Khas buat adik-adik saya, di mana sahaja korang berada..

Kerinduan ini..
Merinduimu adikku..
Bagai air bah lautan
Mengalir deras
Pada kerak-kerak
Sahara yang ketandusan
Tumbuh darinya
Semain pohonan rendang
Sejuk mata memandang
Pada sang pedagang
Mencari tempat teduhan
Menikmati buah-buahan
Pada kepenatan musafir yg panjang
Merinduimu
Menghidupkan rambu
Pada akar hatiku
Yang kekeringan.
Memberi sinar
pada suramnya
hariku.
Merinduimu,
Menemukan aku
pada lazatnya Rabithah
Menyakinkan aku,
pada pertemuan
paling indah nan abadi
tika bertemu
Sang Pencipta.
Duhai adik,
rindunya aku pada kamu!
Akak,
Inverness
24/6/09





Salam.
Hmmm…kakak yang baik…
bilakah kita mampu bersua bertentang mata ke mata wahai kakakku…? uhukk~
ku terima rindumu=)
sesungguhnya rabitah yg kukuh ini menghubungkan kita merentasi jarak dan masa
kakak,doakn kami terus bersmngt menghadapi xm terakhir!masyaallh sudah hilang fokus~
(~_*)
adik2 QS: insyaallah selalu doakan antum…. bile nak berjumpa…………………………..
slm wrt slm rindu buat dr muharikah…
dr pengubat penyakit ruhi manusia zmn ini…
jzkk nukilkan sajak buat kami adik2 di perantauan ini…
kak,
saya tahu yang
jalan ini penuh duri, tapi alhamdulillah, pengubat lukanya adalah rindu pada akak…
saya faham yang
jalan ini penuh hempedu, tapi manis madunya adalah cinta yang dicipta pada tiap ukhwah itu.
akak, alangkah bahagianya pabila saya alami semua ini bersama-sama akak.
ukhawah itu bukannya agenda, tapi terbit dalam kita berjalan di jalan ini.
alhamdulillah.
bersyukur saya bernafas di sini saat ini.
teruslah memimpin tangan saya ini.
ainulM
dublin
insyirah
[p/s: ummu saif tgh jadi patient pada bestfren akak, kepala saya pangku... adoi. macam2]
akak, doakan result sisters ireland lebih hebat drpd saya, amin!
\(^_^)/ *hugs*