Mu’nisah dan Widad

2009 November 21
by muharikah

Salam,

saya akan bermusafir lagi hujung minggu ini. Terkadang saya terfikir, bagaimanakah akak2 yang telah lama dalam dakwah dan tarbiyah mampu untuk menyusun jadual kehidupan mereka menjadi isteri, ibu dan naqibah usrah, dalam masa yang sama, menjadi qiyadah dalam jemaah ini. ( usrah-usrah-meeting-meeting-ajak makan- etc-etc)


Memang menakjubkan mereka yang mampu berbuat sedemikian!

Memang kita mampu memberikan taujih dan usrah bagi ramai orang, tapi kita tak mampu untuk spend time dan DF semua orang.. Sedangkan pada peringkat permulaan ( tamhidi) tarbiyah, DF itulah amat penting dan faktor terikatnya seseorang individu itu pada Islam..

Berliqa bersama adik-adik mu’nisah dan widad sangat banyak mengingatkan aku akan kenangan silamku dahulu.. sangat menyegarkan dan basah. Mungkin mereka tidak tahu, betapa murabbi yang mahu memberi ini diuji hatinya dengan dahsyatnya sekali.

Selalunya begitu sebelum melangkah ke usrah. Tiba-tiba sahaja menjadi malas, tak bermaya dan unprepared! ( Naqibah juga seorang manusia yang sama-sama diuji…)

Pelik sungguh.

Tapi bila dah duduk lutut bertemu lutut, senyuman berbalas senyuman, dan doa-doa malaikat menyimpuhi majlis penuh keberkatan itu, nur dan kebahagaian itu menyinari perasaan hati bagaikan matahari menyinari siang hari.

Memang, membawa liqa tamhidi ini amat menguji keikhlasan hati ini.

Kenapa saya kata begitu?

Jika antum bawa halaqah muayyid ( orang yang dah comited dengan tarbiyah dan dakwah), memang mudah. Kalau kita lupa nak cakap pasl usrah, mereka yang ingatkan. Kalau kita suruh, akan ikut sahaja. Dan tak perlu fikir nak sentuh hati mereka ataupun Df beria sebab mereka dah melekat dengan kita…

Tapi tidak diperingkat permulaan ini..

kerana kita berhadapan dengan satu kemungkinan bahawa, mereka mungkin takkan bersama dalam dakwah dan tarbiyah ini pun… Kerana di tahap mereka, keterikatan tidak diminta. Dan kita tak tahu adakah mereka akan menjadi pelapis dakwah ataupun tidak.

Walaupun di sudut hati kita, kita mahu melahirkan pelapis baru pada dakwah ini, namun membawa mereka dalam liqa, cukup sangat menyedarkan aku bahawa, cukuplah jika usahaku ini sekadar membawa mereka mengenal Pencipta mereka sendiri dan mengenal indahnya islam ini.

Satu kegembiraan yang amat membahagiakan jiwa seorang murabbi bila anak halaqahnya mula membuka pintu hari mereka untuk mengenal Islam, dan membuang jahiliyah yang membeliti hati mereka.

Keazaman mereka untuk berubah sangat mengkagumkan! Kita yang sudah dalam tarbiyah belum tentu sedar akan kesalahan diri kita dan berubah.

Ternyata liqa malam ini sangat menyegarkan nafas dan imanku ini.. Alhamdulilllah..  Kerana keikhlasan mereka mungkin lebih jernih dari sebahagian para duat, dari segi keikhlasan dalam berubah, menanggalkan jahiliyah dan memakai pakaian baru Islam..

Ternyata agama Allah ini adalah cahaya atas cahaya.

Alhamdulillah, benar, membawa halaqah tamhidi banyak memberikan kesedaran pada kita, dan menjadikan kita lebih berdoa dan bertawakal kepada Allah. Kerana kita tak ada kepentingan untuk menambahkan bilangan ahli kita ( walaupun itulah target kita). Niat kita hanyalah semata-mata kerana Allah, dan kita berdoa, agar suatu hari kita dapat mengenalkan mereka akan keindahan tarbiyah dan keluasan hidup dakwh yang membahagiakan.

Dan moga-moga Allah menakdirkan mereka bersama kita, walaaupun tanpa kita merancang pun sedemikian rupa ( walaupun perancangan dalam islam itu penting ya!).

Memang berhadapan dengan mereka, menjadikan kita makin mahu lebih istiqamah dan kuat. Tidak lemah dengan ujian dan godaan syaitan..


Dakwah kita adalah dakwah rabbani. Jika kita tak dekat dengan Allah, bagaimana mampu kita bawa manusia kepada Allah kan?

Satu perkara yang menjadi dilema besarku…. bagaimana aku nak DF setiap sorang dari mereka?

( K mimi kata saya pun kurang DF dia….. waaaaaaaaaa!!!!)

kene rehat…ada benda kene kejar esok pagi.. doakan semuanya selamat insyaallah….

seusai liqa yang best,

muharikah

12 am

4 Responses leave one →
  1. 2009 November 21
    syafiqah permalink

    TQ k.aisyah atas segala yg dikongsi bersama tadi.. mg kita sentiasa diberi hidayah dari Allah utk berada di jalan yg diredhaiNya..InsyaAllah… Selamat bermusafir & mg dipermudahkan segalanya… ;)

  2. 2009 November 21

    salam akk yang dicintai,kerana dicintai Allah=)
    hrm,baru berpengalaman bw usrah muayyid..ye betul, mrk sgt proaktif.dulu ingatkan susah, sebab orang kata nak maintainkan satu pohon di atas batas lebih susah dari membajanya. Terlalu banyak mehnah yang mendatangi…

    liqa’ tamhidi pula,dari last week plan,tangguh harini..tangguh esok..
    hehe…tapi sy yakin mereka mahu berhijrah kepada ma’rifatullah.. bezanya dari segi prioriti shj kan.

    Paling penting adalah murabbi itu sendiri ^_^
    jzkk ukhti

  3. 2009 December 1

    aisya, ahahaha akak dah baca posting awak ni sebenarnya tapi napa akaktak perasan ayat akhir2 awak tu :P

    Takper, even awak tak DF akak sgt, but your existence around me tu yang menyebabkan akaktak lari jauh dan boleh ditangkap semula.. :P

  4. 2009 December 1
    muharikah permalink

    syafiqah… jzkk juga! best dapat jumpa korang!

    Aiza–> kan best kalau kita dapat selalu borak seperti mana awak salu tinggal komen kat blog saya…hehhhhehe

    k mimi –> akak perlu pakai cermin mata ke time baca blog?hehhehe.. kehadiran akak di sisi saya pun menguatkan keazaman saya buat kerja2 dakwah ini…chewah..hehehhe.. sayang akak kerana Allah ~ jzkk kak for everything!

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

  • Majlis Syura Muslimun Network

  • MSM Advance Web
  • MSM Cork
  • MSM London
  • MSM North West
  • MSM Nottingham
  • MSM West Midlands
  • MSM SouthWales
  • MSM Ireland
  • MSM Tunas Taqwa
  • Laman Ini Sejarah Kita
  • Komentar Terkini

    ummusalma on Detik cinta
    hikari2211 on Detik cinta
    syuqaira on Seloka kasih
    syuqaira on Seloka kasih
    syuqaira on Seloka kasih
    syuqaira on Seloka kasih
    syuqaira on Seloka kasih
    mawaddah on Detik cinta
    aizadiha on Detik cinta
    illi on Dan titik itu..
    muharikah on Dan titik itu..
    muharikah on Dan titik itu..
    muharikah on Dan titik itu..
    muharikah on Dan titik itu..
    muharikah on Dan titik itu..
  • Paling Popular

  • Post Terkini

  • Categories

  • Arkib

  • Statistik since March 2007

  • Counter

    free web stats
  • Where are you from?

    Web Statistics
  • Admin