Mass production vs handmade

Satu masa dahulu, siapa yang cair, pasti akan gugur.

Kerana dahsyatnya arus jahiliyah dan asingnya gerabak dakwah ini.

Di waktu itu, terasa sangat terpaksa melawan arus. Rakan yang baik, jika tak bersama kafilah ini, pasti akan bersama kafilah lain.

Kami yang berada di kelompok ini seringkali goyah melihat kafilah lain bertambah angkanya, sedangkan kami, kalau tidak stagnan, pasti akan ada yang berpindah kafilah.

Sehinggalah kami benar-benar memaknai serta jujur pada diri kami. Sehingga kami sering bertanya pada diri kami : Mengapa kami bersama kafilah ini.

Perkara itu sangat mengokohkan hati kami, dan kami sangat memaknai detik-detik tarbiyah di waktu bilangan kami sedikit di waktu itu. Terasa indah mendapat fokus dan perhatian daripada para murabbi kami serata uk .

Namun, fenomena dakwah berubah. Lanskapnya juga sudah tidak sama sepertimana dahulunya, orang sangat pelik mendengar pengisian yang ada singkatan huruf-huruf abjadiyah ( ISK, SH, IPK, GF etc).

Keadaan sudah berubah. ISK sudah menjadi satu kelaziman. Di mana-mana relung adanya pelajar, pasti akan sedikit terbias dengan sentuhan ISK, walaupun tidak semua.

Hattakan, orang sudah bosan untuk berulang kali mendengarnya. Sehinggalah namanya bertukar pelbagai rupa, dan approach pun terpaksa diubah. Ada yang terus merasakan ISK sudah tidak lagi relevan kerana mungkin muak, atau dirasakan tidak sesuai sebagai tajuk pemula

Apapun, kesemua itu adalah semua ijtihad, yang ditakdirkan Allah, telah mampu memukau ribuan pemuda dakwah, kerana mesej mudah yang disampaikan oleh tajuk-tajuk itu.

Mungkin itulah yang selama ini mereka perlukan, setelah beberapa lama, kita mencuba pelbagai strategi, tapi ternyata, cara itu mampu mengumpulkan ramai orang di dalam saff kita.

Tapi di situ, ada satu permasalahan.

Orang semakin ramai memasuki saff kita. Pada kadar angka yang kita tak sangkakan. Pemuda dakwah yang nak bersama dakwah ini. Yang sudah ada kesedaran. yang telah jatuh cinta dengan tarbiyah. Yang mahu bergerak bersama kita.

Maka kita pula berusaha dengan penuh kesungguhan, untuk mencetak murabbi-murabbi baru dengan cepat pula, demi utk menyambut muka-muka baru di dalam tarbiyah. Usrah-usrah tumbuh bagaikan cendawan. Malah, di tahun dua tarbiyah sahaja sudah berfikir untuk membawa usrah. Tapi bagaimana jika begitu kurangnya pengalaman??

Kita rasa sangat perlunya tuntutan untuk mencetak murabbi. Mad’u yang datang bergolek-golek ini tidak mampu kita lepaskan. Begitu ramai yang menyerah diri pada kita, takkan kita nak menolak dari membawa mereka???

Akhirnya kita mengadakan siri-siri daurah, atuapun kelas-kelas tambahan, untuk membantu percetakan murabbi baru ini. Kita bekalkan ilmu dan kefahaman. Kita mahu dia cepat-cepat membesar menjadi seorang murabbi, dapat membina dan mengembangkan lagi dakwah.

Cuma , kita mungkin terlepas pandang akan beberapa perkara.

Tarbiyah ini adalah satu proses.

Ia memerlukan masa.

Ia memerlukan peristiwa untuk mengajarkan untuk memahami isi tarbiyah.

Kerana kefahaman itu, bukannya pada sumbatan-sumbatan ilmu di dada, tetapi ia adalah proses pembentukan dan peningkatan, yang memerlukan masa, dan juga SENTUHAN SEORANG MURABBI.

Kita takkan mampu mencetak kader-kader dakwah yang mapan, hanya dengan memberikan pengisian-pengisian daurah, atau membiarkan sahaja adik-adik itu belajar sendiri menambah baikkan dirinya. Melepaskan dia berdikari tanpa kita membimbing dirinya.

Tidak.

Kerana tarbiyah ini adalah sebuah bimbingan.

Ia memerlukan TANGAN seorang murabbi untuk memimpin dan menunjukkan jalan.

Seorang mutarabbi itu takkan mampu hebat dengan sendiri.

pasti ada murabbi yang membimbing dan menyusunnya.

Terkadang, kita cuba menghantar adik-adik kita ke daurah-daurah, atuapun memanggil muwajih luar untuk memberi pengisian untuk adik-adik kita.

Kita berharap ada magis yang berlaku dan si penceramah mampu menyuntik hidayah-hidayah , agar kefahaman tu terus masuk, zupp, ke dalam hati mad’u-mad’ u kita.

Kita nak dia terus berubah dan bergerak selepas daurah, seperti mana sebuah kilang akan mengeluarkan produknya.

Ia bukan begitu.

Manusia bukannya barang. Ia adalah manusia.

‘ Kak, apsal buruk sangat ni design proton? Takde ke proton hire orang2 yang pandai design kereta kita ini?’

Anak usrahku, k mimi dahulu pernah bekerja di kilang proton. sebut je pasal masalah kereta, pasti dia tahu, walaupun dia perempuan. Aku suka bertanya hal-hal kereta pada dia.

‘ Adalah syah, design derang banyak je cantik dan cun. cuma tak boleh nak guna untuk mass production. tak cost effective. Kalau design cantik tak leh produce, buat apa kan?’ K mimi menjawap.

Barulah aku faham.

Tahu tak pasal kereta termahal di dunia? Harganya…. USD 1.7 juta! Sebiji. Bugatti Veyron namanya. Best tak namanya?

Boleh baca lanjut http://www.bugatti.com/en/veyron-16.4.html

 

Dan semua kereta termahal ini very limited edition. Ianya. handmade. Handmade! Very aunthentic, and auww.Very sophisticated engineering work. Semuanya ada sentuhan senih tangan beberapa jurutera. bermula dari engin, sehinggalah interior design.

Dan still syarikat kereta itu boleh untung walaupun tak banyak model dikeluarkan. Kerana satu model je cukup menjadikan mereka kaya raya. Satu model pun tak sampai ribu-ribu pun mereka keluarkan.

Cunkan design dia? Kereta ini gune engine kapalterbang boeing.huhuh

( I should tell you guys, yang saya memang minat kereta.huhu)

Begitulah juga dalam tarbiyah kita. Kalau kita nak producekan para murabbi dengan mass production, kita kene tahu expect kualiti murabbi yang bagaimana akan kita hasilkan.

Tapi kalau kita betul-betul nak hasilkan para murabbi yang ada kualitinya, yang boleh mencetak ribuan lagi kader-kader dakwah di bawahnya, maka kita secara individunya perlu memberikan perhatian kepada para murabbi baru ini. Perlu memberi sentuhan handmade buat mereka!

Sebab harga seorang murabbi itu, tentu lebih mahal dari harga buggati veyron kan?

Tarbiyah ini memang memerlukan masa, tapi mmg tarbiyah ini , aturan tarbiyah ini tetap ada 3, tak pernah berubah.

1) Lambat( bathi) – selamat ( ma’mun)

2) panjang( thowil)- hasilnya asli

3) Susah ( so’bun)-  tapi akan tsabat.( tsabat)

Benar, kita amat memerlukan ramai penyokong dakwah dan pekerja dakwah. Dan ramainya pekerja dakwah ini memerlukan ramai murabbi.  Jika kita mahukan murabbi yang berkualiti, kita perlu berikan sentuhan kemurabbian padanya

Sentuhan perseorangan. Bimbingan one to one.

Peningkatan yang sejajar dengan kefahamannya. Lonjakan potensi yang sesuai dengan kelebihannya.

Bukan sekadar pukul rata : anak usrah aku sama sahaja.

Lepas tu kita akan sangat kecewa bila seorang dua anak usrah, tak boleh nak sama tahapannya dengan orang lain.

Sedangkan kita lupa, bahawa setiap manusia itu berbeza kapasitinya.

Duarah, usrah, mukhayyam, semuanya amat membantu dalam pembentukan dan pembinaan seorang duat.

Tetapi, itu takkan dapat mengalahkan, sentuhan peribadi seorang murabbi, yang mengasuh anak usrahnya, dengan tangannya sendiri.

Dari situlah, walaupun kita ramai, kualiti kita pasti akan tetap terjaga.

Walaupun memang kita memerlukan orang yang ramai untuk memikul beban dakwah ini.

Kita ramai, tapi masih belum cukup produktif. Kita tak mampu lagi menghasilkan anak-anak usrah yang mampu mengusrahkan ratusan lagi binaan di bawah mereka. Malah, begitu ramai juga lagi daie yang masih menganggur tidak membawa halaqah!

Kerana itu, usrah perlu diperkasakan, bukan dari sudut kata-kata mahupun laporan pada sebuah kertas.

Tapi pada ruh yang hidup di dalam usrah, melalui maknawiyah yang harmoni antara seorang murabbi dan mutarabbi. Peningkatan dan pembinaan dirasai secara peribadinya oleh sang mutarabbi.

Murabbinya memberi taujihat sesuai dengan kapasiti madunya. Sesuai dengan keadaan dan tahapannya. Seterusnya membimbing bahan bacaan, menyusun program-programnya, menfollowup kefahaman selepas program, mutabaah amal dakwah dan fardhiyahnya, kesemua itu, lebih powerful impaknya daripada pengisian sorang muwajih di sebuah daurah. Walaupun muwajih itu terkenal hebatnya.

Perkasakan usrah. Walaupun ia penat dan memerlukan usaha. Berkatilah setiap masa yang ada, dengan sentuhan yang ringkas, tapi memberi kesan.

 

Kita selalu berfikir deras, apakah pengisian-pengisian yang dapat meningkatkan anak usrah kita, apakah program-program yang dapat memboostkan semangat mereka. Terkadang, kita lupa, bahawa peranan dalam peningkatan dan juga pembinaan mereka itu, terletak 80% pada diri kita sebenarnya, murabbi mereka.

Berilah hak-hak yang sepatunya. Sentuhan yang special pada setiap mutarabbimu. Setiap dari mereka.

 

Moga ini dapat memberi jawapan kepada permasalahan yang sering kita runsingkan  ;  kita ramai, tetapi.. kualiti makin mencair pula…

 

PS: tahu senang dan sedap je cakap dan tulis. Nak buat, teramat sukar..

 

Wassalam

ana ukhtikum fillah

aisyahz

Advertisement

10 comments on “Mass production vs handmade

  1. Akak. Faham sangat sangat sangat. *fikir panjang*

  2. .betul.

    kadang terlupa perkara tue.

  3. betul sangat:)
    mg Allah bg kekuatan utk kita n murabbi kita menjadi spt ini:)
    ameen,inshaallah.

  4. assalamualaikum kak aisyah..
    saya tak faham maksud ‘sentuhan seorang da’ie’
    DF ke maksud akak?

    • afwan akhi, lewat sangat balas. ye maksudnya DF

  5. jazakillah kak aisyah. sangat kena dengn situasi yang saya hadapi sekarang. T__T

  6. so like lah, jazakillah khair kak aisyahz

  7. betul, kadang2 terlupa untuk membimbing setelah mengajak. sedangkan membimbing seseorang menjadi lebih baik sepatutnya lebih dititik beratkan daripada mengajak sepuluh orang tetapi tidak membimbing langsung, membuatkan mereka berputus asa untuk ke arah kebaikan.

  8. kak muharikah…mohon penjelasan

    “Malah, di tahun dua tarbiyah sahaja sudah berfikir untuk membawa usrah. ”

    “Malah, begitu ramai juga lagi daie yang masih menganggur tidak membawa halaqah!”

    salahkan bru di thn 2 tarbiyah dah nk bawa usrah? merasakan keperluan bergerak…insyaALLAH fikrah syahadatul haq menikam2 kalbu…dakwatuna…fikratuna…
    salahkan berfikir utk bawa usrah pd usia yg muda dlm tarbiyah?

    dan agak kotra dgn ayat seterusnya yang sy petik…ramai daie menganggur x bawa usrah…

    mungkin sy silap faham, dan sy perlukan kefahaman itu…
    jzkk

    • salam ukhti..

      saya maksudkan dalam dengan ayat itu, maknanya, ada dua golongan yang kita boleh tengok dikalangan yang berada dalam sistem tarbiyah kita

      1) orrang yang dah tahun 2 je usrah, dah bawak usrah. mungkin belum jadi muayyid/pendokong dakwah lagi, tapi dah membawa orang lain. ini kira ciri yang amat kita mahukan sebagai mad’u kita.

      2) orang yang dah lama dalam sistem usrah, tapi ramai antara mereka masih lagi belum membawa usrah. mengapa jadi begini? sedangkan tak patut jadi begini…

      maaf di atas kesilapan dalam penerangan.. moga dapat pencerahan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s