
perasan tak sape yang ada kat situ?
Terkadang saya amat sedih untuk menceritakan sesuatu yang amat menggembirakan saya, tatkala ada sisters saya sedang ketakutan dan struggle dalam study dan examnya.
Di dalam kegembiraan saya menggenggam segulung ijazah, saya turut hampa kerana tidak dapat membantu rakan-rakan yang struggle dengan study mereka, Ini kerana keadaan geografi yang sangat memustahilkan untuk saya selalu berada di samping mereka di saat mereka sangat paling memerlukan orang! Ada juga yang berlainan course yang tentu pening sekali untuk kita membantu mereka kerana kita memang tidak layak menasihati mereka melainkan memberikan mereka sokongan dan dorongan.
Mereka boleh insyaallah!!!!! Selagi mana cahaya harapan itu masih ada, selagi itulah ada peluang untuk kita pass exam… insyaallah!!
Ya Allah, bantulah mereka, mudahkan bagi mereka dan tenangkan hati mereka dalam menghadapi exam mereka!
Tidak ramai mengetahui betapa saya sangat-sangat-sangat-sangat struggle dalam memenuhi tanggungjawab study saya ini.
Berulang tahun saya perlu resit exam/refer kerana susah/ strugglenya saya untuk lulus exam saya.
Dan tentu tak ramai tahu, saya sendiri perlu repeat year hingga menyebabkan saya terpaksa ambil 6 tahun sebelum saya lulus ijazah perubatan saya ini.
Namun apa yang paling menyedihkan sekali adalah, saya terpaksa put through my family into this struggle as well.
Kasihan mereka, mereka yang selalu risau, bimbang, sedih dan berkecamuk perasaan di saat saya mendapat keputusan gagal pada hampir setiap tahun exam saya.
Dahsyat, horror, sedih, hampa, down gile, depressed..semua ada..
bukan senang…
bukan senang..
dan tentu saya tak dapat nak samakan diri saya dengan diri akhawat lain yang aktif dengan dakwah, tapi dapat distinction dalam exam.
Kami ada dua orang melayu sahaja dalam kelas. Dan itulah struggle utama saya. Sebab kami takde study group dan terpaksa survive sendiri-sendiri untuk lulus exam.
Namun, Alhamdulillah, Allah itu Maha Rahman dan Ar-Rahim.
Hari ini, Alhamdulillah saya telah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapa saya. Gembiranya mereka adalah matlamat utama saya di saat menghadapi graduasi saya ini.
Pada saya, graduasi hanyalah satu majlis. Satu peristiwa dari banyaknya peristiwa yang ada di dunia ini. Memang seumur sekali sahaja kita graduate dalam hidup kebanyakan dari kita.
Nak kata excited, biasa sahaja. Sebab tak dapat scroll pun time jumpa chancellor. Dia ketuk je kepala guna tuala. ( kelakarkan sistem scottish? topi pun takde time graduation..huhuuh)
Nak kata gembira, takdelah sangat, kegembiraan saya melihat family saya berenam ada depan mata saya selama 2 minggu ini lebih menggembirakan saya dari graduate itu sendiri..
Tapi apabila melihat mak dan ayah saya gembira anaknya kini bergelar doktor, itulah yang menghappykan saya, sebab saya at last saya dapat menghappykan mereka..Alhamdulillah .
6 tahun mereka terpaksa bersabar untuk melihat hari ini, hari di mana saya menggenggam segulung ijazah…
Dan alhamdulillah Allah mengabulkan doa mereka untuk melihat saya akhirnya dapat berdikari sendiri…
Namun ada satu lagi kegembiraan luar biasa yang telah berlaku hari ini..
Kegembiraan yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata saya.
tidak sama seperti datangnya family saya ke majlis graduasi saya sebab saya memang expect family saya datang untuk graduation ini..
Namun, kehadiran ini tidak langsung dijangka dan difikirkan..
Dan bila ianya berlaku…
Ya Allah, sudah lama saya tidak rasa segembira ini!!!!!!!!
Inilah dia…

Saatku bertemu dengannya...
Sungguh, saya sering mendambakan agar saya dapat berkongsi kegembiraan hari graduasi saya ini bersama akhawat yang amat saya kasihi. Mereka yang sama-sama struggle dengan saya untuk balancekan antara dakwah dan study. Hanya mereka yang melalui jalan ini sahaja faham , susahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhnyaaaaaaaaaaaaaa nak excell dalam study, dalam masa yang sama fikir dan kerja habis-habisan untuk dakwah.. ( sebab dakwah itu nyawa, hati, perasaan, fikiran kita, cane nak berpisah dengan dakwah? mustahil kan? dan study tu menyokong dakwah kita, tapi susah arh nak balance dua-dua tu..huhuuh)
Saya mahu hadiahkan kejayaan saya ini buat kamu semua ya akhawati…, kerana telah banyak sangat antum berdoa untuk saya dan membantu saya dalam mencapai kejayaan hari ini.
I wish all of u could be here!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

nilah dia teman belajar saya sepanjang beberapa tahun ini...
Dan Allah makbulkan keinginanku itu hari ini..
Alhamdulillah Ya Allah! Di saat aku melihat wajah yang dirindui itu, aku tidak dapat sabar dari mendakap tubuhnya dengan erat, dan merasai betapa nikmatnya dia ada di situ menyaksikan aku dengan jubah hitamku. Di sisinya ada K huda yang menjadi bualan ramai sisters kebekalangan ini kerana tumuhatnya yang tinggi pada ukhuwah. ( Thanks so much k huda!!!)
Padaku, kehadiran mereka merupakan hadiah teristimewa bagiku pada hari graduasiku.
( tentu family datang selama 2 minggu tu kegembiraan yang tak perlulah explain panjang2.. semua orang akan rasa bahagia kot satu family datangkan…huhuh)
Adikku itu, jarang menceritakan perasaan dia padaku. Dia sukar mengungkapkan yang dia kasih akan seseorang itu.
Namun aku tahu, di saat dia membeli tiket ke Dundee, dalam keadaan poketnya berlubang dan untuk makan pun terpaksa berjimat cermat, aku tahu amat apa yang menolak dia untuk hadir pada hari istimewaku itu..
“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (HR Imam Ahmad)
Dia hadir 3 jam sahaja di Dundee. Inilah dia satu-satunya trip seingatku yang dia laksanakan bukanlah tujuan untuk memberikan pengisian ataupun menerima pengisian. Dia datang untuk memberikanku hadiah teristimewa bagiku..
Iaitu kehadirannya di situ.
Dan entah mengapa, di saat aku melihat dia pulang ke kampung halamannya, hatiku bagai dicarik-carik dan dihiris-hiris dengan kesedihan yang amat…
Kenapalah begitu sekejap sekali pertemuan aku dan dia?
Kenapa begitu berat aku melihat dia meninggalkan aku??
Dan di akhir sujudku yang panjang, aku tidak dapat menahan derasan air mataku dari mencurah-curah. Seolah-olah air mataku itu gugur dari perasaan yang kudus, perasaan yang tidak dapat dimengertikan kecuali dengan air mata itu sendiri..
Ya Allah, mengapa di saat kita mengasihi seseorang, peritnya rasa di saat perpisahan?
Adakah beginikah rasanya bila kita mengasihi seseorang keranaMu….?
Pernah tak korang rasa begitu?
Antara rasa gembira dan sedih, kini aku telah sedar, betapa nikmat sayang dan cinta kerana Allah itu, adalah nikmat teristimewa, yang tentu tidak dapat dibeli dengan segenap kekayaan yang ada di dunia ini…
“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”♥
“dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana.”(surah Al-anfal, 8:63)
Terima kasih adikku, u made my day today!
Alhamdulillah, selesai satu tanggungjawab, beralih tanggungjawab seterusnya pula..
PS: esok akan ke amsterdam dan german.. insyaallah akan balik ke glasgow jumaat ini.. doakan semuanya selamat.
PSS: gambar2 nanti saya upload lagi eh…
PSSS: moga akhawat dan ikhwah lain lebih bersemangat untuk excel dalam study dalam kegawatan untuk excell dalam dakwah juga.. biiznillah ..
wassalam
aisyah
edinburgh
12.30 am





emm
terharunye baca…
(T_T)
tahniah sis…
salam kak aisyah…
meninggalkan jejak .. tahniah dan mabruk kerana berjaya menamatkan study. Tiada kata2 yg dapat mengungkapkan kepayahan dan kesusahan itu sebenarnya. Selamat pulang ke Malaysia.
Atikah Pandi
Salam kak aisyah….
terharu sgt2 bila baca entry akak. perasaan gembira melihat my dear sister graduate from her studies tak terkata dan memang saya nanti pun. setiap orang ada cabarannya kan akk?
you know what akk…u just make my day selama seminggu stress dgn kehidupan tanpa sister di depan mata. selepas berjumpa dgn sisters harini di walimah sisters, akk menambah2kn kegembiraan saya.
although dh pernah ckp kt akk…but MABRUK ya ukhti!!!!!!
-yang sentiasa merindui sisters uk-eire-
“amat sedih untuk menceritakan sesuatu yang amat menggembirakan”
very true sis.
tahniah. u made it!
Ya ALlah, bile baca balik post ini macam caca merbanya tulisan.. teruk betull… sorrylah eh tengah mamai2 tulis blog.
anyway jzkk semua atas sokongan dan wish yang diberikan…doakan kita sama2 yang masih struggle di medan ujian masing2 ini….
salam. mabrukkk!
maha suci allah, dapat bayangkan (tapi of course tak dpt rasakan feeling sebenar) betapa panjangnya jerih payah akak sepanjang 6 tahun di sini. Allahuakbar, betapa penyayangnya allah mengurniakan cabaran yang berliku2 utk sampai ke tahap ini. takutnya saya bila bygkan masa depan apakah yg bakal sy lalui di jalan ini..baikkah?, burukkah?, berjaya kah? gagalkah? ..allah..allah..!
kak, teruskan salurkan semangatmu kpd adik2mu..
ukhti..sukenya tgk gbr grad tu. lain dari gbr2 graduation yang pnah tgk sebelum ni ^_^ kenapa ya kak?
kerana seorang MUHARIKAH yang graduate..yang bukannye duduk 24hours menghadap meja dan mukanya tak angkat dari buku!
teruskan mentarbiyah kami…take care sys! ade satu lg exam ni..sangatlaaah x smgt.. , tapi kena betulkan niat.lillahi taala saja. wasilah kita ini tidak boleh cacat..(huhu-kalau tak,mesti xmau buat )
salam wbt dari bumi pahlawan
slm wrt wbt.
entah la kenapa saya rasa perasaan umpama berada di situ tembus ke dalam hati saya tika saya baca entri akak kali ini.
alhamdulillah, akak. alhamdulillah sgt2.
alhamdulillah ya Allah, akhirnya seorang muharikah melepasi satu ujian besarMu di dunia ini!
allahu akbar! akak, seronoknya kalau dapat bersama-sama dengan akak dan menjadi orang yang dapat memeluk akak waktu tu juga!
MABRUK DR MUHARIKAH!
DUNIA MELIHATMU BERJAYA KERANA ALLAH AKAK!
DAN DUNIA JUGA MENJADI SAKSI BUATMU DI AKHIRAT NANTI!
alhamdulillah.
doakan kami juga, ya kak.
slm rindu,
ainulmardhiah.
congratulations, mabruk dear sis!
InshaAllah everything will be paid off.
Semoga istiqamah sentiasa.
Nazirah
mabruk kak..
mga semangatmu tempias kepada kami dsni.
bukan tugas kite 24/7 di meja study shj, namun
ade perkara yg lebih utama dr itu. terinagt kata sorang ukhti,
dakwah no 1, namun study xpernah jatuh no 2..
wow…
berjaya akhirnya.
subhanallah|astaghfirullah
subhanallah|astaghfirullah
subhanallah|astaghfirullah
alhamdulillah
salam kak
mabruk a’lannajah
sentiasa teruja nak jumpa akak
nak kumpul aura akak yg mengalir2 tu
nak cuit2 kasih akak yg melimpah2 tu
moga allah tsabatkan akak dan kita semua di jalan nih
moga berkesempatan bertemu pd tika yg terbaik itu
salam,
jzkk semua, maaf lambat reply komen semua orang. terima kasih sangat2!
insyaallah ada jodoh kita akan berjumpa, lambat ataupun cepat.