Saudara/i, ikhwah dan akhawat..
Benar perjalanan kita panjang….

perjalanan hiking kami di summer camp
Punya pelbagai cerita..
Terkadang kita mahu berkongsi semuanya pada manusia..
moga memberi semangat
moga menjadi tauladan
moga mendapat keberkatan buat cahaya di alam kegelapan( kubur)
Tapi inilah dia kehidupan si daie..
Masakan ada masa rehatnya…
‘ Bukan ke dia on- call malam semalam , rasa-rasanya ok ke kalau nak meeting time dia balik nanti?‘ tanyaku tatkala aku memikirkan logikkah aku mengharungi perjalanan 4 jam untuk bermeeting selama 3 jam sahaja..
Ingin aku menceritakan kepada kamu semua pengorbanan orang-orang yang hebat dalam dakwah ini yang sempat aku temui dan kuteguk pelajaran yang besar dari mereka.
Paling aku insafi sekali adalah, mereka ini adalah golongan yang paling kurang bercakap, namun banyak sekali amalnya.
Kamu harus menjadi orang yang banyak bekerja, bukan yang banyak bercakap dan bertengkar kerana satu-satu kaum bila mendapat petunjuk dari Allah mereka diilhamkan untuk bekerja. Sebaliknya satu-satu kaum itu sesat setelah mendapat petunjuk adalah kerana banyak bertengkar dan berbalah.
Hasan Al-Banna.
Kata2 Ust Rahmat Abdullah ’sang murabbi’:
“Saya melihat satu simpul kata yang diucapkan Imam Syahid Hasan Al Banna, “Nahnu qaumun ‘amaliyun”. Kita adalah kaum yang berorientasi pada amal. Artinya da’wah jangan hanya berputar pada memperkatakan masalah. Bukankah juga orientasi qur’an mengajak orang untuk beramal. Sehingga gaya bahasa Qur’an secara umum tidak membuat orang itu melamun, tetapi bekerja, beramal. Di situlah Rasulullah berhasil membentuk sahabat, untuk merasakan kenikmatan ilmu itu dengan beramal. Sementara kegelisahan di mana-mana itu karena orang asyik berkutat pada teori. Bahkan da’inya –naudzubillah- kalau da’inya sudah kering otaknya, kering hatinya sehingga mereka lebih banyak menyerap hal-hal yang informatif dan teoritik tanpa seimbang dengan amaliyahnya, baik amaliyah jasadiyah maupun qolbiyah.
Aku mengenalinya sebagai sosok yang tenang. Di fikirannya terdampak pelbagai bebanan dakwah, namun jelas tiada kekusutan apatah lagi keluhan yang terkeluar dari bibirnya akibat bebanan dakwah yang berat itu.
Berbeza dia denganku, dia tak pernah bersuara lantang dalam menyuarakan pendapat. Dia jarang juga mengvolunteerkan diri untuk berada di saff hadapan. Ini kerana keperibadiannya itu yang lebih suka ‘low profile’ dan tidak suka dikenali dalam beramal.
Malam itu aku diberitahu bahawa dia on-call. 9 pm – 9 am. Boleh sahaja tidur sebentar, tapi apabila sedang bekerja, masakan mampu boleh tidur nyenyakkan?
Dan aku katakan pada teman serumahnya, kami hanya mampu sampai ke rumah mereka pada 2 am dan perlu pulang semula pada 12 pm hari yang sama. ( tibe sabtu 2 am, dan balik 12 pm hari yang sama)

Map republic of Ireland. Pagi sabtu tu kami bertolak dari Dublin ke Kenmare ( cube tengok jarak dia) selama 6 jam, petang itu bertolak dari Kenmare ke Galway selama 4 jam- nama2 tempat ini kene tengok tau kat mana tempatnya, supaya antum dapat rasa ruh perjalanan dia..
‘Berbaloi ke nak pergi ini ukht?’ aku meragui kemuntijan kami bersua muka untuk membincangkan persoalan yang besar dalam membawa perubahan dalam tarbiyah jemaah kami.
Salah faham ataupun miscommunication yang sering berlaku dalam syura jemaah akibat hanya dibuat secara online ( YM atau skype) menyebabkan kami sangat-sangat belajar dari kesilapan tersebut.
Mesyuarat secara maya, yang hanya ada emoticon untuk menggambarkan rasa ketika meeting tidaklah seefektif sebagaimana medan mesyuarat secara bersua muka.
Sebab itulah pada malam itu walaupun kami terpaksa berjalan 4 jam ke destinasi, dan mungkin berjumpa selama beberapa jam sahaja setelah itu, perkara itu dilihat lebih efektif dari mengambil jalan mudah untuk beronline.
Ketika kami tiba di destinasi, seorang lagi doktor di rumah itu sudahpun lelap kepenatan. Permata dakwah itu menyatakan, dia pula yang harus bekerja keesokan harinya pada pukul 9 am, dan tak dapat ikut perjumpaan kami bersama ukhti yang sedang on-call malam itu.
Namun, ditika itu, digagahkan dirinya juga untuk membuka mata, dan berbicara tentang perihal dakwah, mengupdatekan dirinya dan membincangkan isu-isu penting dalam jemaah kami.
Dia tidur malam itu pukul 4 am. 7 am di sudah pun keluar untuk bekerja di ward orthopedik ( sakit tulang).
Kagumkan?
Cerita ini belum habis.
Ukhti yang on call malam itu pulang setelah habis shiftnya itu. Dia tiba di rumah pada pukul 9.30am, sewaktu kami diulit mimpi di balik duvet yang nyaman ( yelah, bincang-bincang sampai kol 4 am kan? huhhu…konon penatlah tuh…huhuhu!)
‘ Ukhti, tak penat ke? Nak tidur dulu tak sambil kami siapkan diri kami?’ Tanyaku, sambil melihat tanda-tanda lebam dimatanya ataupun raut kepenatan seusai bekerja. Tiada! Ajaib!
‘ Eh takpe. Ana dah mandi dah, dah segar dah. Ni nak solat dhuha jap. Antum bersiaplah. Nanti sambil breakfast kita boleh start bincang.’ Jawapnya dengan ketenangan.
Peliknya aku! Manusia robot ke ini yang tak pernah kenal penat lelah?
Merekakah yang dinyatakan oleh Hasan Al-Bana sebagai:
Mereka yang sentiasa bekerja siang dan malam tanpa mengharapkan balasan atau sanjungan daripada sesiapa, sebaliknya dakwah mereka ‘ ini hanya bekerja kerana Allah sahaja. Dalam setiap langkahnya, dakwah ini hanya mengharapkan bantuan dan dokongan Allah. Hanya daripada Allah sahaja akan tiba segala bantuan. Slogan mereka yang bekerja dalam dakwah ini ialah
Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Hud: 88)
‘ Eh ukhti, sister kita yang oncall malam semalam tu tak penat ke? efektif ke nak bincang dengan dia kalau dia ngantuk-ngantuk camtu?’ Tanyaku pada teman serumahnya.
‘ Dia memang camtu. Sejak tahu ustazah Arfah tidur dua tiga jam je sehari, terus dia macam tu. Tiap kali kalau dia oncall malam, sure pagi tu dia balik dia takkan tidur dulu. Dia akan buat kerja-kerja dulu barulah dah penat sangat dia akan tidur. Pernah hidungnya berdarah kerana tak cukup tidur berhari-hari..’
Ya Allah.. betul ke?
‘ Satu hari ana nampaklah anak usrah dia ada tulis status kat YM ‘ sudah berlalu masa rehatku..’ ini sebab naqibah dia begitulah..’

Malunya aku pada ukhti itu. Ukhti yang tidak dikenali ramai orang. Blog pun dia takde.Namun dialah orang paling beramal di antara kami. Amal produktif dan muntij. Terlihat bukti-bukti asuhan didikan tarbiyahnya pada mutarabbi yang sangat ramai di bumi eropah ini sehingga dia telah mengusai empayar dakwah di salah satu negara di eropah ini dengan hebatnya sekali. ( antum yang tahu siapa dia tentu faham sangat maksud saya ini..)
Aku pula?
Pernah dahulu aku sebegitu. Dakwahlah hidupku siang dan malam. Tidak kupedulikan waktu tidur kulangsung. Tidur berhari-hari beralaskan lengan di atas meja, dan berapa kali sahaja katilku dikemas dalam masa seminggu kerana aku tidak tidur pun di atasnya.
Entah kenapa, masa berlalu, lemak-lemak kemalasan dan kemanjaan dalam tarbiyah menyebabkan aku memberi perhatian pada waktu tidurku. Aku gusar aku tak cukup tidur. ( tapi memang perlu tidur kalau asyik tertidur dalam lecture je ok? jgn pula sebab tak nak tidur malam, tidur time lecture. tu dah salah tuh..ehehe).
Lantas aku menjadi selesa dengan tabiat ( habit)ku.. Tidur biar cukup..
Berapa lama pun tidur itu tak pernah cukup-cukupkan?
Namun begitu…
Tidur bukanlah persoalannya. Persoalannya adalah himmah yang tinggi pada peribadi ukht tersebut, sehingga mengorbankan dirinya, meleburkan tidurnya dan kerehatan badannya untuk Deen Allah ini.
Memang dia kelihatan sangat segar bugar, dengan semangat yang tinggi dan idea-idea yang bernas untuk dakwah sehinggalah aku pulang petang itu untuk kembali ke camp.
Sewaktu keretaku mahu beredar pulang, dia memberhentikan keretaku.
‘ Eh Aisyah, sekejap. Ambil ini, untuk bekalan di sepanjang jalan.’ Dihulurkan note 50 euro padaku.
Gusar aku mahu mengambilnya, namun disebabkan aku sendiri tak banyak duit Euro ketika itu, terpaksalah aku mengambilnya. Tukaran matawang pound ke euro yang sangat tinggi menyebabkan tak banyak duit pound aku tukar ke euro sewaktu ke bumi Ireland ini.
Itulah ibrah paling utama aku dapat sewaktu pemergianku di bumi dakwah sana. ( Mungkin juga aku rasa best sebab first time aku bawa kereta manual selama 4 jam tanpa tukar orang pun – dapat lesen umur 17 tahun dan terus pakai kereta auto sampailah sekarang. Alhamdulillah)
Mungkin tidak sempat aku ceritakan lagi kisah beberapa lagi individu yang aku temui yang cukup menguatkan iltizamku di jalan dakwah ini.
Bertemu mereka menyemarakkan semangat, menguatkan iman dan memberi harapan yang indah terang benderang pada kemenangan Islam.
Aku tak tahu apakah kita mengalami perasaan yang sama. Namun jika anda tidak berjumpa teman seusia, sebaya, dan sama level dalam tarbiyah selama 2 bulan, apa yang anda akan rasa? Tentulah bila berjumpa, kegembiraan tak tergambarkan dengan kata-kata.
Perasaan dia tu..
susah nak cakap… apatah lagi bila dapat bertemu peribadi sehebat itu..
Ternyata perjalanan ulang alik selama 8 jam untuk perbincangan selama 6 jam itu berbaloi.
Ini kerana sahabatku itu semua mengajarkan aku satu pengajaran yang amat penting:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (10) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui . (11) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. (12)
As-saff : 10-12
Dan tentunya sahabat-sahabatku itu memberikan aku harapan: Tak mustahil apabila sudah menjadi seorang doktor prestasi dakwah akan bertambah baik lagi!
Kini saya sedang membaca buku ‘ tokoh-tokoh Islam zaman moden‘ tentang bagaimana mereka( tokoh-tokoh Islam) mampu membawa Deen ini dan mengajak manusia menganutnya dengan penuh kefahaman. Nama-nama seperti Abdullah Azzam, Aziz Rantisi, Said Nursi, AlBana, Mustashfa Masyhur, Muhammad AlGhazali semuanya diceritakan dalam buku tersebut.
Saya cuma terfikir, ulama-ulama dakwah tersebut, ada yang doktor perubatan ( Aziz Rantisi), ada seorang hakim ( hassan Hudaibi) , ada jurutera ( Mustasyfa Masyhur), tapi bagaimana mereka ini masih boleh ada masa, untuk cemerlang dalam study/kerjaya, dalam masa yang sama ada masa untuk menuntut ilmu Islam ( tahu yang sangat banyak, yang bila berbicara hujah-hujah keluar macam air), dan dalam masa yang sama sibuk dalam menghidupkan Islam dalam masyarakat yang lena( ie kerja2 mentarbiyah manusia).
Faham tak eh maksud saya ini?
Semalam kami menyambut 16 pelajar baru farmasi di Glasgow ini. Mereka cuma berada di sini selama setahun sahaja.
Di otakku dah berlegar-legar banyak perkara..
1) Perlu ke bawak usrah mereka? mereka setahun saja.. effective ke dengan study mereka yang sibuk sebab dah final year.. ( tapi mereka semua nampak baik-baik dan ada pakai tudung labuh.peluang dakwah neh…..)
2) kalau bawak, siapa nak follow up mereka? ( anak usrah di glasgow masih perlu dibimbing dan dibina.. mereka pun perlukan follow up juga!!)
3) bagaimana tumpuanku dalam membangunkan dakwah di Rusia? Adakah aku dapat teliti dalam kerja-kerja pengkaderanku pada anak usrahku supaya mereka dapat hidupkan dakwah sendiri di sana?Ataupun akan semakin terabai kerana banyaknya tanggungjawab dakwahku? ( waaaaaaaaaa!!kesiannya korang!!)
4) bagaimana pula dengan permintaan adik-adik2ku di bumi UK ini…
‘ akak boleh tak berikan pengisian untuk adik-adik saya ini.. mereka ini perlukan bahan X, dan perlu ditegur tentang Y’
‘ Saya tengok awak DF je adik-adik lain.. nape tak DF adik-adik2 saya? tak adil tau awak macam ini … ( ermm… ukthi,kenapa camtu, sebab saya tengok adik2 awak sangat tsiqah dengan awak dan ikut je cakap awak.. perlu ke saya bantu lagi?huhuh… maaf maybe kelemahan tak sengaja saya..huhuhu)
‘ Akak, tolonglah ziarah adik saya ini. Basuh-basuh mereka sket..’
5) Bagaimana dengan mas’uliyah(tanggungjawab) dalam jemaah pula. Mampukah aku membuka hatiku untuk mendengar masalah-masalah tarbiyah dan dakwah dalam jemaah ku? Mampukah lagi fikiran ini memikirkan tentang masalah-masalah di kawasan lain? mampukah mata ini melihat dengan tajam akan persoalan tarbiyah adik2 di UKEIRE ini…
Bila saya fikir-fikir, Hasan Al-Bana rileks je berdakwah kat 3000 kampung, dan kenal semua ahli Ikhwanul Muslimin dan mampu follow up aje semua orang. Malah dia mampu sayang semua ahli-ahli ikhwah seperti mana mereka menyanyangi dia pula..
Bebanan aku ini…
haiyaa….. seciput camtu pun nak bising!
So, jalan terus!!!! Kepenatan itu satu nikmat dan tawakal dalam dakwah itu adalah satu cahaya. Dengan cahaya itulah dapatku bergayut pada Allah dan benar-benar mentahkikkan janjiku pada Allah, saban waktu ketika solatku…
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. ( Fatihah: 6)
Ya Allah, terimalah syahadahku ini!
Aku bersaksi tiada Ilah melainkan Allah
Dan aku bersaksi Muhammad itu persuruh Allah.
PS: panjang entry ini.. dah lama nak tulis, tapi selalu takut dengan penyakit-penyakit hati yang sering diintai syaitan untuk dihumbankan ke dalam hati seorang daie.. Jikalah antum perasan, ramai sangat manusia yang tidak dikenali manusia, tetapi mereka beramal sehingga Allah merahmati mereka dan masukkan mereka ke dalam syurga. Bukankan indah begitu? Kerja belakang tabir, manusia tidak kenal. masuk syurga dengan kelazatan yang terindah..
Pernah saya terfikir, elok juga saya tutup blog ini, supaya terkubur nama muharikah dan saya pergi tiada siapa kenal saya. Biarlah begitu supaya nyaman hati saya..
Tapi ustaz rahmat Abdullah pernah berkata:
Manusia itu akan sentiasa diuji dengan perkara yang paling dia lemah sehinggalah dia dapat atasi kelemahan dia itu…
Selagi tak atasi benda ini, selagi itulah perlu menuliskan…
Anda bagaimana pula?
Allah lebih mengetahui.. teruskan beramal.
wassalam
masa menulis manusia pula,
aisyah
Glasgow
Perjalanan seterusnya : Newcastle-Leeds- Dundee-Plymouth-Dundee- Glasgow-Highlands-Dundee-Amsterdam-German- Dundee- Glasgow.





Sesungguhnya dakwah ini adalah kenikmatan untuk manusia. Untungnya siapa yang mendapat kenikmatan itu. Tak ada penat, resah, gelisah…
Bestnye baca…:-)
Saya betul2 kagum dengan akhawat2 yang kuat buat kerja dakwah ni. Kerana dakwah dia jadi kuat, berani, lapang dada, tabah, rela berkorban, sabar dan tiba2 mempunyai bakat dalam sesuatu benda. Mereka ini berusaha bersungguh2 untuk memastikan kerja2 dakwah berjalan dengan lancar.
em betul tuh akak…
seperti fiil orang ansar… “pertama sekali datang kalau ada expedisi Ghazwah, tapi paling lambat datang untuk pembahagian anfal (rampasan perang)”
salam akk,,sukanya. sy rasa jauh sgt..x mampu jadi seperti akhowat sane.hu3.. macam kenal je akk doktor tu… hm.. setangkas wanita ansar ya!
infiru khifafan wa thiqalan,iAllah
doakan kami ber’imtihan.
akak..

i’ll emel u..
after a long deep thought..
i guess
i hope, u’ll wait for me ‘impatiently’
i am sorry for being quite late from others…
salam ziarah dari bumi Dublin.. blog hopping..
salam,
kesan tarbiyah akan nmpk pd amal yg ikhlas
kedai buku –> nape nick name kedai buku? kedai buku ada nama penuh tak? heheheh
fathin –> jzkk
drmuthiah –> ok, ill wait
aiza –> insyaallah allah akan mudahkan urusan antunna (Muhammad : 7)
Jhaz –> salam ziarah…
ibnu zaid –> betul!
Kedai Buku mempunyai blog : NowfaraBlog.
http://nowfarablog.blogspot.com
Saja guna selain untuk memperkenalkan diri (kedai buku).
salam. arinah !
wah,dah ade blog dah la skunk nie…
bagus2………..