orang kuat usrah
salam,
sebenarnya saya agak kelakar bila orang kata saya ni orang kuat usrah. Mula2 sorang, tapi bila dah dua tiga orang cakap, rupa2nya memang orang nampak saya ni orang kuat usrah.
Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya orang tahu saya ini tergolong dari kalangan orang2 yang baik, dan mendoakan agar saya terus menerus jadi orang yang soleh dan musleh. Ameen.
Cumanya kadang-kadang, perkataan ‘usrah’ ini ada stigmanya yang tersendiri. Ramai orang beranggapan bahawa usrah ini adalah:
a) utk orang pro-politik
b)utk orang2 alim sahaja
c) orang cam bagus
d) orang yang baik2
So saya agak takutlah bila orang label camtu. Cam samada orang tu rasa cam saya cam bagus, which i am not. Or orang ada high expectation pada saya. So kalau ada satu je kesalahan saya buat, sure orang tu susah nak percaya pada saya or orang2 cam saya. So saya agak cuak bila ada label camtu. Sebab saya ada kelemahan saya tersendiri. orang2 rapat dengan saya sangat alim tentang keburukan-keburukan saya. Dan saya takut disebabkan saya, ramai orang tak suka pada dakwah, usrah or even Islam, waliyazubillah.
Namun, alhamdulillah. saya rasa usrah pada dewasa ini telah pun mengalami anjakan paradigmanya tersendiri di mana imejnya di bersihkan dengan banyaknya usrah-usrah yang timbul bak pohonan yang tumbuh selepas ditimpa hujan di merata tempat yang wujudnya muslim di dunia ini.
So saya dah agak kurang cuak mendapat label itu. Malah memang saya akui, saya sangat memperjuangkan tarbiyah. Saya nak tarbiyah itu sentiasa berjalan dan efektif dalam membina manusia.
berjalan2 di Ullswater bersama afifah
Bukan sahaja usrah itu ada wibawanya tersendiri di masyarakat kampus univerisiti, namun di kampung-kampung, di sekolah-sekolah menengah, malah di dalam masyarakat pekerja, majlis ilmu dan usrah ini menjadi tumpuan untuk mengisi makanan ruhi, seperti mana makanan nasi menjadi pengisi perut sejati bagi warga malaysia di sini.
Pada saya, usrah tidak lagi menjadi stigma dalam masyarakat kita, malah dicari-cari keberadaannya. Di mana-mana adanya manusia yang hatinya sensitif kepada kesihatan hatinya dan dahagakan air hidayah, tentu manusia itu akan mencari-cari usrah dan majlis ilmu untuk mengisi relung hatinya.
Dan saya bangga menjadi orang kuat usrah. Sebab usrahlah yang menjaga diri saya dari terjerumus ke lembah maksiat. usrahlah yang memalingkan hati saya yang berbolak balik ini, untuk terus menerus mengembalikan paksi hati pada Allah. Usrahlah yang mengisi jiwa saya, mewarnai hari-hari saya, dan menggerakkan jiwa raga saya untuk beramal di jalan Allah swt. Usrahlah yang mengubah hati saya dari Islam kepada jahiliyah.
Namun saya akui, banyak usrah ada kelemahannya. Ini mungkin kerana kelemahan murabbi-murabbi yang ada, rentetan dari kekurangan asatizah yang pakar dalam tarbiyah dan dakwah di malaysia. Terlalu ramai ustaz yang diakui kehebatan ilmunya, namun berapa kerat sangat dari mereka yang hidup dengan dakwah dan tarbiyah, dan bekerja siang dan malam untuk membina manusia lainnya.
Afifah di hadapan tasik Ullswater. Ullswater ni terletak di Lake district, dekat dengan Penrith.
Perairan sungai di Ullswater
jika ada orang rasa tak suka pada usrah, cam bosan dengan usrah, bukanlah yang salahnya adalah usrah, tapi kelemahannya pada orang yang mengemudi usrah tersebut. Sebab itu jangan putus asa mencari dan membaca ilmu. Dalam lautan manusia yang ramai di dunia ini, pasti Allah akan temukan kita sumber mata air ilmu yang dapat menyejukkan dan membasuh hati kita, jika kita terus menerus mencarinya insyallah.
Walaupun usrah bukanlah segala-galanya, namun segala-galanya bermula dengan usrah (ie tarbiyah)!




Alamak.. jelesnye saya tgk awak dan Afifah gi Ullswater…. tak aci.. tak aci….huhuhu
uhuk uhuk,
kak PP!
jom gi Lake District
uhuk uhuk
wehhh …jgn tinggaikan sy weh …. huhuhu
huhuh…. ni kak pp dan amal mail ni dah rindu ke kat saya?heheheh… saya rindu kat korang juga! tapi skrg saya nak gi cari sungai kat KL ni… dah takde yang tak tercemar lagi.huhuhhu
Aih …kitorunk tgh syok bersuka-sukaan kat sini, jgn tak tau.. mari ler balik ke sini semulaaaaaaa. tinggaikan mesia yg panas dan gersang itew… takdenye pun Pak Lah nk turun takhta dgn awk duk situ lelama ..uhuk uhuk
hey…oouch!
teruskan dalam usrah dan Ingat wala takrabuil zina
salaam..
usrah penting dalam pembinaan jati diri terutama dalam membentuk barisan kepimpinan jemaah islam akan datang..