Aku ada keterbatasannya

Salam

 

sudah banyak kali aku menghadap kertas maya berwarna putih di komputerku. Bertajuk iftitah, guna menulis untuk isu 12.

 

Begitu juga masih ada dua task besar perlu aku siapkan, kompas dan isu utama. Editorku sudah mula bersuara. Kami perlu siapkan by  rabu ini.

 

Aku sering merasa rendah diri dengan keterbatasan diriku yang amat luar biasa sekali. Aku masih amat kurang sekali ilmu dibandingkan dengan ramai asatizah. Acapkali perlu merujuk dan mendengar kembali pengisian yang tersimpan kemas di dalam simpanan.

Begitu juga terkadang rasa rendah diri yang amat ketika membaca majalah solusi yang sarat dengan muatan ilmunya.

 

Begitu juga komentar dari para asatizah sendiri yang mengatakan perlulah Jom! diperhalusi dengan ilmu-ilmu yang mendalam. Ini amat mensaikokan dan mengconfirmkan betapa aku tidaklah layak berada di tempatku sekarang ini..

 

Dan apa yang aku ada, adalah fikrah yang masih berbaki di jiwaku, yang sering juga luntur dek kesibukan bersama masuliyaat kehidupan yang lain.

 

Mendengarkan ucapan anis matta yang sering menggegarkan jiwaku, tuturannya yang mudah sahaja berbahasa Arab, ilmu yang merentasi sirah, tafsir dan hadis, menyebabkan aku bertanya-tanya akan diriku, di posisi manakah aku dibandingkan dengan dia.

( boleh lihat di sini http://www.youtube.com/watch?v=GUpbXDy4lE4)

 

Sungguh amat jauh sekali!

 

Aku mahu  melontarkan neraca ilmu dan kefahaman ini pada seluruh dunia! Walaupun fikrah yang aku miliki ini amat terbatas isinya. Usrah yang tak sampai 5 jam setiap minggu, daurah hanya sebulan atau dua bulan sekali, begitu juga kelas-kelas agama yang tak penuh aku hadiri, masaku banyak di medan mahupun di tempat kerja. Mana masanya lagi untuk aku terus berbekal?

 

Walaupun begitu ramai ikhwah akhawat mengatakan : ‘ Tarbiyah sebenarnya adalah di medan, kita perlu turun ke medan dan berkenalan dengan masyarakat!”

 

Namun kita semua amat tahu, ‘ Kalau kita tak ada apa-apa, kita tak boleh memberi apa-apa.’

BEkalan sebelum menjadi pemimpin itu maha penting, tapi terbatasnya ruang untuk menimba ilmu itu sangat menyedihkan hati.

 

Sedangkan ummah ini amat memerlukan para asatizah untuk memimpin mereka!

Dakwah ini melihatkan kepada kita bahawa penggerak dakwah di kalangan jemaah ini terdiri dari mereka yang beraliran sains tulen mahupun akauntan dan ekonomi.

 

Sangat sedikit yang beraliran syariah mahupun quran dan sunnah.

Hattakan para pendakwah yang ada di Malaysia ( yang tidak bersama tarbiyah) lebih sukakan freelance ataupun menyertai group ulama yang lain bagi merencanakan agenda mereka tersendiri yang amat baik untuk ummah.

 

Maka budaya dakwah di Malaysia jika kita lihat lebih terarah kepada membaiki diri sendiri. Lebih cenderung untuk mendengar berkenaan hukum hakam dan amalan sunnah. Begitu juga jika dibaca bacaan ilmiyah lain, lebih berbentuk untuk membaiki hati dan akhlak.

 

Namun, di manakah ruang yang digunakan untuk menonjolkan fikrah perubahan kita? Fikrah islah dan kepimpinan? Di mana , Islam adalah pemimpin ummah. Melahirkan pemimpin baru yang meledakkan suasana baru dalam perubahan.

Amat kurang sekali.

Fikrah kita belum termaktub kemas dan mantap dalam mana-mana kitab agama di Malaysia. Kefahaman yang lahir dari jiwa tarbiyah. Lahir dari pembentukan peribadi , dari tangan yang mengasuh bagi membentuk kepimpinan baru dalam masyarakat.

 

Sungguh, kita mengimpikan sebuah negara Islam. Barangkali 2020 terlalu ambitious. Tapi kita cita-citakan perkara itu.

 

Begitu juga, jemaah lain mahukan perkara yang sama. Mereka bergerak lebih laju juga dari kita.

Namun apa yang membezakan kita dan mereka? Kita katakan kita ada fikrah dan kefahaman. Kita katakan kita ada tarbiyah. Namun bekalan tarbiyah, bekalan kefahaman, bekalan ilmu dan hafazan, amat jauhhhhhhhhhhh teramat jauhhhhhhhh dari kita.

 

Saya berfikirkan akan diri sendiri yang amat struggle menulis artikel untuk majalah jom! Inilah majalah tarbiyah yang diimpikan oleh kami bertiga, kak anfal, abang ammar dan saya sendiri. Kami lahir dari kumpulan yang sama 15 tahun yang lampau. Kami membesar dengan majalah indonesia yang sama. Dan kami impikan agar jemaah dakwah di Malaysia mampu lahirkan majalah yang sama.

 

WAlaupun ketiga kami bukanlah dari latar belakang agama, kami beranikan diri untuk membuatnya. Tawakal Ala ALlah, sehingga kini hampir 12 keluaran telah lahir. Semua staf kami bukannya dari latar belakang agama.

 

Dan bagaimana kami dapatkan dan pelajari input-input yang ada? Dari bekalan tarbiyah yang terbatas. Dari pembacaan yang kami paksakan juga buat diri kami.

Aku sendiri merayu dengan kerendahan hatinya untuk orang lain terus menyumbang, namun yang ramai menyumbangnya adalah orang lain yang mahu menggarap bakat penulisan mereka. Yang ada isi mendalam dan taujihat yang menggugah jiwa? Amat kurang sekali.

 

Aku, ada keterbatasannya. Setiap kali aku merenung keterbatasan itu, terasa diri amat rendah dan terasa mahu diserahkan mata pena ini kepada yang lebih layak.

 

Namun, jika bukan kami yang meneruskan usaha ini, siapa lagi? Sedangkan strugglenya untuk bertahan ke isu seterusnya, Allah sahaja yang tahu.

Aku, sehingga kini, berhadapan dengan masalah yang sama; kita amat kurang asatizah.

 

Kita amat kurang yang mendalam dalam ilmu agama. Walaupun kita claim kita jemaah dakwah. Namun penguasaan kita tentang Islam, masih surface, masih shallow, masih belum mendalam. Kita nak berbicara penuh menggugah, kita tak dapat lihat dikalangan orang muda.

 

Apabila melihat tokoh, semuanya melihat golongan 40an ke atas. Merekalah para tokoh yang super busy dengan amanah dakwah mereka maka kita perlu meramaikan orang untuk membantu mereka.

 

Aku berharapkan adanya pewarisan dalam semua pelusuk penjuru dakwah. Tidak terfokus sahaja pada profesional. YAng perlu kita wujudkan adalah persatuan ulama di kalangan orang muda. Mereka yang mensinergikan ilmu modern dan kefahaman islam. Mereka yang berani menjadi pemimpin buat ummah ini.

 

Jika tidak adanya dikalangan kita yang sebegitu, maka kita perlu menyediakan para doktor dan jurutera kita untuk menjadi pemimpin dakwah. Tapi golongan ini sibuk dengan kerjaya mereka sehingga berumur pencen 50-55 tahun. Seterusnya time tu baru nak mereka kuasai bahasa arab dan juga ilmu syariah, itu sudah amat terlambat sekali.

Maka kita perlu aim untuk melahirkan pimpinan dakwah seawal usia 30-40 tahun. Mereka berkebolehan bahasa arab, mempunyai ilmu yang mantap di dada, dan mereka hidup dengan cara luar biasa —> berbisnes dengan penulisan mereka. Jangan terkejut, salim a fillah ada saham yang besar dalam syarikat pro-u media yang menerbitkan penulisan2nya. Kerana itu dia kaya boleh menjana pendapatan sambil berdakwah.

 

Maka kita perlukan orang sebegitu.

Diri saya, amat terbatas sekali. Jika saya berjaya menjadi pimpinan dakwah sedemikian, umur saya ketika itu adalah 42 tahun, 7 tahun selepas tamat khidmat dengan UiTM.

Saya perlukan dua tahun utk belajar arab dan syariah.

 

44-45 tahun. Saya takut saya dah tak bertenaga seperti sekarang di usia muda.

 

Saya berharap, kamu yang membaca penulisan ini, jika kamu seorang murabbi, carilah sekurang-kurangnya seorang calon bukan sains utk kamu train menjadi pendakwah/mengambil syariah. Jadikan dia pemimpin dakwah akan datang.

Jika kamu adalah pelajar syariah/ seorang ustaz, gandakan usaha kamu dan lihatlah dirimu lagi 2-3 tahun sebagai pemimpin dakwah kepada jemaah ini. Siapkan diri kamu menjadi pemimpin itu. Dengan ilmu dan amal. Dengan kefahaman dan skills kepimpinan. Belajarlah sedalamnya. Belajarlah sebanyaknya.

 

Ummah, amat mendambakan kamu!

 

I always wish i could have a thousand lifes so I can contribute a lot more in different ways.

 

But I only have one. And I can see myself leading my life in medical ways. Sebab dah bergerak dan dah bermula…

orang lain harus pikul tanggungjawap memimpin para ulama kita pula.

dan saya mengimpikan, staff jom! dan juga penulis buku dakwah kita, 90% terdiri dari para asatizah.

 

wallahualam

PS: doakan saya dapat menulis dengan baik utk jom! dan dapatkan sampaikan fikrah dengan baik sekali..

ana uhkhtikum fillah,

faqirah ila rabbiha,

aisyahz

About these ads

4 comments on “Aku ada keterbatasannya

  1. jazakillah khairan k.aisyah..terkedu..
    T.T i will try my best..! insyaAllah
    saya cuba buat yg terbaik utk baki2 tahun saya di mesir.huhu T.T
    supaya pulang nanti memberi manfaat utk ummah..
    doakan…

  2. kak aisyah. sobs2! saya insyaAllah bakal astizah, yang akan mencorak anak bangsa kelak bersama bidang pendidikan ini.
    Allahurobbi! rasa berat sebab sememangnya mencari mad’u dari kos dan bidang agama itu lebih mencabar daripada kos lain. namun, saya akan usahakan!
    membina diri dan binaan sebaiknya untuk Addin ini. T_T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s