The things that I have learnt

Salam,

banyak benda yang berlaku di sini.

Berbeza dari apa yang kita perolehi di tempat kita bermula dahulu.

Semua angle yang ada kelihatan berbeza sekali.

Satu sahaja yang aku belajar di Malaysia ini adalah: grab the chance while u have.

Take all the opportunity.

For dakwah. For helping people.

Dalam pada imanshoppe mula berkembang, dengan izin Allah, menjadi tempat sebahagian dari ikhwah dan akhawat mencari rezeki, aku memperolehi rasa kepuasan bersama dengan mereka, menjadi murabbi mereka dari aspek pengurusan dan kewangan. Juga menyelami kesukaran hidup mereka dan berpeluang membantu mereka.

Kita yang graduate dari luar negara, amat mudah mendapat pekerjaan. ( walaupun ada yang sukar). Namun kebanyakan saudara kita yang graduate dari dalam negara, amat struggle dalam mencari pekerjaan.

Akhirnya menyediakan alternatif buat mereka mencari wang dari titik peluh mereka sendiri , yang ada barakahnya, yang mampu membantu mereka dalam usaha dakwah mereka, amat memberikan rasa kepuasan di hati.

RAsa, content.

Seperti mana merasai indahnya perasaan ketika selesai memberi daurah.

Aku juga belajar di Malaysia ini untuk menyediakan diri memberi sahaja apa sahaja jenis taujihaat. Baru2 ini pertama kali aku perlu memberi ceramah kesihatan. Sebelum itu tentang sifat2 rasulullah. Sangat lain dengan materi2 takwin yang selalu aku bentang satu masa dahulu. pernah juga aku diberi amanah menyampaikan tentang pengurusan kewangan.

Yang lebih indah di Malaysia ini adalah apabila dibentangkan peluang di hadapan kita, memanfaatkan manusia yang berpotensi untuk dakwah untuk kegunaan dakwah.

Murabbiku berusaha mengembleng potensi seorang guru di sekolah musleh yang sangat banyak ilmunya. Dia tak berapa digemari di sekolah itu kerana kesyadidannya dalam kesalafiannya. Sehingga orang tak boleh terima caranya. Untuk masuk dalam usrah, dia tak mahu. Pernah ada kesan pahit yang terbuku dihatinya. Dia pernah rasa terkongkong dengan usrah. Padanya, dirinya bermanfaat untuk dakwah apabila dia bergerak sendirian.

Akhirya murabbiku dengan bijak, memanfaatkannya ilmunya dengan mengadakan kelas-kelas pengajian yang amat manfaat untuk dakwah.

Begitu juga, kami temui keajaiban hidayah Allah pada seniman-seniman yang ada di Malaysia.

TAwasul ijtimaiey yang menjadi teori di atas kerta kini terbentang di depan mata.

Afdlin, wardina, sham kamikaze itu adalah contoh yang amat besar dalam kefahaman ( fiqh) dakwah kita.

Paling menggembirakan hati kami, apabila editor baru majalah jom berkenalan rapat dengan kartunis2 popular di tanah air . Kartunis2 yang pernah mewarnai ujang dan lanun. kartun2 mereka memukau ribuan pembaca2 komik di malaysia.

termasuk saya.

dahulu, we have no ideas how to include them in our circle.

Sekarang, peluang itu terbentang luas.

And they actually came to us. WAnted to contribute something for dakwah.

Dan perasaan itu, indah sekali. Bagaimana kita dapat menarik mereka bersama dengan matlamat yang sama.

Maybe mereka bukan level 01 or 02. tapi mereka ada rasa hati yang sama dengan kita.

kelebihan mereka, tak dimiiki oleh kita.

dan kelebihan mereka boleh memukau masyarakat dengan kreativiti mereka.

Dan Allah bentangkan peluang yang amat besar.

Yang dipelajari di medan dakwah di Malaysia ini adalah, untuk menerima semua orang dengan kelebihan mereka. Dan tidak hanya menutup diri dan fikiran kita pada hanya pada jemaah kita.

kerana itu membunuh peluang untuk dakwah

serta menjadikan kita bongkak dengan diri kita.

Sedangkan prinsip dakwah kita adalah berpegang pada kesatuan.

Oh ya, pelukis2 kartun yang pernah menyumbang untuk lanun dan ujang, berminat untuk menyumbang lukisan untuk jom! dan ada lagi projek2 seterusnya.

I just wish more ikhwah akhawat sanggup contribute dalam era media ini. not just sitting outside and become spectators. We have enough of them. We want more people to get involve.actually contributing.

sebab, yang akhirnya nak menyumbang untuk media ini adalah…

bukan dikalangan kita…

wallahualam

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s