salam, menurut wan adila, sajak ini keluar kat ikim.fm hari ni.. alhamdulillah. mmg impian saya penulisan saya akan menembusi media massa.. ingatkan dapat keluar surat khabar dahulu, rupanya radio. syukran buat sesiapa yang menghantarkan sajak itu buat mereka !
Palestin itu jauh dari kita
Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?
25 May 06
Muharikah






Salam.
Sajak ini saya ambil dan siarkan di blog saya untuk perkongsian bersama. Sajak yang sangat bagus. Pertama kali saya dengar di IKIM.fm. (“,)
err…. sajak ni keluar kat ikim.fm ke?
huhuhu
Ya..(“,)
Oh ya. Nak link kan blog ni dari blog saya, boleh?
Eh boleh Adila., terima kasih….. wah… camne leh keluar ikim.fm ni… tak pernah tahu pun… ish ish… anyway, alhamdulillah… cume ingatkan ada orang IKIM akan minta izin utk siarkan sajak tu..uhuh
Tapi takpe, dia ada mention nama ‘Muharikah’ tu. Hehe. Sebab tu saya dapat cari blog akak ni. Hihi. Nice job akak. Sajak ni dah lama tapi masih segar. Sebati dengan apa yang saya rasa.
sya,
sajak anti ni mmg btol2 mengesankan…tahniah! sajak ni mmg patut diwar2kan kpd setiap orang supaya kita sume keluar dari zon selesa kita selama ini………..teruskan berkarya..
Akak, [boleh ke saya panggil dengan panggilan ni?]
Tanggis tu tangis ke? Ada seseorang yang menegur di blog saya pasal ni. Saya pun perasan. Tapi saya takut nak tukar sesuka hati.
a’a… error tu dik tangis..
yes boleh panggil saya akak..
jzkk dik.. u made my day today! happy nak gi ward!
Alhamdulillah. Syukur pada Tuhan yang merancang semua ini. Saya pun rasa seronok sebab dapat kenal akak. (“,)
salam kak muharikah
tahniah sebab keluar karya kat ikim.. memang best pun baca puisi ni..
aha, salam kenal ya. ^_^
ainul arina – gkln jordan
Assalamu’alaikum syah,
sgt “datang dari hati”…
teruskan syah…
ana x dgr lagi kat IKIM.fm.. kena pay more attention ni..
kenapa laa pulak nama ana kat atas tu (perasan!!)
wassalam.
salam.
kak! wah wah..hepi bukan main.,.hehe…mabruk..kuar kat radio tu..bukan calang2 sajak ni..
illi, ainul, zin dan wani –> jzkk… alhamdulillah…
mabruk kak aisyah. teruskan menulis. eh, ainul pun ada kat sini ke?
Assalamualaikum muharikah..
saya minta izin untuk gune dan siarkan sajak ni ye. halalkan ilmu, moga diberkati.
first time saye dengar dalam ikim.fm baru2 ni, subhanallah, menusuk ke dalam hati especially bhgn awal sajak ni.
jzkk.
alhamdulillah… silakan untuk disebarkan ilmu tak sebarapa ini….
salam.
btowl.
sye pn dgar pgi td kt ikim.
sgt mnyntuh aty.
bes sgt.
bleh sye siarkn?
salam awin… sila2
Askum. Makcik peminat puisi & radio ikim. Makcik tengah mencari idea utk buat sajak yg tajuknya sama dgn sajak Muharikah ni. Betul…. tup, tup dgr kat radio ikim. Terkedu juga…. Isinya sgt menepati apa yg makcik nak lahirkan. Jadi makcik cancellah niat makcik tu… sbb sajak Muharikah sudah mewakili apa yg makcik idamkan. Sekalung tahniah utk anda, semoga dakwah ini menyelinap ke setiap rongga dan roh yg membacanya.
salam makcik,
terharunya makcik cari blog saya dan jumpa..
alhamdulillah.
mak saya pun baru je dengar sajak tu pagi tadi dan dia tak percaya anak dia guna nama pena muharikah!hehehe..
dia tanya saya betul ke saya yang muharikah tu,.. ke ada muharikah lain…
heheheh…
jzkk makcik.. kalau makcik ada puisi2 yang boleh dikongsikan, boleh berikan pada kami di sini…
Mula2 makcik ingat Muharikah tu nama penyair dari Timur Tengah…. sbb seblm tu ada juga satu sajak terjemahan dari penyair Palestin di IKIM fm.
Salam.
Mohon maaf utk Muharikah penulis sajak. Saya yg bertanggungjawab menerbit, membaca dan menyiarkan sajak ‘berharga’ ni di IKIM.fm. Saya harap dapat contact directly dengan penulis, ada hal yang belum selesai (hutang saya pada awak…he..he.). Harap jasa baik awak emailkan contact number ke firuzdin@gmail.com. Tq.
salam muharikah…
sy sllu dgr puisi kt ikim…
st1 time dgr puisi awk sy trus sln tajuk nk cr n now sy pn jmp la blog nie…
syahdu sgt2 n tahniah cz puisi 2 btl2 menyntuh ati.
salam hidayah, terima kasih kerana sudi ‘mencari’ saya…ehehe.. salam ukhuwah sis…
moga sama2 dapat manfaat darinya insyaallah
salam muharikah…
saya terdengar sajak indah ini pun kat ikim..
saya dengar sekali lalu saja terus terpaut..
dan tercari-cari nombor ikim untuk meminta salinan sajak ni..
akhirnya terjumpa jugak sajak yang saya mahukan..
saya nak minta izin untuk saya ubah sikit sajak tue agar lebih sesuai dideklamasikan oleh murid cilik saya dalam pertandingan bersajak.. harap awak beri respon secepat mungkin..
boleh22…
silakan.. kalau boleh k elia, amiklah video anak murid akak tu dan hantar copy kat saya… ok:) boleh sy tgk sekali… mesti comel….
salam ukhuwah kak…
insyaallah kalau dapat la saya latih murid ni..ni tgh suruh dia hafal.. tak tau la boleh ke tidak..
coz budak umur 6 tahun ni byk main sket..
akak x janji la dapat rakam ke tidak sebab dalam hari yang sama ada banyak pertandingan..
tq ye..
salam.
akk, akhir nya jumpe jugak sajak nie.
sy suke sgt dgr..
sy pun t’dgr sajak nie kat ikim.fm..
dahtu mmg bez sajak akk, mcm yg laen kate.
‘menusuk kalbu’
btw, nak mintak izin nak siarkan kat majalah skolah ea.?
nak bagi sume org bace..
huhu..
n then, smoge trus m’hasilkan karya yg hebat2!
Salam,
Tahniah.
1st time sy dengar di ikim.fm sangat bagus!
2nd time sy dengar, tapi tak sempat nak tulis bait-baitnya. 3rd time dengar, baru teringat boleh cari di internet. Alhamdulillah jumpa dah.
Mohon izin utk sy paparkan di facebook sy.
Juga cara baca & bunyi latar semasa dengar di ikim.fm amat berkesan.
Jzkk.
Wassalam.
shamsuljim
salam shamsul,
dipersilakan… saya sendiri belum mendengarnya dari IKIM.. insyaallah akan cube try. selalu takde rezeki..hhuhu
Salam empunya sajak..
sy dan sahabat sy meminjam sajak ini untuk palestine roadshow hari tu di tempat sy.
sajak yang menarik. bernarilah pen itu beralun seni sll. moga ia bermanfaat buat tatapan umum.
terima kasih
boleh2 silakan
wow…
Mabruk2!
Apabila Allah mendengar kata-katamu,
Tiada yang dapat menghalangnya terusss ke hati-hati itu!!
Sekali lagi,
Mabruk!!!