rasa gembira bersarang di hati

2006 June 16
by muharikah


alhamdulilah wallahuakbar…

bicara kembara dah siap.. cume tinggal kelulusan Amir MSM untuk meluluskannya and insyaallah bicara kembara edisi balik kampung akan dikeluarkan. kredit goes to cik sofy kerana usahanya yang bersusah payah membuat majalah ni. pernah berpengalaman buat majalah.. adeyh… mmg merenyahkan..

anyway, saya happy juga hari ini kerana melawat blog sorang ukhti dari indonesia. http://frenky.web.ugm.ac.id/1/index.php saya tak tau kenapa mudah tertarik dengan mereka. akhwat PKS, mungkin kerana tarbiyah yang mereka bina sangat2 membina keperibadian mereka. mungkin aku merindui suasana tarbiyah mereka. awal pengenalanku tentang dakwah adalah dengan membaca buku2 mereka dan cerpen2 mereka… aku rindukan karangan2 buku mereka tapi aku tak tau di mana perlu aku dapatkannya sekarang…

membaca artikel dalam blog itu, aku sedar bahawa ukht itu jauh lebih berilmu dariku dan sangat sinonim dengan ilmu dan tarbiyah… benarlah kata2 ulama, jika kamu tak punya apa2.. kamu takkan dapat beri apa2..

ibarat sebuah botol air yang kosong, bagaimana dapat memberi minuman pada orang lain? sebab itu kena salu diisi… rindunya kepada tazkirah dan usrah! dan aku sendiri lebih banyak berjumpa dengan orang bukan muslim dari muslim. aku perlu kembali kepada biah itu… biah watawa sau bil haq watawasu bissabr… nasihat di atas kebenaran dan berpesan kepada kesabaran( Al-Asr:3)

bersegaralah mencari biah yang baik dan bincanglah perkara berkenaan dengan iman dan tarbiyah. Golongan yang sentiasa berusaha mencari kelemahan diri dan memperbaiki diri mereka adalh golongan yang sama sekali takkan disia2kan oleh Allah Taala…

‘Dan orang2 yg beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar, melaksanakan solat , menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan rasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah Maha perkasa lagi bijaksana’ ( Taubah:71)

Di sebalik kegembiraan saya, ada insan yang menderita.Jihan, adik saya yang comel, hosmet kak farah dan kak nikmun yang saya selalu temui di sepanjang ziarah saya di negeri sheffield telah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman. Dia menghidap infeksi kuman meninggicocus yang boleh membawa kepada kematian. harapnya tidak begitu. mungkin sewaktu dia pergi ward round dia dapat jangkitan itu.atau mungkin berlaku jangkitan dari tempat lain. wallahualam…

untuk sahabat2 yang masih di UK, usahakan untuk menziarahi beliau. dan bagi yang lain, tolong doakan keselamatan dia. Dia seorang ukhti yang banyak membantu dalam program dakwah dan IMAM (PPIM UK) di sini. Doakan dia ye sahabatku!

Maksud hadis rasulullah: doa yang cepat dimakbulkan adalah doa seorang sahabat kepada sahabat yang lain tanpa diketahui sahabatnya itu…

Wallahualam…

____________________________________________________________

PS:

1) happy sebab dah dapat tiket balik malaysia
2)happy sebab Zu sedang usahakan projek buku ISK
3) sedih Jihan masuk hospital tapi tak tau bile bole lawat dia.
4) baca blog Nadia untuk tatapan cerpen cinta . salah satunya tulisan saya… :)

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

  • Majlis Syura Muslimun Network

  • MSM Advance Web
  • MSM Cork
  • MSM London
  • MSM North West
  • MSM Nottingham
  • MSM West Midlands
  • MSM SouthWales
  • MSM Ireland
  • MSM Tunas Taqwa
  • Laman Ini Sejarah Kita
  • Komentar Terkini

    ummusalma on Detik cinta
    hikari2211 on Detik cinta
    syuqaira on Seloka kasih
    syuqaira on Seloka kasih
    syuqaira on Seloka kasih
    syuqaira on Seloka kasih
    syuqaira on Seloka kasih
    mawaddah on Detik cinta
    aizadiha on Detik cinta
    illi on Dan titik itu..
    muharikah on Dan titik itu..
    muharikah on Dan titik itu..
    muharikah on Dan titik itu..
    muharikah on Dan titik itu..
    muharikah on Dan titik itu..
  • Paling Popular

  • Post Terkini

  • Categories

  • Arkib

  • Statistik since March 2007

  • Counter

    free web stats
  • Where are you from?

    Web Statistics
  • Admin