Hari ini Zu pulang
I appreciate you my sis!
Saya dapat lagu UNIc yang baru dari album mereka Tika Itu. Lagu Atas Nama Cinta sangat mencuit hati saya, dan saya tujukan lagu ni utk anda semua…
Liriknya sangat dekat dengan hati kita . Begitu ramai jejaka yang membuat hati kita tertawan, terlalu ramai gadis yang membuatkan jiwa kita luntur… wajah-wajah tampan sering menggoda kita apatah lagi jika kita tidak kuat menahan gejolak hati menikmati keindahan wajah mereka, apatah lagi jika mereka berbudi pekerti mulia.
Pernah di ketika aku menunggu bas, hari sangat hujan ketika itu. Tanpa menyedari keadaan cuaca yang basah , aku keluar tanpa memakai kot yang bertutup. Tanpa sebarang payung yang dibawa, sedangkan hujan mengganas di luar. di tika itu cuma ada aku dan lelaki Itali berambut hitam, matanya hijau dan bentuk wajahnya halus. Memang tampan. Dia sekelas denganku tapi kami tidak pernah bertegur sapa.Dia nampak aku basah kuyup di tika itu dan dia mempunyai payung yang besar. Terus disuakan aku payungnya.Mahu berlagak sombong, aku rasa sangat tidak patut sebab aku memang sangat basah ketika itu. Terus aku menumpang teduh di bawah payungnya. Entah kenapa, tetiba aku rasa terharu di saat itu. Perasaan agak berbunga-bunga. Tersimpan harapan yang nakal. Adakah dia sudah berpunya, fikirku. ( astahgfirullah!!
Entah kenapa, mungkin tidak menyangka ada orang akan berbuat kebaikan pada wanita berhijab sepertiku. ..
Aku tidak melihatnya lagi pada hari itu setelah kami sampai di sekolah. Namun keesokan harinya dia datang ke kelas, bersama teman wanitanya, berpegang tangan sambil berpeluk-pelukan.
Aku sedikit malu di tika itu, merasakan kerdilnya cita-cita dan perasaanku, mengharapkan sesuatu yang semestinya tidak boleh. Sejak bila aku berasa bahagia dan bangga dengan sesuatu yang bukan Islam? Sejak bilakah aku merasakan apa yang aku cari selama ini adalah sesuatu selain dari Islam?
Hanya kerana dia berwajah tampan dan bersikap insaniyah menyuakan payung bagiku di saat hujan, aku sudah mula tunduk dengan perasaanku sendiri? benar kejadian itu cuma sesaat dan perasaan itu normal bagi manusia, namun, bila kita ada izzah( berasa bangga dan gah) pada Islam, bila perasaan kita diwarnakan dengan Islam, cinta dan pandangan Allah itu lebih terutama dari segalanya..aqidah dan akhlak lebih terutama dari bentuk fizikal.
Di saat aku melihat teman-teman sekolahku saban hari, aku mengakui mereka memang cantik, rambut lurus jatuh ke bawah bahu, bewarna perang, coklat, oren malah brunet, wajah putih bersih, dicantikkan dengan celupan makeup yang tentunya menonjolkan kecantikan wanita..
Namun kecantikan itu tidak memberikan ketenangan pada yang melihat/ kekosongan yang mereka adalah tiadanya iman serta cahaya yang terpancar di wajah. Kesukaan orang melihat wajah mereka adalah kerana nafsu, bukan kerana iman dan cahaya. Berbeza dengan melihat seorang muslimah bertudung labuh, yang berkulit gelap dan tiada unsur kecantikan di wajahnya, tapi kita tenangnya melihat muka mereka kerana nur yang terpancar di wajah mereka. Begitu juga dengan lelaki berketurunan scottish di sini. Aku akur mereka lebih tampan dari lelaki melayu yang bersawa matang, namun mereka tidak ada nur iman yang mendekatkan hati manusia dengan mereka dan membuatkan manusia senang dengan mereka. Lantas saya tidak pedulikan itu semua…
Yang penting adalah iman kepada Allah.. Kita akan mati, akan menjadi tanah, bila kita mati, kecantikan itu tidak ada gunanya lagi. Seorang teman saya pernah berkata kepada saya, seorang lelaki itu sangat pentingkan kecantikan sebab dia nak tengok isterinya hari-hari. Entahlah, saya tak tau, sebab lelaki sahaja tahu jiwa mereka, apa yang mereka suka mahupun tidak. Pada saya, sebagai perempuan, kecantikan wajah bukanlah yang kita kejarkan sebab itu tidak akan membaawa kita ke mana-mana. Kecantikan wajah itu adalah satu anugerah, Allah kurniakannya sebagai satu ujian, seperti mana Allah menguji orang kaya ataupun orang yang pandai, namun jika difikirkan, Kalau kita tak cantik, takkan kita nak salahkan Pencipta kita dan kecewa kerana Dia memberikan kita wajah yang kurang cantik? Kecantikan pada manusia itu sangat subjektif, bile kecantikan yang kita kejar itu adalah kecantikan akhlak, iman dan budi pekerti, itu akan sudah cukup membuatkan semua bidadari syurga cemburu dengan kita. Kerana wanita beriman itu lebih tinggi nilainya di sisi Alalh berbanding dengan nilaian semua lelaki yang ada di dunia ini…
Sabda Rasulullah :
Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan itu ialah wanita ataupun isteri yg solehah .
Orang boleh kata kita macam-macam, namun bila yang kita cari adalah redha Allah, nescaya kita akan dapat kenikmatan dari tempat yang kita tak sangkakan…Yang penting, penuhkan hati kita dengan cinta Ilahi… kerana apa?
oklah, cukuplah sampai sini, saja nak kongsi dengan korang nasyid ni, hayatilah liriknya di bawah ini:
Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya
Boleh download kat link ni http://muharikah.tripod.com/anc.mp3
Album penuh ada di www.ahas.multiply.com/music
Sesiapa yang belum daftar Extreme medicine di Manchester boleh daftar sekrang.. www.mcot.co.uk/imam
sehingga bertemu tulisan lagi….

asSalamualaykum,,
huhu~ pnah gak kinah ader ‘feeling’ camtu. keskesS~ kantoi=p time tu ader sorang c/mate English-Welsh guy yg sgt gentleman.. lewat mlm tu ade DR dinner so beliau antar kinah balik umh yg bapak jauh.. door-to-door service mnurut beliau.smpai pastikn masuk tutup rapat pintu. tp tkut gak jln ngn beliau yg mata n pp merah saga mabuk. neway~ English man mmg V ego/-protective.huhu~
~fitrah manusia~
..rs nk dgr n dgr..terase di hati juge..
trime kaseh k.aisyah~
1st time dgr lagu nih kat blog k.aisyah..jumaat lepas..
aisey x bleh lupe..
sbb..sampai ke pagi sy dgr..x bleh nak close window nih,,
ukhti dayout yang dikasihi…hehehe…. jangan lupa dengar juga alquran dan zikrullah… kadang2 nasyid ni melekakan kita juga… niat paling utama dalam segala perkara yang kita lakukan…
apa yang kite dengar membentuk peribadi kite !
Kinah, hehehe,…. ingat kinah suka lelaki melayu je…hehehe
Mencari Yang Maha Satu~:)