Zarith Fawiza…

2008 November 12
by muharikah

Hari ini hari kelahiran adik saya tercinta.
Saya mengasihinya kerana Allah. Kerana dia membuatkan saya teringatkan Allah di saat saya melihat wajahnya.copy-of-img_1199

Di Broughty Ferry, Dundee

Dahulu saya sangat kagum dengan orang yang cantik, tetapi tidak menggunakan kecantikannya untuk menarik manusia kepadanya. tetapi adik saya ini terus lupa yang dia itu cantik, kerana dia mencari kecantikan yang lebih hakiki, dan itulah cinta dari Sang Abadi..

Alhamdulillah, setiap kali aku berjumpa dengannya, teringin aku memeluknya erat, mahu bawanya ke mana-mana. Dengan dia aku temukan teman di jalan ini, di dalam lingkungan penuh cabaran dan cuma kami berdua sahaja memahami kesusahan, kepayahan, dan air mata yang berjujuran sepanjang kami menghayunkan langkah di jalan dakwah ini. Dialah paling memahami keadaan dan diriku dan begitulah sebaliknya.

Aku tidak tahu bagaimana dapat ku ungkapkan kesyukuranku kerana mengurniakan adik sepertinya. Aku ingin mencurahkan segala baginya; perhatian, kasih sayang, cinta, kebahagian, ilmu dan sebagainya. Tapi aku tahu, aku tidak boleh jadikannya manja. Aku tahu aku tidak mampu mengikat hati dengan manusia. Kerana perpisahan itu selalu menghiris hatiku berkeping-keping dan kesengsaraan merasa keseorangan sangat menyakitkan.

Setiap kali aku melihat wajah bersihnya, terus bertambah kasihku padanya.Hati, jiwa dan perasaannya tidak kepada manusia, harta tetapi kepada Allah. DAlam setiap kata, pemikiran, hanya Allah menjadi tumpuan dan pujaan. Dan Allah menjadikan aku cinta padanya keranaNya semata..

Dan aku tahu dia kasih padaku. Di saat air mataku berguguran dia berusaha mencari ubatnya. Di saat ketakutanku menerima keputusan peperiksaan, dia berdoa sampai berjujuran air matanya. Di saat aku kesedihan, dia turut merasai kesedihan itu.

Dan dialah adikku, sehingga aku sendiri tidak tahu adakah sudah aku menjadikan kakak yang terbaik buatnya.

Antara nikmat paling berharga dan manis, adalah ketika menemui insan sepertinya, yang menerima Islam di dalam hatinya bagaikan pancaran air yang menyirami kerak-kerak hati yang basah. Dari hati itu lahirlah cahaya yang terang benderang, dan ramai manusia mendapat pancaran cahaya itu.

Itulah adikku, dialah peribadi pujaan ramai manusia, dan dialah insan yang senang membuatkan ramai manusia kasih padanya. Tidak mampu aku lukiskan penghargaanku di mata pena ini akan pengorbanan dan cinta yang telah diberikannya buatku.

Kerana aku tahu, ketika aku down, ketika aku sedih, ketika aku susah, dia sendiri tidak akan cukup tidur, dan dia akan berusaha jika aku dapat mendapatkan kembali kekuatanku….

Buat adikku, selamat hari lahir. Moga dakwah sentiasa mengalir di jiwamu. Moga Allah sentiasa membasahkan hati kita dengan cinta, dan dengan cinta itu kita mengasihi keranaNya.. Ameen…

5 Responses leave one →
  1. 2008 November 12
    Frying Pan permalink

    nih lagu indon utk member awak zf .. tatau aar korunk pernah dgr ke tak.. kih kih kih

    SELAMAT ULANG TAHUN
    Panjang umurnya panjang umurnya panjang umurnya
    serta mulia serta mulia serta mulia

    Happy birthday to you happy birthday to you
    Happy birthday happy birthday happy birthday to you

    Selamat ulang tahun kami ucapkan
    selamat panjang umur kita kan doakan
    selamat sejahtera sehat sentosa
    selamat panjang umur dan bahagia

    cau cin cau …….. :-P

  2. 2008 November 13
    halawatuliman permalink

    huuu..

    sweetnye..hehe..nanti 19 mac jgn lupa buat entry utk kite pula..ngeh3..^_^

  3. 2008 November 18
    muharikah permalink

    heheh.. wani, insyaallah :)

  4. 2009 May 6
    ain_supir permalink

    benar kak

    apa yang kak rasa, itulah juga yang sy rasa saat pertama kali bersama za.

    dia memang istimewa

    dan dia telah ditarbiyah dengan hebat oleh allah melalui akak

    semoga sentiasa dalam rahmat dan redaNya

  5. 2009 October 3

    wee… baru perasan post ini :D

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

  • Majlis Syura Muslimun Network

  • MSM Advance Web
  • MSM Cork
  • MSM London
  • MSM North West
  • MSM Nottingham
  • MSM West Midlands
  • MSM SouthWales
  • MSM Ireland
  • MSM Tunas Taqwa
  • Laman Ini Sejarah Kita
  • Komentar Terkini

    nurul on Kisahku ini…
    Ayman Saffura on Tinggalkan jejak..
    Yang dekat tapi jauh on pandangan kita berbeza…
    N.A on Kisahku ini…
    muharrikdaie on Kisahku ini…
    paley on Kisahku ini…
    Naruto on Kisahku ini…
    paley on Coretan dakwah dan tarbiy…
    aisyahSuki Oz on Kesibukan itu satu rahmat
    halawatuliman on Kisahku ini…
    Dan setiap manusia t… on Keciknya masalah kita… d…
    supir on Kisahku ini…
    qumfaanzir on Kisahku ini…
    ayyash on Daieyah Tercantik Di Duni…
    muharikah on Kerana cinta
  • Paling Popular

  • Post Terkini

  • Categories

  • Arkib

  • Statistik since March 2007

  • Counter

    free web stats
  • Where are you from?

    Web Statistics
  • Admin