengambarkan syurga …

    Ukhti … sekiranya benar cita cita yang berlandaskan pena yang anti ukirkan diblog ini …maka ana doakan agar anti teruskan jalan dakwah ini hingga keakhir hayat supaya anti tidak dipersoalkan satu persatu tinta tinta yang tidak bermata mencoretkan madah madah dakwah, cinta, kasih kepada yang empunya agama diakhirat nanti …. Insyaalah

    • 2009 February 10
      muharikah permalink

      jzkk akhi. sangat berharga sekali mutiara peringatan anta. moga kita sama2 dapat tsabat di atas jalan ini insyaallah…

  14. 2009 March 2

    Teruja melihat post di blog ini. Sibukkan diri dengan dakwah agar tidak menjadi dakyah. Penat dengan fikir maslahah, satu masalah umat akan hilang. Istiqamahlah hendaknya. salam perantauan dari bumi Mesir

  15. 2009 April 25

    salam ukhuwah ye akak
    seriously, sy tak reti most of the arabic terms yg anda n akak gunakn, bknla x phm sume, tp certain
    al-maklum, sy baru abes spm,
    bagus ye akak
    teruskn usaha!!

  16. 2009 April 28
    muharikah permalink

    salam azuren… baru perasan komen ni…hehehe…

    kesiannya awak tak faham term2 arabic…

    huhuh… sowie… apa kata, lepas ni kalau ada word aawak tak faham boleh tak awak terus tanya kat ruang komen? insyaallah boleh sama2 kite belajar k?

  17. 2009 April 29
    qanitah permalink

    Assalamu’alaikum
    salam kenal ukhty dari saudarimu di Indonesia
    barakallahu fiki…

  18. 2009 May 12
    dahiyah permalink

    salam..kak muharikah..
    taaruf nye perlu tulis kat mane..?

    • 2009 May 12
      muharikah permalink

      owh, tulis je kat sini… dapat link blog awak pun ok :)

  19. 2009 May 13
    dahiyah permalink

    salam, akak (“,)/
    nickname saye dahiyah.
    saye dulu satu sekolah sgn kak `Afifah.
    sekarang saye belajar applied chemical engineering di jepun,3rd year student.
    next year will be my final year, insyaAllah.amin.
    umur 22tahun.
    saye banyak dapat pengetahuan, cerita-cerita agama dari blog akak.sangat menghargainya.
    semoga akak dan kita semua syahid di jalanNya.amin.
    jalannya mungkin berliku-liku dan mungkin kadangkala kita tumpas.cuma,sampai ke akhirnya,mari kita mujahadah di jalanNya.amin.semoga ape yg saye type ini tidak tinggal hanye sekadar type sahaja, semoga maksudnye berkekalan.insyaAllah, amin..

    salam ukhuwah fi sabilillah,salam sayang, dahiyah. (^^,)/

  20. 2009 May 17

    salam akak..setelah lama berjalan-jalan kat blog akak ni, baru teringat nak tinggalkan jejak..
    semoga Allah memudahkan urusan akak dunia dan akhirat.teruskan berjuang kak!
    moga dapat kenal akak lebih lagi^_^

  21. 2009 May 18
    muharikah permalink

    salam dr nurani, salam ukhuwah juga… insyaallah ada masa kita boleh berjumpa dan berkenalan lebih dalam :)

  22. 2009 May 20

    Salam ukhuwah,,,
    semoga berkah ALLAH untuk kita semua di jalan dakwah,,,

  23. 2009 June 2

    shi ingin tinggalkan jejak di sini..di blog akak =) ya muqallibal qulub tsabbit qulubana a’la deenik. ameen

  24. 2009 June 9
    pembaca permalink

    Salam

    Saya sangat tertarik dengan penulisan didalam blog ini. Membuka hati saya bila dada tersa sempit dengan nafsu keduniaan. Menjernih iman, bila mulai gelap terpengaruh arus duniawi. Sungguh, saya juga sering tertipu dan menipu diri.

    Tak sangka sebenarnya, saya terjumpa penulisan yang memiliki hati yang lebih kurang sama dengan saya. Mungkin sefikrah..kot…

    Suka juga fotografi, fgrafik dan teknologi terkini. Saya menunggu pertemuan kita suatu waktu nanti, moga saya dapat menemui penulis blog ini. Saya merasa dekat dengan penulis kerana tiap kata seperti dari hati saya.

    Terima kasih kerana berkongsi rasa. Teruskan…

  25. 2009 June 12
    muharikah permalink

    rahmat dan shi –> salam ukhuwah…. tak sempat2 nak updatekan ruangan link kat blog ini… insyaallah ada masa nanti…

    pembaca –> salam ukhuwah… alhamdulillah, jika menemui citra yang sama diruangan ini.. sama2 sumbangkannya pada islam insyaallah… bolehlah panjangkan taaruf dengan memperkenalkan diri, dan kalau ada blog, boleh sertakan link blognya sekali :)

  26. 2009 June 24
    muhammad permalink

    salam..
    ana baru lebey kurang sebulan jumpe blog anti… seronok bace. xsangka dalam dunia ade insan yang sanggup kesana-kesini demi menyebar dakwah, memenuhi permintaan mad’u yang ingin sentiasa diambil berat… terharu.. teruskan usaha..
    syukran…

  27. 2009 June 26
    muharikah permalink

    jzkk muhammad :)

  28. 2009 October 21

    salam…tak sangka blog hopping and tjumpa blog ni. dan lebih tak sangka sbb ketiga2 karya ukht dalam buku2 tersebut ada dlm simpanan saya. memang dunia kita sangat kecil, bukan?

    mohon semoga terus thabat dlm jalanNya dan terus berjuang lewat penulisan :)

    salam kenal, mohon izin link.
    salamalayk

  29. 2009 November 11
    Afifah Muharikah permalink

    Dear Muharikah,
    Wah, nama kita sama ya. Jangan2 ortu kita saling kenal. hehe… Senang bisa melihat blog Mbak. Rasanya ingin segera ‘menyusul’ jejak-jejak Mbak. Mungkin mulai menapaki jejak pertama saya di blog Mbak untuk mulai menyusul. Hehe… Sukses selalu ya, Mbak.

  30. 2009 November 25

    Pada ana, blog ini memang kena dan cocok dengan jiwa seoarang dai’e. Sangat bagus di baca oleh orang yang inginkan hak dan daulah Islamiyah tertegak di bumi Allah.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

  • Majlis Syura Muslimun Network

  • MSM Advance Web
  • MSM Cork
  • MSM London
  • MSM North West
  • MSM Nottingham
  • MSM West Midlands
  • MSM SouthWales
  • MSM Ireland
  • MSM Tunas Taqwa
  • Laman Ini Sejarah Kita
  • Komentar Terkini

    avicenna on Tinggalkan jejak..
    tulip & friends on Cahaya cinta
    ainulmardhiah on Suatu yang bermakna
    adar on Suatu yang bermakna
    aizadiha on Mu’nisah dan Widad
    syafiqah on Mu’nisah dan Widad
    supir on Kerana sebuah cinta…
    muharikah on Kesibukan itu satu rahmat
    muharikah on Kerana sebuah cinta…
    muharikah on Kuliah online
    Layang2 on Kerana sebuah cinta…
    sweet on Kuliah online
    rafio on Hidup ini… utk apa?
    supir on Kerana sebuah cinta…
    ru on Sebelum tidur
  • Paling Popular

  • Post Terkini

  • Categories

  • Arkib

  • Statistik since March 2007

  • Counter

    free web stats
  • Where are you from?

    Web Statistics
  • Admin