Merindui kenangan

2009 October 2
by muharikah

IMG_8724

Cepatnya masa berlalu

aku masih ingat lagi

tika dahulu

aku bertemumu,

masih naif, masih keanak-anakan, masih hingusan

kini kau sudah tidak seperti dahulu

makin dewasa

makin matang

makin berhikmah

and surprisingly

makin lembut penuh keakhawatan

( tentu lebih berkefahaman dari sudut dakwah dan tarbiyah–> kagum!)

detik bermula, pms 05, glasgow

detik bermula, pms 05, glasgow

dan tidak dapat tidak aku sembunyikan naluri murabbiku,

setelah sekian lama tidak bertemumu

tidak menyulam kasih dan cintaku

hibanya aku di saat aku bertemumu,

kepiluan penuh kegembiraan.

syahdu dalam rindu yang sudah lama tidak bertandang di hatiku..

ternyata kau makin dewasa sekarang..

makin anggun di medan ini..

jauhnya kau telah kau ke depan adikku,

dan sayang aku tidak lagi dapat menyaksikan kau mengukir sejarahmu itu di depan mataku.

benarlah, setiap murabbi itu hanya menjadi mata rantai penyambung kepada sentuhan orang lain.

kita hanya melengkapi apa yang telah dilaksanakan orang terdahulu pada anak binaan kita..

dan orang seterusnya pulalah akan melengkapkan kerja-kerja kita pula.

setelah bergelar akhawat , Birmingham 2008

setelah bergelar akhawat , Birmingham 2008

Tapi setiap mutarabbi itu sentiasa meninggalkan kenangan manis di hati ini..

( dan barulah ku faham perasaan murabbiku, melihat anak-anak binaannya datang dan pergi..)

entah mengapa, pilunya hati meninggalkan bumi ini,

meninggalkan sejarah silam yang pernah bertahkik di sini,

dan tentu kerana masih ramai belum aku temui

yang pernah berteduh di bawah kasihku ini..

yang belum puas aku pimpin tangannya,

merasai manisnya jalan ini..

tapi inilah dia cerita hidup kita..

langkah ini harus tetap diteruskan

walaupun terpaksa membawa hati yang duka,

namun tentu rabithah itu penyejuk jiwa.

Terkadang kita amat terikat dengan perjumpaan fizikal, sentuhan-sentuhan yang mengasyikkan, dan tentu paling manis, meluangkan masa bersama-sama,

tetapi Allah berikan kita nikmat ikatan itu, pada doa, ingatan dan lafaz kita dalam memperjuangkan kalimahNya ini..

setiap kali kita menuturkan kata-kata yang sama,

di situlah hati kita pasti akan bersama..

walaupun jauh di mata,

dakwah dan tarbiyah akan sentiasa mengikat kita..

aku yang sering merinduimu, adik2ku..,

akak,

muharikah

2/10/09

3 Responses leave one →
  1. 2009 October 2
    gmex permalink

    salam akak sayang…
    ape khabar? akak sehat?

    • 2009 October 3
      muharikah permalink

      salam sayang gmex!! rindunyaaaaaaaaaaaaaaa!!! rasa nak gi volgo sekarang juga!!! banyaknya hak2 saya pada antum terabai!!awak sihat ? :)

  2. 2009 October 4
    tulip strawbery permalink

    Merindui akak … sekali pun tidak ketemu. Merindui saat chatting kita …hingga akak mengenakan saya and u owed me ur that story. Remember!

    Take care

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

  • Majlis Syura Muslimun Network

  • MSM Advance Web
  • MSM Cork
  • MSM London
  • MSM North West
  • MSM Nottingham
  • MSM West Midlands
  • MSM SouthWales
  • MSM Ireland
  • MSM Tunas Taqwa
  • Laman Ini Sejarah Kita
  • Komentar Terkini

    aizadiha on Mu’nisah dan Widad
    syafiqah on Mu’nisah dan Widad
    supir on Kerana sebuah cinta…
    muharikah on Kesibukan itu satu rahmat
    muharikah on Kerana sebuah cinta…
    muharikah on Kuliah online
    Layang2 on Kerana sebuah cinta…
    sweet on Kuliah online
    rafio on Hidup ini… utk apa?
    supir on Kerana sebuah cinta…
    ru on Sebelum tidur
    raziana on Kesibukan itu satu rahmat
    muharikah on It’s me
    ainul arina on It’s me
    qumfaanzir on It’s me
  • Paling Popular

  • Post Terkini

  • Categories

  • Arkib

  • Statistik since March 2007

  • Counter

    free web stats
  • Where are you from?

    Web Statistics
  • Admin