Dr Hyde and Miss Jekyl

Or should I say:

Dr Aisyah and Puan Muharikah. Ahaks!

Ternyata dunia perubatan dan pekerjaan yang aku temui amat berbeza dari tempelakanku di waktu aku mengambil keputusan untuk kembali ke bumi Malaysia.

Ramai houseman aku bertanya :

‘ Dr Aisyah, why u come back here? Aiyo! If I were you, I wont come back one!’

 

Kasihan mereka menjadi hamba orang aka HO, ternyata layanan terhadap mereka masih berbeza dari kami di UK.
Continue reading

Banyak nak share

Salam

 

Banyak yang mahu aku kongsikan, tapi serba salah dengan amanah yang diletakkan. ( banyak benda tak terbuat lagi)

 

Esok akan bermula dunia oncall bagiku di Malaysia yang sangat mencabar namun interesting. Habis sahaja oncall perlu bentangkan kes tentang leukaemia.

 

Bertemu dengan warga hospital, dari HO kepada ketua jabatannya, sangat banyak menjadikan aku manusia berfikir dan merenung sedalamnya.

 

WAlau kepenatan, tapi bertemu dengan pesakit dan berada bersama dengan HO, memberi mereka harapan dan juga mendetikkan keintelektualan dalam diriku amat memberi kesan yang mendalam.

Tak sangka, begitu ramai yang pernah tersentuh dengan tarbiyah berada di hospital yang sama denganku. RAmai antara mereka telah mempunyai hidup sendiri dan merangka tujuan yang jauh di dalam perjalanan. Di situ aku melihat harapan untuk mereka bersama semula dengan Islam dan menjunjung cita-cita yang sama untuk mendaulatkan Islam di tanah air ini.

 

Ibuku di suatu waktu dahulu pernah berkata pada kami:

 

‘ Kalau bukan kita yang kuasai Malaysia ini, orang cina, orang india akan kuasai negara kita ini.’

 

And I should say, if all the muslim aka Malays, always want to find the easy route to have an easy life and wanting to spend more time with family and bed, then the non muslim will conquere our country, they will kick off the sultans and ensure that the Muslims became their workers all the time, whereas they will enjoy all the beneficary as well as the wealth in our own very country.
Continue reading

Akhawat militan

Sehebat mana kamu melihat seorang wanita itu

tangkas dalam amalnya

berani dalam kata-katanya

militan daya juangnya

Dia tetap seorang wanita

berkaca juga air matanya

sensitif juga jiwanya

halus dan lembut juga hatinya

Walaupun kelihatan di matamu militansinya

Dia tetap seorang wanita

Dia punya jiwa

Dia punya rasa

dan tenyata jiwa dan hatinya

lebih lembut dari sutera

lebih halus

seperti hati ibunda

begitu jiwanya

dia hanya seorang manusia

penuh cinta dan rasa

Dan dia berharap

Dunia memahami kehalusan hati dan jiwanya

di balik wajah dan aksinya

Yang penuh militan itu

 

Muharikah

15 Mei 2012

Mencuri

salam

saya mencuri masa sekejap utk ke tempat program yang sepatutnya start sekarang!

Namun, agak sukar mencari masa senggang di depan lattop dan menulis buat kamu yang tidak kukenali namun sentiasa sahaja menanti.

Perjalanan baruku memasuki alam pekerjaan semula setelah 8 bulan tidak memegang stetoskop dan pesakit adalah pengalaman yang luar biasa sekali.

dan ternyata begitu banyak ibrah yang Allah mahu ajarkan padaku, dan tentu ALlah mengenalkan aku akan kelemahan diriku yang tentu tidak tercatat pada bait-bait indah di dalam blog ini.

Dahulu aku berharap ketika pulangnya aku ke Malaysia, untuk menghirup nikmatnya mengubati pesakit muslim dan bekerjasama dengan mereka yang akan ingatkan aku kepada Allah.

Ternyata harapan aku amat meleset. Apabila kita bekerja dengan mereka yang matlamatnya adalah dunia dan kepuasan nafsunya sahaja, cara hidup dan pemikiran tetap sahaja sama walaupun mereka bergelar muslim atau bukan.

Even worse, orang kat Malaysia lebih workaholic dari di UK!

Continue reading

Benarkah ini?

Salam

 

the only thing that I always ask Allah to help me with is MEDICINE.

 

Yes, i find it intrigue and hard. Macam mendaki gunung ibaratnya.

 

One thing in my life that I have to dozenly force myself to do is MEDICINE.

 

It never made me feel alive and conquered compare with dakwah and bussiness.

 

Tak tahu nape. And i kinda need to force myself again to do one thing that against my  stream of interest.

 

Kalau kat atas meja ada buku dakwah, bisnes, dan medic, saya akan baca dulu buku dakwah, then jump to buku sastera, then mungkin majalah, then mungkin bisnes, then lastly medic.

 

Sigh.

 

Astaghfirullah.

 

Tapi saya tahu, being a professional in medicine will exponential my ‘value’ in dakwah’s market.

Being a consultant and professor of medicine will allow me to influence many thousands other to submit to Allah.

 

 

The magnetic power of influence of having the title, to hook up people to dakwah, is soooo indespensable, and only foolish ppl would let the opportunity to pass by.

Namun,

 

kita bekerja,

bukan untuk mengejar title,

 

tapi untuk mengejar alat-alat yang boleh membawa manusia kepada Allah.

 

Itulah dia kebolehan dalam menyampaikan dakwah,

 

begitu juga dengan wang yang banyak

begitu juga dengan ketokohan di dalam masyarakat.

 

Dan padaku, mengejar kedudukan dalam dunia medic ini amat sukar sekali.

Sangat sukar. Dan mmg rasa payah dan berat.

 

And i only have Allah to help me going through this process.

With dakwah and family in one hand, bussiness on the other, as well as medic in front of my path.

But, we have to do everything, and ensure every thing needs the be put in balance.

 

Semuanya harus beroleh kecemerlangan. Pekerjaan, dakwah, keluarga, kewangan, semuanya.

 

Dahulu sewaktu single, saya hanya menumpukan dua perkara sahaja dalam kehidupan saya : dakwah dan bekerja.

 

Sehinggalah saya pulang ke Malaysia dengan zero simpanan dalam bank akibat kenaifan saya dalam mengurus wang. Entah, selalu assume orang boleh membantu kita, tetapi mmg akhirnya kita perlu berdikari.

Pengalaman perit melalui zaman2 penuh kepayahan di Malaysia ini, membuka mata untuk menyeimbangkan semuanya dalam kehidupan, berusaha ke arah financial freedom, ke arah keluarga bahagia dan ke arah kecemerlangan dari sudut dakwahnya. Dan cemerlang dari sudut dakwah, i need to be a specialist!

Dan ini langkah amat berat di samping kerja menjadi editor mengedit dan memikirkan flow of artikel untuk setiap keluaran yang amat bombastik isinya.

 

I am doing a 5 persons’ job at one time. But I will try, sebab seorang mukmin itu, dia mmg memainkan peranan penting dalam semua aspek.

 

Doakan saya menempuh alam pekerjaan yang sangat lama sudah saya tinggalkan. Doakan juga agar saya boleh imbangkan antara kerjaya, dakwah, bisnes dan keluarga, tanpa mengabaikan mana-mana hak sedikitpun.

 

Sungguh dunia ini adalah perjalanan yang berterusan perjuangannya.

 

Mana kita ada masa untuk berehat dan melipat tangan duduk di hadapan television melayan cerita Hero?

 

Wassalam

Aisyahz

KL

PS: akan posting di UITM selayang, ambil masters dalam internal medicine iAllah.

Mengapa kita harus terus bekerja?

Kerana

jahiliyah juga

begitu deras

merosakkan kita 

dan umat ini

Bekerjalah

walau kamu sudah lelah

walau kamu sudah penat

walau hatimu kering dan jiwamu kontang

kerana mati dalam kemuliaan amal dan jihad

selamanya lebih baik dan indah

dari kematian di atas katil kerana kerehatan…

Muharikah

26/4/12

Kejayaan itu memerlukan usaha

 

Dalam apa jua bidang.

 

Dakwah, karier, studi, semuaya memerlukan usaha.

Sehinggalah diri kita merasai bahawa ganjaran dunia ini amat tak setimpal dengan kepenatan kita dalam usaha, apabila TIDAK disandarkan kepada ALlah S.W.T.

 

Dunia perniagaan ini mempunyai ekstasinya tersendiri. Ia mampu menyedut perasaan, memegang hati kita dan memusingkannya kepada sesuatu yang amat ditakuti oleh para mukminin : kelalaian.
Continue reading

Satu fenomena, benarlah ia

 

‘ Saya mahu kita dapat mengubah dunia!’

Begitu kataku pada kakak dan abangku yang banyak mengajarku di jalan dakwah ( dan bisnes juga hehehe). Pada mereka aku temui satu keteladanan yang sukar di cari di bumi realiti Malaysia ini.

Siapa sangka juga satu perubahan akan berlaku di bumi dakwah ini.

Di mana-mana sahaja orang memegang dan membaca majalah ini.

Dan orang menjadi sukarelawan mengiklankan dan mempromosikan ia tanpa bayaran.

Pada pengalaman berharga ini kami mempelajari sesuatu amat berharga.

Fenomena ini takkan berlaku tanpa tangan-tangan yang ikhlas dalam menulisnya dan doa tanpa putus manusia-manusia yang menjayakannya, samada secara langsung mahupun tidak.

Dahulu, kami amat takut bahan-bahan dakwah tidak mampu menembus pasaran. Takut ramainya orang tak mampu untuk membaca dan menghadamnya. Apatah lagi tiada tempat di market Malaysia.
Continue reading

Dua daerah yang berbeza

Salam

Dahulu saya selalu hairan, mengapa emel mahupun pendapat saya sering disalahtafsirkan dan disalah anggapkan oleh sesetengah pihak, terutama yang lebih dewasa dari saya.

 

Begitu juga jika ada sahaja pendapat saya yang berbeza,tentu dianggap sebagai satu keganjalan menjadikan saya orang tak popular dan menjadi mungkin unfavourable person di waktu itu.

 

Begitu juga saya merasai ketegangannya dalam berbicara dan meluahkan pendapat sewaktu dalam mesyuarat walaupun saya kira pendapat saya itu amat betul sekali.

 

Dan tidak ada langsung niat di hati saya di saat memberikan idea dan buah fikiran itu untuk menaikkan nama sendiri mahupun mengejar pangkat apatah lagi memiliki pengikut yang ramai!

 

Tidak sama sekali!

 

Memang sungguh saya lontarkan idea, juga cuba untuk menyertai segala acara dakwah kerana saya amat menyintai dakwah ini. Dan saya tak mahu hancurnya dakwah ini kerana ketakutan kita dalam membuat perubahan, begitu juga kerana kita merasa kecut perut orang akan menundukkan pendapat kita.
Continue reading

Insan biasa

Salam

 

Kedatanganku tidak sampai 24jam di bumi brunei darus salam sangat banyak mengimbau kenangan silam. Saat terlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam hidupku dan akhirnya aku bertemu dengan nafas baru di bumi sejahtera itu

 

Kedatanganku dengan niat hanya membawa ibuku berjalan akhirnya ternoktah saat manis bersama akak2,makcik2 serta akhawat yang amat aku kagumi.

 

Pada bumi itulah kenangan seoalah-olah tercipta semula.

 

Membaca balik entry2 lamaku tentang brunei sewaktu attachmentku 4 tahun lepas, mengundang senyum dan sebak di dadaku.

( semua entri ntah apa2- http://muharikah.wordpress.com/2008/08/06/dah-syaaban/)

Ada satu entri peribadi ( ada 3 entri) yang aku nukilkan berbentuk emel kerana mungkin agak terlalu peribadi, tapi sarat dengan banyak makna pengalaman attachment aku 3 minggu di sana.
Continue reading

Ini buat kamu

Salam,

Seringkali artikel saya dikecam hebat oleh editor setia saya, faie. ALhamdulillah, saya bersyukur memiliki dia sebagai orang kanan begitu juga teman baik di jalan dakwah ini. Pada dia juga kami sama-sama bertemu dengan nada keceriaan juga senyum tawa, masam cuka, nyanyian juga diam bisu yang menjadi suara-suara kami di dalam pejabat.

Sungguh walaupun dahulu dia teramat kecut perut bercakap denganku, kini dia merupakan antara pengomen tegar dan kritis. dan saya bersyukur bertemu dengannya di jalan ini.

Apa yang dia nukilkan itu jugalah yang aku rasai; tak sama saya menulis di sini dan di dalam majalah. sepertinya saya menjadi seorang yang berbeza.

Ya, tak sama menulis utk 25 ribu pembaca majalah ( dan kini akan diulang cetak sebanyak 15 ribu naskhah lagi) dengan menulis blog yang dibaca oleh mutarabbiku sendiri.

Tentulah menulis untuk yang lebih berfokus akan berbeza dengan yang tidak.

Begitulah tulisan ini untuk kamu, dan kamu tahu siapa dirimu…
Continue reading

Suatu pengalaman yang baru

Alhamdulillah.

Sungguh kepulangan ke Malaysia telah banyak membuka ufuk pemikiranku dan tentunya membuka banyak ruang-ruang eksplorasi yang begitu besar untuk dakwah dan tarbiyah.

Subhanallah. Maha Suci Allah yang telah menjadikan semua perkara ini berlaku.

Entah dari mana magis itu datang, aku tidak tahu. Tapi ternyata kerja ‘gila’ ini terlaksana. Kerja gila yang kami selalu ulang kali katakan pada diri kami :’ biaq betul nak buat nihhhh???

Subhanallah. Tak pernah kusangka kepulanganku ke Malaysia ditakdirkan Allah merupakan titik permulaan kepada suatu perjuangan yang amat panjang. Sesuatu bidang yang kami tak pernah sangka akan ceburuinya.

Walaupun bertahun-tahun aku terlibat dalam pembikinan majalah ( majalah Andalus sekolah, bulanan 1999-2000, Majalah The Beat utk IMAM UKEIRE SC tahun 2004, Majalah Bicara Kembara untuk MSM UK 5 keluaran pada tahun 2005) namun tidak kusangka akhirnya impian kami semenjak kecil untuk menerbitkan majalah dakwah secara profesional dan serius akhirnya tercapai.

Jika aku boleh menyingkap perbualan aku dengan teman-teman akan impian dan cita-cita kami yang sering kami sembangkan bertahun-tahun silam, tidak ada pun bernoktahkan sebuah majalah. Hospital ada, kedai makan ada, hotel ada. Majalah? hurmm..tak pernah terfikir.

takdir ALlah jugalah yang menentukan akhirnya segala urusan dimudahkan oleh Allah. Aku bertemu kekuatan pada sisi kelebihan abang dan akakku di jalan dakwah. Mereka yang bersama-sama denganku pada era zaman permulaan kader dakwah terbina pada tahun akhir 1990an, sehingga aku terhenti terbantut kerana kefuturan dan mereka meningkat ke peringkat seterusnya kerana pencapaian mereka dalam dakwah dan tarbiyah.

Tapi itu tidak apa.
Continue reading

Moderate

Salam buat semua
Saya perasan juga bila kita menulis apapun, pasti akan menimbulkan riak berbeza.
Lain orang lain pemahamannnya walaupun yang didengar dan dibaca itu sahaja.

Begitulah kita meraikan dan memaknai perbezaan antara kita.

Begitu juga ada yang menegur saya dalam beberapa artikel sebelum ini yang mungkin kontroversi dan menimbulkan ketidak enakan dalam penerimaan.

Maafkan saya di atas kelemahan mengungkapkan kata-kata dan juga kurang melihat dengan kaca mata lebih luas sebelum memberikan pendapat.

apa yang saya dapat simpulkan adalah, dalam apa juga tindakan kita, ambillah langkah pertengahan dan moderate.
Di mana di situ akan bertemu titik pertemuan, antara kedua ekstrem. Begitu juga pentingnya muhasabah berterusan daripada mereka yang dekar dan sering menjadi cerminan buat kita.

Seperti mana seorang ukhti pernah menasihati saya:

‘ akak kene juga akui mmg ada akhawat kita yang garang. So kene belajar juga untuk bersopan santun.’

Saya menyetujui kenyataan itu.

Begitu juga komentar Akh Anon yang amat mengesani hati saya berkenaan approach permasalahan ini dengan moderate, itulah yang kami alami sewaktu di alam pekerjaan. Kalau takde moderate ini mmg tak jalan kerja. Begitu juga permasalahan komunikasi yang berterusan akan berlaku, dan disitulah muhasabah harus diteruskan.

Alhamdulillah

Banyakkan yang kita belajar? Moga dunia tanpa sempadan ini akan sentiasa menemukan kita pelbagai kisah dan cerita yang mengkayakan kita seperti selalunya.

PS: Kemungkinan saya harus menutup wordpress ini dan menulis sepenuhnya di muharikah.com. sebab kalau tak mmg blog ini lebih ramai orang datang dari website tu.

PSS: Doakan agar kami terus menerus ikhlas di sini dan cemerlang dalam seluruh perbuatan kami.

WAssalam

ingin menjadi muslimah supersaiya
aisyahz
KL

Mencari seorang iradah qawiyah.

Salam

Saya cemburu dengan Hilal, setelah melihat deretan bukunya di atas rak di kedai Fajar Ilmu Baru.

Begitu juga, saya cemburu dengan ulama besar Amru Khalid, bukunya tak pernah putus-putus dituliskan dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa serta sudah dicetak ratusan kali. Melihat bukunya yang menusuk kalbu itu sering memanggil hati saya untuk berteriak : ‘ Masyaallah! Camne ustaz ini ada banyak masa menulis benda-benda yang best ini?? Dah lah ikhwan kott! Mesti banyak kot gak ceramah2 dia kene kasi!’

 

Begitu juga aku amat cemburu pada Ustaz Pahrol, Ustaz Zahazan, Ustaz Zaharudin, nama2 besar dalam dunia dakwah penulisan dan media. Nama mereka cukup harum dan dikenali di seluruh Malaysia sebagai golongan yang membawa arus perubahan dakwah yang baru. Usaha dakwah yang menyentuh hati manusia.

Dan dakwah mereka digambarkan dalam gerak kerja mereka.
Continue reading

Untukmu adikku..

Salam,

Aku menulis ini untuk kamu, kerana aku amat yakin akan potensi kamu yang amat besar untuk Islam dan dakwah ini.

Kerana itu padaku, amat penting jika ini diceritakan buat kamu agar apa yang kamu pilih di kemudian hari, adalah berdasarkan apa yang Allah mahukan buat kamu, bukan apa yang kamu mahu dari dirimu sendiri.

أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ ۥ هَوَٮٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٍ۬ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَـٰوَةً۬ فَمَن يَہۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِ‌ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ (٢٣)

Apakah kamu tidak melihat orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai Tuhannya? Dan dia pula disesatkan oleh Allah di atas ilmuNya. Dan dikunci pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah)? Oleh itu, mengapa kamu TAK mengambil peringatan? ( Jasiyah: 23)

Pernah dahulu seseorang pernah berkata padaku:

‘ K Aisyah, ada ke ikhwah ini kata akhawat ini macam warden penjara?’

Continue reading

Nikmat di jalan dakwah

Kamu semua tahu apa nikmat itu.

Itulah ia ukhuwah fillah.

Walaupun mungkin kamu hanya dapat meneguk sedikit dari manisan itu.

Aku bukan seperti yang kebanyakan dari kamu sangkakan.

Seperti kata seorang adikku:

” Alaa… akak tu, orang minat akak sebab tulisan akak je.. tapi akak tu sendiri.. bukannya layan orang sangat ,’

Aku tersenyum melihat dirinya. Banyak juga hikmah yang aku pelajari dari dirinya.

Walaupun begitu ramai memandang pelik akan hubungan kami yang suka-gaduh-macam-anjing-dan-kucing, tetapi ramai juga amazed bagaimana aku amat menyintai dirinya.

Mungkin acapkali dia cuba menyedarkan aku akan hakikat diriku di waktu manusia lain cuma mengenali luaranku.

Pada keistimewaan itulah aku temui kasih penuh makna :itulah dia persahabatan kerana Allah.

Dari situ juga aku maknai hubungan istimewaku dengan ramainya akhawat, walaupun pertemuan kami singkat dan sebentar, tapi, penuh kemanisan.
Continue reading

Mengapa aku begitu diam membisu

Salam

Ada banyak sebab ini berlaku. Balik ke bumi Malaysia ini, seolah-olah ada sesuatu yang menghempap dadaku. Dahsyat sekali.

Itulah ia : EXPECTATION.

Pembaca pada kebiasannya akan cuba untuk membandingkan apa yang ditulis oleh si penulis kepada kehidupan penulis itu sendiri.

Akhirnya cuba membayangkan diri dan juga kehidupan penulis itu sendiri.

Seperti apa yang kamu sedang lakukan sekarang, membayangkan aku sedang menulis buat kamu.

Sedangkan tidak ramai yang tahu, bahawa, mana-mana daie pun, tetap manusia, walaupun kamu merasai dia seorang yang super man, superwoman, ataupun manusia gagah tanpa perasaan yang boleh menerjah semua pancaroba kehidupan!

Hurmm…..

Bestlah kalau semua kita duduk dalam dunia utopia. Semua ideal dan best, according to what we expected to be….

++ jadi daie unggul..

++ buat semua yang dikatakan..

++ bina orang hebat betul.. berlapis-lapis anak usrah sampai piut miut..

++ baitul muslim bahagia.. isteri/suami supportive…

++ mak mertua/keluarga semua benarkan pergi usrah..

++ kerja cemerlang.. dapat rating ++++.. dapat naik gaji every year…

Pergghhhhh! Superman pun takkan dapat jadi begini!
Continue reading

update berbahasa basi

Salam

lama saya tak menulis di sini. Saya menulis ini untuk kamu yang sentiasa mahu menghirup mata air segar dari taman mawadah di atas ukhuwah kita kerana Allah Taala

Sungguh juga aku tahu, kamu mahu menghirup tenaga dan semangatku, agar kamu dapat terus berjalan di atas muka ALlah ini dengan penuh tegar sekali, walaupun dirimu sudah penat dan letih berjalan di atas muka bumi Allah ini.
Continue reading