Daieyah Tercantik Di Dunia

2007 May 13
by muharikah

salam,

Saya mempunyai seorang adik, yang istimewa di kalangan semua adik2 saya yang istimewa yang lain…

Dia seorang yang kurang mengekspresikan dirinya walaupun dia seorang yang lembut hatinya…
saya sendiri kaku nak menyatakan betapa saya kasih padanya… maka ilham perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk sajak….

allah Akbar wa subhanallah…memang Allah jadikan dia sumber inspirasi bagi saya untuk berkarya… selain melihat alam, mengembara dan bertafakur… ilham itu memang lahir kerana saya mengasihi dia sebagai seorang adik di atas jalan dakwah ini...

Namun, dia cuma pengilham sahaja… sajak ini saya tujukan buat semua adik2 dan rakan2 saya… yang berasa terabai dan tidak disayangi…. susahnya nak cakap pada manusia yang kita concern dan kasih pada mereka… dont worry ok? saya sayang semua….. :-x

Daiyah Tercantik Di Dunia

bukanlah yang cantik itu pada wajah
pada senyuman menawan
pada kejelitaan rupawantetapi yang cantik itu adalah
pada budi
pada isi hati
pada peribadi
yang bersinar dengan iman
dan ruh harakah islam!

Rasul pernah bertitah:

‘Sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah’

Duhai adikku,

dikaulah daiyah tercantik di dunia
jika kau miliki akhlak yang mulia
jika kau hiasai amal dengan keikhlasan di jiwa
jika kau sirami iman dengan dakwah perkasa

dikaulah daiyah tercantik di dunia
jika ilmumu menjadi amal anggotamu
Jika sujudmu bertunjangkan kekhusyukan
dan takut, rindu serta rindu pada Pencipta


Dikaulah daiyah tercantik di dunia
Jika iman di dada menjalari seluruh urat nadimu
menjadi sebuah jasad yang berjalan di atas dunia
Seperti sebuah Quran yang diterjemahkan dalam bentuk perbuatan
dan manusia berteduh di bawah payungan kasih dan cintamu
mendapat manfaat dari ilmu serta amalmu

Dikaulah daiyah tercantik di dunia
Jika Allah menjadi puncak cintamu
Jika Allah tempat curahan perasaanmu
Jika Allah adalah tujuan hidupmu..
Daieyah tercantik di dunia

imannya ditingkatkan dgn taqwa,

ikhlasnya disertai dgn redha

sabar dan optimisnya sentiasa,

Duhai adikku ,

engkaulah daiyah tercantik di dunia itu….

akak
Aberdeen
12.30 am
12 May 07

12 Responses leave one →
  1. 2007 May 13
    Anonymous permalink

    subhanAllah…
    hanya Allah tahu betapa hati ini ingin menjadi daiyah tercantik itu…
    alhamdulillah,thank u kak isya juge..insyaAllah,sajak ini boleh jadi salah satu inspirasi utk saya menjadi ‘miss universe’ di sisi Allah dan lebih2 lagi di syurga kelak =)

  2. 2007 May 13
    Noorsuriani Yusop permalink

    nak jd adik tersayang kak aisyah jugak boleh?? =P

  3. 2007 May 18
    muharikah permalink

    boleh…. su kene jadi adik yang baiklah….heheheh

  4. 2007 May 21
    nisa permalink

    assalamualaikum..salam perkenalan..this is the first time i read bout ur muharikah,,eventhough i just read only 2,3 most popular artikel,but seriously i love it n i will read the rest later..hopefully kak aisyah can send me any new artikel in the future,n i really2 appreciate that. may ALLAH always bless us fidunniya wal akhirah..
    wassalam…

  5. 2007 June 2
    nadiah permalink

    Assalamualaikum…buat kak aisyah…salam taaruf…bestlah artikel2 akak….blh tak htr kat emel saya…syukran…wassalm..

  6. 2007 June 3
    muharikah permalink

    salam nadiah, boleh je,amik je dari sayanya website ni. copy paste je eh… =)

  7. 2007 August 28
    ras permalink

    assalamualaikum..
    bes nyer bc….
    insyaallah sy jg akn berusaha amalkn nyer..
    amin..

  8. 2007 August 29
    muharikah permalink

    terima kasih ras.. insyaallah… sama2 kita usahakan ye! :)

  9. 2007 September 16
    Syuqaira permalink

    (T_T)
    syahdu..
    ………
    ………

    mari berusaha!
    iAllah..

  10. 2008 January 4

    salam ukht fillah
    subhanallah very interesting entry..minta copy n paste kat blog ana yer, jzk

  11. 2008 February 22
    doni permalink

    lets to hardwork lets…. !

  12. 2009 December 16

    salam kak..
    wah..sajak ni sgt best..

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

  • Majlis Syura Muslimun Network

  • MSM Advance Web
  • MSM Cork
  • MSM London
  • MSM North West
  • MSM Nottingham
  • MSM West Midlands
  • MSM SouthWales
  • MSM Ireland
  • MSM Tunas Taqwa
  • Laman Ini Sejarah Kita
  • Komentar Terkini

    halawatuliman on Kisahku ini…
    Dan setiap manusia t… on Keciknya masalah kita… d…
    supir on Kisahku ini…
    qumfaanzir on Kisahku ini…
    ayyash on Daieyah Tercantik Di Duni…
    muharikah on Kerana cinta
    muharikah on Kerana cinta
    muharikah on Kerana cinta
    muharikah on Kerana cinta
    muharikah on Kerana cinta
    muharikah on Yakin Allah akan berikan yang …
    muharikah on Keciknya masalah kita… d…
    muharikah on Kerana cinta
    hikari on Kerana cinta
    fazryn on Keciknya masalah kita… d…
  • Paling Popular

  • Post Terkini

  • Categories

  • Arkib

  • Statistik since March 2007

  • Counter

    free web stats
  • Where are you from?

    Web Statistics
  • Admin