catatan german 2
May 25, 2006 by muharikah
kadang-kadang aku termangu-mangu sendiri. kenapa aku menulis? untuk apa aku menulis? sedangkan masa membacaku dibandingkan dengan masa menulisku tidak seimbang ‘ratio’nya. Masakan mampu kite menulis tanpa membaca, tanpa ilmu yang dapat kita kongsi memperkayakan isi penulisan kita?
Namun aku pernah terbaca penulisan ustaz hasrizal dan pahrol juoi dalam blog dan buku mereka, aku dapati mereka banyak menulis dari kehidupan, dari pengalaman yang mereka lalui sehari-hari. itulah yang bermakna untuk dikongsi. buku-buku universiti takkan sama dengan buku kehidupan yang kita kaut setiap masa. Sebab itu pentingnya ada hubungan antara buku dan juga kehidupan. Adanya interaksi antara ilmu yang kita dapati dari universiti, usrah, kuliah dsbnya dengan realiti semasa kita. dengan itu kita akan menjadi manusia berilmu berjiwa realiti.di samping itu menjadi Orang yang matang dalam mengaplikasikan ilmunya dalam menangani permasalahan manusia.
Aku pernah bertanya abu urwah penulis risalah usrah dan juga buku2 tahanan ISA:
‘Pakcik, camne pakcik leh dapat idea nak menulis kadang2?’
‘Hurmm…. pakcik fikir dulu sebelum pakcik tulis.. dalam perjalanan nak gi tempat ceramah ke, mesyuarat ke, pakcik ambil masa itu untuk fikir apa nak ditulis. lepas tu bila duduk depan komputer, baru senang nak menulis’
Abu Urwah merupakan insan yang sangat banyak membaca. Aku sering ke rumahnya untuk usrah dan menziarahi kak anfal sekeluarga. Keluarga mereka sangat mengenali diriku seperti mana aku mengenali diri mereka. Setiap kali ada kesempatan pulang, aku tidak pernah tidak singgah ke rumah di taman sri ukays, tempat bermalamku di satu ketika dahulu seusai dari usrah yang acapkali habis di waktu dinihari.
Rutin abu urwah adalah membaca kesemua akhbar utama di waktu pagi. Di perpustakaanya sahaja bukan sahaja penuh dengan buku2 islam dan tarbiyah, malah merangkumi 10-15 disiplin ilmu yang lain, astronomi, politik, sains etc. terbeliak mataku melihat perpustaakkannya kerana aku tak sangka orang sepertinya mempunyai banyak masa untuk membaca.Itu tidak termasuk buku2 yang pernah dia sendiri menulisnya…
Membaca itu perlu untuk membina tsaqafah(wawasan, keilmuan) dan kematangan. namun membaca mengikut kaca mata realiti semasa dan tapisan iman itulah yang terbaik. Kita bukanlah robot yang hanya memuat-turunkan ( mendowloadkan) maklumat tetapi kita adalah pencetak manusia rabbani, kita berhubung dengan manusia yang mempunyai akal, hati dan keegoan mereka, maka sepatutnya kita perlu menjadi lebih pintar dengan menjadikan bahan pembacaan kita sesuai untuk dipraktikkan.
saya enggan menyambung catatan german saya pada mulanya kerana saya merasakan cerita itu dah basi dan boleh disimpan kemas dalam gerobok memori saya, namun memikirkan permintaan beberapa orang sahabat yg dahagakan kisah itu, saya kuatkan azam dan semangat saya untuk duduk beberapa ketika dihadapan monitor bagi menyiapkan catatan ini. biarlah saya tidak rasa serba salah kerana membiarkan persoalan sahabat2 saya tergantung, biarlah saya sudahkannya di ketika ini juga. walaupun kadang-kadang saya takut saya hanya perasan sendiri sahaja, tapi saya yakin, pasti ada mereka di luar sana yang dapat saya renjiskan setitis pengalaman yang berguna dalam kehidupan mereka…
sambungan:
________________________________________________________________________
6 may 06 - petang
Ingatan itu kering-kering basah. Aku tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya namun yang kupasti segalanya berlaku dengan pantas.
Adik-adik dari Essen dan Duisburg telah pun mengambil keputusan untuk bermalam di Hannover. satu tindakan yang mereka tidak sangka sama sekali.
‘ Dah orang nak belanja ,apa lagi?’ ujar AT bernada riang.
‘Tulah pasal, aku kalau kene bayar sendiri, takde nya…’ NR menyampuk.
Aku tersenyum melihat gelagat mereka berenam. Kesemuanya merupakan pelajar direct entry dari UKM. Dapat kulihat sistem pendidikan yang telah berjaya mencorakkan pemikiran mereka. Kasihan mereka, habis sahaja tahun 2, terus datang ke german untuk menghabiskan ijazah mereka selama 18 bulan. Tanpa persediaan untuk belajar bahasa german pun!
Akhirnya kami berjanji untuk bertemu dengan mereka di masjid hannover pada pukul 8 malam. Kami perlu pulang mengambil segala peralatan kami di bilik penginapan asal.
Malam itu, setelah kami tiba semula di masjid itu, adik2 yang baru kami kenali tidak sampai 24 jam itu baring bergelimpangan di atas karpet.
‘Penat ke korang?’
‘Letihlah juga, akak dh makan?’
aku terus memakirkan diriku di celah-celah mereka yang bangun dan duduk bersandar di dinding. Aku melihat wajah-wajah mereka seperti aku melihat wajah anak-anak buahku di UK, penuh kasih dan belas. Sebegitu banyak benda untuk dibuat dalam masa yang sangat suntuk…
namun ‘rule of the thumb’ always apply dalam dakwah fardhiyah…
langkah pertama adalah –> MEMENANGI HATI
kadang-kadang aku sedar mungkin ramai tidak selesa dengan sikap kasar dan keselembaan aku, namun aku yakin jika itu yang dapat menawan hati mereka, yang dapat membina rasa percaya dan rasa ‘geng’ dengan mereka, aku tidak peduli apa manusia ilustrasikan tentang diriku.
Kami habiskan malam itu dengan sesi taaruf yang dikelolakan oleh kak rafidah. terasa kemesraan semakin segar di antara kami dan mereka. sungguh aku sudah lama tidak tahu beberapa frasa lawak yang sering digunakan oleh orang kay ell skrg..(tak yah tau ler…huhuh)
7 may, ahad
Esok paginya selepas subuh dan mathurat, kak FD turut memberikan tafsir ringkas. walaupun dalam kemengantukan, kami semua cuba memberi konsetrasi sepenuhnya..
Sewaktu fajar masih menyinsing dan matahari menerobos ke dalam ruangan bilik masjid itu,aku memandang KF seolah-olah mahu bertanya. Dia kadang2 dapat membaca kotak fikiranku.
‘ Bile ni nak start ISK ni?’
Mata sudah mula kuyu saat KFD menghabiskan tafsirnya. Kami turun ke bawah ke tempat ikhwah kerana mendapat maklumat ustaz SH telah memuliakan kuliahnya. Namun pintu telah tertutup dan bila kami bertanyakan kepada Akhi RW, dia mengatakan yang ustaz tengah buat ISK!
Walaweih, tak leh jadi ni , akhwat tak mulakan apa2 lagi ni… jerit hatiku.
‘ Aisyah, apa lagi joim buat ISK,’ KFD berujar.
‘Amenda tu ISK?’ AT bertanya ku.
‘Hehehe…. nanti kau taulah…’
masa ada dalam 40 minit… boleh ke nak rushing? hati tak sedap, tapi lagi rasa tak sedap kalau tak cerita. Kami cuma ada pembalut hadiah dan pen biasa sahaja. pembalut hadiah itu kami guna bahagian belakangnya. kami mencari di kedai untuk membeli mahjong dah pen marker sehari sebelumnya namun tak berjaya.
Dalam kesemputan aku memberi ISK walaupun aku tidak berasa puas, kami tak sempat nak menghabiskan ISK kerana dijemput makan oleh ikhwah. Rasa terkilan pun ada.
Takpe2, di duisburg nanti kite leh sambung, aku menyedapkan hati sendiri.
Selepas sarapan kami bergegas untuk mengejar tren ke duisburg. Kami sempat bergambar kenangan di hadapan masjid beramai-ramai. tak tau bila lagi dapat nikmati saat ukhuwah sebegitu.
Pelik rasanya kadang2. kuasa Allah dalam menyatukan hati manusia. Kata-kata Allah dalam surah anfal: 63 sering tergiang-giang di gegendang telingaku di saat aku merasa cepatnya seseorang itu mesra dengan kita.
kami meninggalkan KFD dan KFI bersama Elf kerana mereka perlu bertolak pulang ke tanah air (huhuhu…) pada sebelah malamnya.
Aku dan KF ada umur sehinnga esoknya utk terus mengembara di bumi Allah ini.
Perjalanan kami selama 4 jam dari Hannover ke Duisburg menaiki tren paling murah tapi paling lembab merupakan perjalanan yang mengajarku bukan sahaja tentang bentuk mukabumi german yang sama sahaja di semua tempat, tetapi di masa itu aku belajar tentang diri adik2 itu..
tajuk perbualan ku yang paling kugemari adalah perkara-perkara yg dapat mengetuk minda org yang aku berbual dengan.
‘Untuk apa kau belajar penat2 kat german, tapi balik malaysia kau sama je cam orang lain yang belajar kat malaysia?’
‘Apa matlamat kau belajar kat german?’
‘Kau tak nak ke cari satu kelainan kat sini? dapat something kat sini yang lebih berguna?’
‘Huhuhuhh…. apa lah kau aisyah! kau buat aku pening berfikir!!’
Ada juga adik yang agak mencabar bagiku, yang susah aku nak masuk cerita tentang kehidupan, namun aku tetap membina hubungan yang baik dengannya dengan berkongsi benda2 yang ‘common’ antara kami.
Sampai sahaja di duisburg, kami sedar kami hanya ada lebih kurang 5 jam sebelum bertolak pulang ke hannover malam itu. Kami dijamu makan sambil berpeluang untuk membersihkan diri. Sungguh sekejap masa itu namun dapat dirasakan keberkatan pada waktu2 yang berlalu.
nak sambung ISK? aiseyhmen, cam tak sempat aku rasa. Lantas kami cume meneruskan taaruf kami.
Kami menaiki tren terakhir ke braunsweight, ke tempat ARW dan KA malam itu. tanpa ada orang yang dapat memandu kami, aku dan KF bertawakal sahaja. pegawai tiket bertanya kami, ke arah mana kami mahu pergi? saya hanya mengangguk dan berkata ya sahaja. dah tu nak cakap apa sih? huhuhuhuu…
Detik perjalanan yang aku rasa paling bermakna adalah detik di mana aku habiskan bersama ukhti kesayangan di jalan dakwah ini. Tiada siapa lagi yang lebih mengenali diri kita, dan kelemahan diri kita melainkan orang yang sama-sama hidup dengan kita di jalan ini. Kami penuhi masa-masa bersama kami dengan sesi muhasabah tanpa henti. ada sahaja rasanya ruang pembaikan yang perlu dilakukan. Di saat itu aku rindukan makcik, guru yang mengenalkanku tentang dunia dakwah ini. Dahulu dia sering menegur dan mengajarku di ketika aku masih bertatih untuk mengenal tarbiyah. Ilmu-ilmu yang kudapati dari guruku itu aku titipkan pula buat sahabatku itu. Benar kita banyak belajar dari luar usrah, orang-orang yang menegur kita secara direct di ketika kite membuat sesuatu kesalahan, dengan itu kita akan cepat belajar.
8 may isnin
Kami tiba sewaktu tengah malam di braunshweight. Tiba sahaja di rumah ARW dan KA, kami dijamu dengan mi goreng. Sekali lagi, dengan orang yang kami tidak pernah bersua, terasa sangat ukhuwahnya, seolah-olah sudah lama kenal. Kami berborak2 lama sehinnga suami KA , ARW terpaksa menyuruh kami berhenti dan sambung pada paginya.Memang pagi itu kami ingin berbincang dengan ARW ttg waqie (realiti) di German..
Pagi itu kami bukan sahaja dihidangkan dengan roti canai, tetapi juga dengan cerita-ceirta menarik yang tak lekang dari mulut ARW. Dia orang yang berpengalaman selama 11 tahun di german. Dia sangat faham keadaan orang2 melayu di sana. Aku dan KF paling khusyuk mendengarnya bercerita bagaimana cara-cara yang digunakan untuk menawan hati budak-budak laki utk pergi usrah. menarik… di samping itu, dia turut menceritakan tentang tarbiyah yang didapatinya dari ikhwah indonesia…
malang dan sayangnya, satu-satunya keluarga penggerak dakwah malaysia di german akan pulang ke malaysia bulan depan.
‘ Tolonglah orang german’ ujar mereka..
sayu saya mendengar sambil membuat kira-kira adakah mampu tenaga yang kita ada untuk membantu mereka…
mmg di german, belum ada sapa2 kecuali sesiapa yang mengikuti tarbiyah indonesia. sedihnya dengar! masyarakat melayu terlalu leka dengan budaya hedonisme dan pergi jalan2 , kata ARW.
Sedih tapi itu realiti!
kami pulang dengan hati yang berat. dengan merasakan amanah yang menggunung tinggi di lambung kami. besarnya harapan mereka supaya kita dapat menghantar jundullah-jundullah ke sana untuk membantu.. aku membuat sifir semula, mampukah kita? bukan sahaja menyenuth, tapi membina mereka..
saya fikir, jika orang melayu indon boleh buat, kenapa tak melayu malaysia? kita hanya perlu ada keazaman dan semangat yang tinggi serta perancangan yang rapi, dengan itu segala rintangan dapat diharungi.
Jaulah yang pendek ni kurasakan agak pelik juga kerana buat pertama kali aku tidak berdamping dengan anak-anak buah. mungkin terasa agak kelainan kerana sepanjang masa dihabeskan dengan memuhasabah diri dan merancang strategi bersama KF. kadang2 bile kami kehabisan idea nak bercerita, aku minta KF kasi tazkirah. diberikannya aku tafsir surah yasin yang kemudiannya aku gunakan dalam usrahku.
perjalanan ke german adalah permulaan kepada langkah-langkah yang lebih panjang. tentu kita mahu satu dunia beriman kepada Allah, namun berkata tidak semudah melaksanakannya.
mereka sangat dahaga dan lapar dengan islam. mungkin mereka tidak menyedarinya. namun bagi mereka yang pernah menatap wajah mereka, takkan lena tidur jika mereka meneruskan hidup di atas dunia ni tanpa merasai nikmat iman dan islam yang kita rasai kini…..




Menulis itu adalah hidup!
salam kenal