usrah picisan

2007 October 7
by muharikah

cse-poster.jpg

salam,

i/a yang berusaha pada 5 hari ramadhan yang masih berbaki..

Maaf jika banyak emel yang mengunjungi di saat sibuknya dengan aktiviti khalwat di tengah malam dan masyarakat di waktu siangnya.

Di kala ini juga terlalu ramai antara kita yang masih tidak mempunyai jaringan internet yang stabil akibat berpindah randah dsbnya.. Moga Allah memudahkan urusan kita insyaallah.. .

Moga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua. Ini tidak ditujukan pada individu2 tertentu, malahan untuk kita semua..
____________ _________ _________ _________ _________ _________

I think sometimes the usrah did insult my intelligence! ‘

Aku terkesima mendengar kata-katanya. Memikirkan apakah perkara yang telah berlaku sehingga lidahnya betah berkata-kata demikian rupa.

‘Saya bukan nak cakap saya ini pandai, tapi saya rasa kadang-kadang usrah itu macam usrah picisan!’

Aku tidak membalas kata-katanya, memohon agar dia meneruskan kata-katanya. Sambil itu aku sendiri merefleksi akan kebenaran kata-katanya. Pernah juga aku berperasaan demikian, tapi perkara itu berlaku hanya sekali-sekala, kebanyakannya di waktu ketika naqibah tidak melakukan persediaan yang cukup untuk usrahnya.

‘Usrah mana yang awak ikut ini sampai awak cakap camtu?’ saya bertanya lembut.

Tentu dia bukan anak usrah saya jika saya bertanya demikian.

Adalah satu usrah ni saya pernah attend, lepas tu saya rasa macam saya tak dapat apa2 langsung dari usrah itu sendiri. Saya takleh nak relate apa yang saya belajar itu untuk diri saya.’

Saya tidak membantah kata-katanya. Kadang-kadang sebagai murabbi, kita suka syok sendiri dengan pengisian kita dan kadang2 kita lupa untuk memberi pengisian sesuai dengan keadaan mad’u kita itu.

Sebenarnya time usrah itulah tempat untuk kite tegur/ tembak adik2 kita itu. Tempat mereka berubah. Usrah bukan tempat mentransfer ilmu‘ teringat kata2 seorang ukthi padaku.

Hasan albana mengajar kepada kita akan 3 rukun usrah yang telah lama kita hafal tapi mungkin sangat kurang perlaksaannya secara amali.

Itulah dia taaruf- tafahum- takaful

Rasulullah bersabda: ‘Kasih sayang, belas kasihan dan simpati sesama orang beriman adalah ibarat satu tubuh.’

Rata-rata kita tidak cukup mengenali anak usrah kita sendiri sehingga usrah kita itu relevan untuk mereka.

Kerana itu mungkin usrah kita itu dikatakan usrah yang picisan. Usrah yang tidak merubah perasaan mahupun hati mad’u yang mendengar.

Aku rasa kalau abang tu kasi usrah yang best2 mesti aku ikut.. Takdelah cakap pasal hasan al-bana je, bosan arh!. Sekarang aku dah malas dah.’
Itu jawapan rakan sekelasku ketika aku bertanya kenapa dia cuma datang usrah sekali sahaja.

Mungkin kerana sikap kita, mungkin juga kita terlalu cepat untuk memberikan sesuatu, menyebabkan proses taaruf kita itu belum cukup matang bagi kita untuk memberikan sesuatu yang sebenarnya terkena pada mad’u kita. Kadang2 kita terlalu nak mengkhatamkan silibus, nak pastikan dia dapat banyak bahan, sedangkan kita lupa untuk menghadamkan dia dengan kefahaman. Kita lupa untuk memandu dia dalam dakwah, kita kurang masa interaksi dengannya sehingga kita tak tahu apa yang perlu kita ubah dalam diri dia..

Mungkin sebab itu kadang2 usrah kita itu digelar dengan usrah picisan!

‘ Aisyah, apsal rasa cam high level sangat usrah kita ni? Nape tak cakap tentang benda2 simple sahaja?’ pernah anak usrahku menegur saat aku membentangkan tajuk ‘ar-ridha’.

‘Ini bukan simple ke sebenarnya?’ dan aku perasan sendiri yang anak usrahku faham apa yang aku bentangkan sedangkan mereka tidak.

‘Untuk permulaan usrah, tak perlu terus bentangkan materi usrah dalam arabic tu, bentangkan benda2 simple dahulu, lama2 tu baru kasi pengisian yang berat sikit,’ seorang ukht pernah menegurku.

Dan di saat itu, aku sangat eager jika aku dapat menghabiskan silibus usrah walaupun mungkin materi usrah mungkin tidak relevan dengan keadaan mad’uku.

Makcik Zah pernah bercerita pada kami, ‘ Antum dah kene prepare untuk next usrah bile sahaja usrah antum habis untuk minggu itu’

Berapa ramai antara kita ketika membentangkan bahan usrah hanyalah membuat persediaan sejam sebelum bermulanya usrah? Atau berapa ramai antara kita tak bersedia langsung? Maka adakah wajar kita berharap mad’u kita akan menjadi lebih baik dari kita?

Tentu sahaja, persediaan itu bukan sekadar persediaan bahan material itu sahaja, tetapi persediaan dari sudut amalan kepada apa yang nak disampaikan. itulah yang selalunya yang kita gagal untuk lakukan…

Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan jihad yang palsu.

ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya sedkit yang mampu bersabar ketika beramal.dan sedikit di antara yang sabar ini yang mampu memikul beban jihad yang sukar dan amal nekad’ ( Hasan Al-Bana)

Aku bersyukur ada manusia yang sudi menegur kelekaan manusia bernama daie ini. Alangkah bagusnya jika ramainya manusia seperti beliau, yang mengetuk kepala dan hati manusia yang tidak suci dari dosa hanya setelah memakai pakaian duat. Dengan ini sajalah kita dapat tahu, sejauh mana kite telah pergi dari sudut amal dakwah kita.

Kenallah dengan mutarabbi kita dengan sepenuh hati kita. Kenali kelemahan dan potensi mereka. Peka dengan turun naiknya emosi mereka. Jadilah manusia yang dekat di hatinya.

Moga tiada lagi istilah usrah picisan dilontarkan ke muka kita. Moga-moga usrah kita menjadi usrah harapan ummah, wasilah mencetak manusia seperti Mus’ab mahupun Rumaisa bin Milhan..

Wassalam

Aisyah
Dundee

6 Responses leave one →
  1. 2007 October 7
    knikmun permalink

    asm sis,

    a refreshing read! =)

    i guess one of the main things that we have to always bear in mind when holding circles is, at the end of the day, what exactly do we want to achieve from this circle? sekadar pertukaran ilmu? share tazkirah? hukum fiqah? ataupun lebih daripada tu, iaitu untuk mencetak individu2 yg dpt menjadi aset utk islam…

    senang bila tulis, mudah bila cakap, tp bile nk buat tu, mencabar jugak kn? hehe…but its a trend/habit we have to break…

  2. 2007 October 7
    Nur Aqilah permalink

    Assalamualaikum ,

    Saya nie drpd australia dan ana merasakan dakwah di sana sama saja di mana 2 kita pergi . Ana merasakan kalau kita tak kenal mad’u kita siapa , susah kita nak bawa dakwah ini kpdnyer .

    Sbb dakwah nie bukan lah akan habis dalam masa 2 atau 3 tahun seperti degree kita , tetapi perjalanan dakwah ini panjang dan lama . Maybe kita akan dapat kafahaman dari mad’ u kita lebih dari 2 , 3 tahun kerana setiap manusia , tahap kefahaman mereka berlainan antara satu sama lain .

    Dan insyaallah , jika kita semua stick to this road , senang lah nnt kita kalau Allah tanya apa kita buat di dunia ketika kiamat datang .

    Ingatlah , kita hanya berusaha utk membawa dakwah kpd org , tapi hanya Allah yg memegang hati manusia ini .

    salam dari brissy ,
    aqilah

  3. 2007 October 7
    ukhti u permalink

    Salam Ukhti,

    Salam dari bumi A. Harap akhawat disana sentiasa sihat2 selalu, jasad dan ruh. Rasa nak nangis bila baca entry ni.

  4. 2007 October 7

    assalamualaikum dik.
    semoga sentiasa berada di dalam kemanisan iman dan di bawah lindungan Allah.

    semestinya education/tarbiyah/dakwah/islah memerlukan skill.. dan skill akan didevelop over time.. dgn praktis, not to forget, TRIAL AND ERROR.. di sini lah datangnya muhasabah sbb as a Muslim, kita diajar utk jadi PERFECTIONIST.. tiada daya dan kekuatan melainkan dariNya!

    setiap pengalaman merupakan tarbiyah directly from Allah..usah gusar.. perlu ada check and balance setiap yg kita buat, and insya Allah, we seek reward from no one else but Him!

    semoga khair belaka di atas sana, bila mahu menjengah Oxford?

  5. 2007 October 7
    muharikah permalink

    Nikmun —> Habit that we have to break kan? lama dah asyik pasal cakap je… tapi kite tak buat pun!huhuhu… cepat k muni, bila nak submit entry ni?

    Ukhti U–> salam ukhuwah juga! Moga dapat kita panjangkan taaruf!

    K Afi–> bEstnya kalau dapat pergi oxford! Nak2! hehehe..

  6. 2007 November 6

    Saya suka sangat baca post ni.

    Teruskan menulis Kak Aisyah!

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

  • Majlis Syura Muslimun Network

  • MSM Advance Web
  • MSM Cork
  • MSM London
  • MSM North West
  • MSM Nottingham
  • MSM West Midlands
  • MSM SouthWales
  • MSM Ireland
  • MSM Tunas Taqwa
  • Laman Ini Sejarah Kita
  • Komentar Terkini

    ummusalma on Detik cinta
    hikari2211 on Detik cinta
    syuqaira on Seloka kasih
    syuqaira on Seloka kasih
    syuqaira on Seloka kasih
    syuqaira on Seloka kasih
    syuqaira on Seloka kasih
    mawaddah on Detik cinta
    aizadiha on Detik cinta
    illi on Dan titik itu..
    muharikah on Dan titik itu..
    muharikah on Dan titik itu..
    muharikah on Dan titik itu..
    muharikah on Dan titik itu..
    muharikah on Dan titik itu..
  • Paling Popular

  • Post Terkini

  • Categories

  • Arkib

  • Statistik since March 2007

  • Counter

    free web stats
  • Where are you from?

    Web Statistics
  • Admin